My precious kitties

PitaPata Cat tickers
Showing posts with label Pendapat Saje. Show all posts
Showing posts with label Pendapat Saje. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Matang seiring usia

Assalamualaikum

Hai...

Selamat pagi sabtu semua. What a peaceful morning... wahh!! so blessed with the nikmat given by Allah. Alhamdulillah. Kerie baru je lepas tibai nasi lemak sebungkus dengan nescafe O. memang kaw kaw la sedap. sebenarnye dah ngantuk balik but takleh tido lagi sebab nanti gemuk. tunggu dulu, sambil-sambil tu update blog.

Kerie takde la nak cite ape sangat, tapi kerie nak meluahkan pendapat mengenai satu isu yang kerie anggap penting bagi setiap individu yang bergelar Muslim. Isu ni mengenai peningkatan usia seiring dengan perubahan dalam diri yang menampakkan diri kita semakin matang dan prestasi iman kita semakin meningkat. Kerie sedar, peningkatan usia memang betul-betul mematangkan diri kerie. Cara kerie berfikir dah lain, kesukaan kerie pun ada yang dah berubah. Kerie lebih suka membaca buku-buku ilmiah berbanding dengan majalah kecantikan, fesyen dan hiburan. Kerie suka mencabar minda kerie untuk berfikir dengan cara mempersoalkan pelbagai persoalan dan berusaha untuk mencari jawapanya. Secara luaran, kerie masih sukakan fesyen tapi berlainan citarasa berbanding dengan yang dulu. Walaupun kerie masih belum sempurna dalam mejaga aurat, tapi kerie dah tak sambil lewa dan pandang remeh tentang aurat yang dulu kerie tak bape nak kisah. hmm... alhamdulillah sebab Allah membuka minda dan hati kerie untuk membuat perubahan seiring dengan usia kerie.

Isu nya kat sini bukan kerie nak canangkan perubahan positif yang berlaku pada diri sendiri. Bukan. Tidak sama sekali. Tapi kerie nak citer pasal kepelikan yang kerie nampak wujud pada diri sesetengah orang yang kerie nampak masih di takuk yang sama. Umur dah makin meningkat, tapi topik perbualan dan cara membawa diri masih sama seperti 10 tahun yang lepas. Kalau dah memang baik dari dulu lagi takpe. Tapi ini nak kata baik, takde lah baik. Liar lagi ada lah.. Walaupun da masuk alam pekerjaan, mereka masih sama lagi dengan gaya dan cara mase diorang masih di awal usia dua puluhan. Malah ade yang bertambah teruk. Kenapa tidak berlaku sebarang perubahan dalam diri mereka? Mereka yang taknak berubah atau memang perkembangan mereka terbantut secara semulajadi? 

Umur makin meningkat, seharusnya diri kita sedar bahawa kita semakin dekat untuk bertemu dengan Pemilik mutlak kita. Sepatutnya kita mula berubah. Ubah cara berfikir, ubah cara kita percayakan sesuatu. Takkan masih nak sama je. hmmm... tulah kan. bila Allah dah berikan hidayah, tapi ditolak mentah-mentah, dipilihnya yang salah, maka macam ni lah jadinya. Mungkin diorang lebih suka nikmat dan syurga dunia yang sementara berbanding syurga yang kekal selama-lamanya. mungkin diorang fikir hukuman Allah itu mampu mereka tanggung sebab ia sama seperti kesusahan yang mereka hadapi di dunia ini? tidak sama sekali. ia berganda, segala-galanya berganda apabila kita di sana. Kebahagiaan berganda dan kesengsaraan juga berganda. Bagi mereka yang sanggup bekorban di dunia demi agama Allah, sudah tentu mereka mendapat gandaan nikmat namun bagi mereka yang tidak pernah ambil peduli, sudah tentu gandaan sengsara mereka terima di akhirat kelak. Janji Allah itu pasti. Jangan pernah meragui. Jadi seharusnya kita jangan berhenti berdoa supaya dijauhkan menjadi golongan yang rugi yang akan menerima gandaan sengsara di akhirat kelak. 

Firman Allah dalam surah Al-Hajj, ayat 46

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, dan telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati di dalam dada"

Apabila hati dikotori dengan titik-titik noda yang hitam pekat, maka ia tidak mampu melihat lagi dan kemungkinan boleh buta selamanya. Oleh itu, sebelum kita melakukan kejahatan, sebelum kita putuskan untuk mengikut kebenaran atau kebatilan, pandang dan lihat lah pada kekuasaan Allah supaya kita tidak tersalah langkah tergolong dalam kalangan orang yang buta hatinya dan sentiasa berada dalam kerugian. 

Semoga kita semua dikurniakan ketetapan hati dalam beriman dan bertakwa kepada Allah. Dan kita dikurniakan hidayah beterusan dan dilindungi dari tergolong dlm kalangan orang yang buta hatinya, pekak telinganya dalam mendengar kebenaran dan lumpuh lidahnya dalam menyampaikan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap yang terlindung dan terdedah.. maka tidak perlu berpura-pura sukakan kebaikan di hadapan manusia lain kerana sekiranya hati memang dari awal tidak suka dan redha kepada kebaikan ia akan selamanya mati dan akan terlihat juga secara luaran satu hari nanti. Biasanya terlihat apabila diri seseorang itu tidak berubah dan masih berada dalam keadaan sama atau semakin buruk walaupun usia sudah meningkat menghampiri kematian! Wallahualam. Sebelum kerie akhiri penulisan kerie, mari lah sama-sama kita berselawat mengagungkan nabi Muhammad, rasul utusan Allah.  Sesungguhnya baginda ialah kekasih Allah. Mencintai orang yang dicintai Allah mampu mendekatkan diri kita kepadaNya. sampai di sini, sekian.. assalamualaikum.. babai. 

Thursday, February 9, 2012

Jodoh: Setiap orang ade bahagianya.

Assalamualaikum

Hai.

Selamat hari khamis semua. Khamis yang indah, kerie bangun dengan sifat kemalasan yang menggunung tinggi. Haih. tapi, tetap kerie gagahkan setiap urat-urat dan sendi-sendi serta otak-otak, chup, otak ade satu je.. ok.. untuk menggerakkan diri supaya membuat kerja yang terbengkalai tak siap-siap dari bulan lepas. Haih. apesal la penyakit malas ni tak boleh dilupuskan selame-lamenye dari dunia ni. hoh. Ok chup, kerie tanak cite pasal malas ke daun palas ke kasut jenama pallas ke. tak. kerie nak cite pasal jodoh. wahaha.. topik gatal nampaknye. :P

Ok.. move to the point. Sebenarnye kerie nak cite pasal jodoh ni bukan sebab kerie nak menyedapkan hati kerie ni yang tak kawen-kawen lagi sedangkan kawan-kawan lain sume da sibuk memboyotkan diri dengan anak di dalam dan luar kandungan. Bukan. Hmm... memang lah ade sedikit rase "wahh.. bestnye ade baby sendiri" bile tengok laki bini bermesra-mesraan diluar kawasan batasan, kerie ckp "untung lah dpt bermesra-mesraan seolah-olah dunia ni dorang yang punye" haihh.. statement memang nmpk cam dengki malahan cemburu. Hakikatnya semua tu memang best. Kawen, ade ank sendiri, ade family sendiri, ade tukang abis kan makanan bile makanan tak abis.. memang best sume tu. Tapiiiiiii... hidup single pon best jugak. Ekeke.. sape kate tak best? Kalo kite pandang Allah dalam hidup kite, memang kite rase best. Sebab orang yang sentiasa lihat pada Allah adalah orang bersyukur, orang yang bersyukur ni adalah orang yang paling bahagia.

Kenapa kerie kate single pon happy jugak??

1) sebab single ni buat kite rase muda. Hehe.. orang jumpe kite pon kate kite umur awal 20 an lagi. hehe. best ape. :P (pasan lebih.. sile muntah jangan benti selame 45 hari)

2) Sebab kite ade kebebasan, nak buat ape pon bole termasuk dalam beribadat. nak tido bangun lewat ke. da tido pastu bangun solat tahajud ke.. selesa. semua keputusan kite bleh buat sendiri.

3)Selagi masih single, maknenye kite masih ade peluang. peluang untuk menentukan siapa bakal imam kite. :P

4) Kerie rase best jadi single bile bersekedudukan dengan kwn2 perempuan kerie yang da kawen. :P taktau nape. :P Buat I rase special u know.

5) Bile da kawen badan senang naik. HuHu. suami nak makan, kite pon kene makan skali. pastu sedar-sedar badan da naik. :P


Sebenarnye bukan la kerie nak kate lebih baik takyah kawen dari kawen. Cume kerie nak kate, jangan ingat orang yang single ni sebagai orang yang tak happy. keperluan, pandangan dan pegangan setiap orang berbeza. tak same. Ade perempuan memang tak sabar nak kawen. Nak kawen awal. ditambah lagi dengan family memakse. Tapi family kerie bukan jenis yang pakse anak dia kawen awal. Ayah kerie pon tak penah tanya bila kerie nak kawen. Bila dia tau anak dia da ade yang berkenan di hati baru dia pesan, elok lah kawen terus,jangan couple-couple, wat dosa je. Ha.. camtu je. Ayah ngan mak kerie memang cooolllll... love them so much.

Kawen adalah perkara yang disukai Allah. Ia jugak ketentuan Allah. Pengaturan Allah tu sangat sempurna, jadi kerie ikut rentakNya. Apa yang Allah bagi kat kerie, kerie redha. Kerie tau apa yang kerie buat, sumenye tu pon kehendak Allah. Jadi tak perlu kelam kabut, tak perlu tergopoh gapah. Doa dan berserah. Kalo ade usaha dari kite pon, itupon dari Allah. So kawan-kawan, please don't said that I'm picky.. choosy or bla bla.. no. its all Allah's job. Just leave it to Allah. I don't ask for human being's love. I only want Allah's love. Setelah kerie berpengalaman mengenali beberapa lelaki yang bukan jodoh kerie. akhirnya kerie sampai kepada perasaan ini. Perasaan tenang dan yakin kepada Allah 100%.  Kerie tak heran sape-sape nak kawen dulu, even ex bf kerie pon kerie tak kesah. Kerie tau kerie ade bahagian kerie. Dan cukup happy dengan kurniaan Allah. Alhamdulillah.

Ok, tu je luahan kerie. Ape pon pernikahan adalah sesuatu yang mulia dan disukai Allah dan rasulNya. Bila sampai jodoh, bila Allah mengkehendaki ia terjadi, ia akan terjadi tak kira la lambat ke cepat ke, mengatasi segala perancangan kite sendiri. betol tak? Wallahualam.

Sunday, October 23, 2011

Blog yang memikat hati kerie

Assalamualaikum

Hai..

Hari ni kerie puasa, so takleh pegi makan. Bagi menghabiskan mase lunch n rehat, kerie pon update lah blog. Kerie memang suke berblog, dan suke jugak bace blog org lain, tak kurang jugek suke menfollow blog org lain. kini aktiviti harian kerie semakin padat apabile dicampur gaulkan dengan aktiviti blog memblog. huhuhu. tapi ape pon, banyak kebaikan bile kite jadi blogger yang suke menjengah dan bace entry org lain. salah satu nye kite boleh update keadaan semasa masyarakat lam negara  dan luar negara. Huhu.. so opkos blog yang berinfomatif menjadi pilihan utama kerie. :D ekeke..

Untuk memudahkan pembace dan pemblogger mengikut citarasa kerie dalam berblog, meh sini kerie bagi cth blog mcm mane yang jadi pilihan kerie (sape ntah yang nak ikut citerase kerie.. duhh!!)

1) Kerie amat suke blog yang berinformatif. contohnye memaparkan cerita berkaitan dengan isu semase, tak kire lah dari segi lucu nye, kontroversinye, Keseriusanye dan sebagainye. Contoh blog yang berinfo dan sarat dengan tulang belulang kelucuan menjadi kegemaran kerie ialah blog encik khalis. Macam-macam ada wa ckp lu. ekekeke...

2) Kerie teruja dengan blog apabile tengok or mendapati didalamnye ade cite pasal kucing, meow or spesis kitten yang comel tahap kawabangga. huhu.. contoh blog yang kerie teramat teruja nak bace entry2 nye adalah... blog kucing.my.. mmg best la sume2 entry dia. :D

3) Kerie suke jugak bace blog personal. Tapi tak semua. kerie suke blog yang same level dengan pemikiran kerie. maklum la kerie ni da besar panjang. da matang dan da masak pemikiranye. kerie tak layan blog yang budak sekolah yang duk cakap pasal cintan cintun sambil makan megi cintan tu. no no. kerie cume layan blog yang cukup matang untk diperbaca dan diperkatakan sambil menikmati megi kimci ramen cup keluaran super. ha... Contoh blog personal yang menjadi tarikan kpd kerie ialah, Yuyu zulaikha, Umie artorqiemie, jiji yu (pak ostad), Blog kakak kerie (Gadis Hijab). 

Ha..tu la antara contoh blog yang kerie layan. tapi chup!!!! don't simply make ur own conclusion ok. sebenarnye sume blog yang kerie follow, kerie bace.. tak kisah lah blog sape pon, blog jual baju ke, jual kasut ke, jual muke ke, tak kesah.. kerie bace n layan aje sbb setakat ni kerie takde lagi follow blog budak sekolah or org dewase yang terlalu masyuk cakap pasal hubungan cinta dia dengan pakwe/makwe dia. Muak kerie nak bace cite cinta. kalo best macam cite penulisan Johanna lindsay takpe gak.. ini entry sume syok sendiri punye entry. hampagas alagapas betol la. -..-'

k da bai. habis.

Wednesday, October 5, 2011

Pendapat kerie pasal hudud

Assalamualaikum

hai..

Ehehh..tengah berpracticum pon sempat update blog lagi. Hari ni takde patient lah. intake meeting pon cancel. jadi bersuke ria blogwalking lah. tadi kerie beblogwalking blog-blog yang kerie follow. ade yang paparkan pasal artis punye pendapat tentang isu hudud. Yelah.. bagi kerie tak kisah la sape pon bagi pendapat. ustaz ke artis ke, pekerja cleaner ke, psychologist ke doctor ke ape ke... same je jawapan yang akan diberikan bile orang tu YAKIN 100% DENGAN ALLAH.

Kerie kesal dengan orang Islam yang mempertikai kan hukum dan undang-undang Allah. Katenye kite kene tengok dulu kesesuaian boleh ke tak sebab bla bla bla..amboi bukan main pandai gune rational sendiri kan.. Sebenarnye hukum hudud meliputi banyak aspects dan dia lebih menyeluruh dari hukum buatan manusia. Dia bukan sekadar potong tangan, rejam sampai mati segala bagai. Siapa yang betul-betul mengenali Islam dan TuhanNya, dia akan tahu apa itu hukum hudud tu. tak payah jadi fuqaha atau ustaz pon da boleh faham, asalkan kite jadi penyembah Allah dan pengikut nabi Muhammad yang setia. bukan sekadar dari fizikal, tapi yang penting hati tu.. tak goyang.

Sebenarnye bagi kerie hukum hudud ni bukan tak sesuai dilaksana kan sebab penduduk Malaysia ada yang bukan Islam. tapi sebab..... Ramai orang Islam sendiri yang belom cukup yakin dengan pencipta nya sendiri.. mengaku diri orang Islam, mengucap dua kali syahadah, tapi pergantungan pada Allah cuma 50 peratus. sebab tu yang boleh jadi mempertikai kan hukum dan undang-undang tuhan sendiri. Nauzubillah.

ALLAH ITU MAHA SEMPURNA, TAPI KITA CUMA MANUSIA YANG PENUH KELEMAHAN. JADI APA LAH SANGAT UNDANG-UNDANG KITA KALAU NAK DIBANDING DENGAN UNDANG-UNDANG ALLAH. ADAKAH KAMU SEMUA LEBIH HEBAT DARI ALLAH? KALAU TIDAK, KENAPA MASIH MEMPERTIKAI KANYA??? TEPUK DADA TANYA IMAN. SILAKAN...

ok.. tuje mau cakap. bai

credited to jiji yu n blog sah dan tak sah sebab memberi ilham kepada kerie untuk tulis pasal ni. thanks.

Tuesday, September 27, 2011

Kan lagi elok bile senyum.

Assalamualaikum

hai.

Mata mengantuk tapi hati gundah gulana mau mengupdate blog. petang petang ni tak elok tido, kang telajak tak pasal-pasal jadi gila ba alip ba ya plak. tanak kerie. so baik kerie gagah kan mata update si blog yang tak sebape ni.

Nak cite ape sebenarnye ni? haih.. blur betol lah nak buat karangan tuk blog ni. huhu.. ok ok ok... deep breathing!!

Sebenarnye kerie nak cite pasal kerie da dapat tempat practicum. Hahaha.. terbaik sangat2 sebab kerie dapat kat HUKM, jauh oke dari UIA. tapi apakan daya, terpakse jugak pegi situ. Tempat lain tak sudi nak amik kerie. huhuhu... ini lah nasib pelajar masters psychology. terutama yang specialized dalam clinical and counseling macam kerie ni. Melukut di tepi gantang namenye ni... haih. HKL sudi mengambil kami tapi apakan daya, agaknye kitorang ni tak penting kot buat kat HKL so that's why nak sign MOA mengambik mase berabad-abad. Mungkin tahun 2080 kot baru siap MOA tu. hampagas...

Tapi kitorang student Masters tableh komen bebanyak.. kang dikatenye manja, mengade.. yelah.. student tableh kate ape. orang atasan sume lagi mulia.. so baik ko shadddapppp!! nak kene dismiss ke? ok k k.. tak tak tak.

da.. takyah cite pasal practicum. buat kerie stress je mengenang kan HUKM yang jauh tu. baik kerie cite pasal senyum..errr..

Senyum boleh menbawa kebahagiaan. orang pon boleh jatuh cinta dengan kite kalo tengok kite senyum. kalo muke masang gebang.. takde sape kot suke. Kerie kalo buat muke serius tanpa senyuman, sume kate kerie sombong, garang n menakutkan. tapi.. pls pls pls ppl.. don't judge me by my face oke. even though my face look so sour but my heart is sooooo sweet. sile percaya oke!!!

Tapi betol lah. Kalo kite amik gambar tanpa senyum, gambar jadi kurang menarik. macam sakit hati je tengok. pastu tableh time kenyataan yang muke kite ni rupenye selebet bile tak senyum.. lepas ni mesti da tak benti senyum. yelah nak nampak cantikkan. huhu.. takpe takpe. senyum tu kan sedekah. :)

Jom tengok gambar kerie bile tak senyum.. kerie tanak cakap selebet walaupon memang ye. tapi itu kejadian Allah. cantik ke idak, itu kehendak dia kan?? so kerie bersyukur dengan apa yang dikurniakan sebab kerie ni milik DIA. Thank you Allah.

Muke ni macam nak bunuh orang.. grrrrr...

muke ni ape? nak nangis ke boring ke? apekah ini..? 

yang ni ape? jangan muntah weh. T___T
haishhh.. aigoo.. ape fungsi ler kerie ni letak gambar yang tak menarik ni?? errr.. sebenarnye kerie nak cakap, kan lagi elok bile senyum, bukan nak kate kerie lawa bile senyum. tapi, kerie nak kate.. mane2 orang pon bile senyum semua orang senang hati memandang. kan? so, smile always k. tak kire time amik gamba ke, time tido ke, time beli makanan kat cafe ke, time berhadapan dengan department, time deal dengan mahalah ofis ke, time ternampak harimau ke.. tak kesah. senyum adalah kelegaan. yang sakit boleh jadi sembuh  dengan senyuman. :)


k dah.. bai

Friday, September 23, 2011

Lepas 6 bulan, boleh kawen.

Assalamualaikum

hai korang...

Kerie nak kecoh satu benda ni. benda ni cikgu kerie yang kate. bukan bukan.. bukan cikgu tapi lecturer kerie yang kate. tapi sebelom kerie cite, kerie bgtau la name lecturer kerie ni dulu. name dia dato dr. mat saad. ha.. dia ajar kerie psychometric application mase kerie buat bachelor degree kat uia. wuwuwu.. kerie dapat A sbb dato' mat ni sangat la pemurah orangnye. ekekeke... ok da sambung pasal benda yang kerie nak kecoh ni. dia kate kan kalo kite berkenalan dengan seseorang, sebelom bertindak ke langkah yang lebih romantik iaitu kawen atau tunang-tunang atau gatal-gatal kaple. kite kene bagi mase 6 bulan untuk tempoh pekenalan dan ujian. tengok same ade kite serasi kat orang tu ke tak. tengok same ade orang tak pudar perasaan kat kite ke tak walaupon kite da buat perangai macam zombie tak cukup makan depan dia.. ha.. so bile da lepas 6 bulan kenal. tengok pangai dia macam best dan makin best, n hubungan pon makin intim makin intim sampai da tahap gatal berangan nak kawen atas angkasaraya. ha.. elok lah dipercepat kan proses kawen mengawen tu. kalo tak mampu lagi, boleh lah cuba booked dulu kan. bayar deposit dulu ke. mintak elok elok dengan tuan punye badan dan jugak keluarga tuan punya badan.

Tappppiii..apa pon, selepas 6 bulan perkenalan, bukanye boleh dijadikan sebagai tiket untuk korang bermesraan berlebih-lebihan tau.. a a a... no no. jangan nak gatal lebih. sok kalo jadi benda lain, salahkan kerie plak sebab post kat blog pasal bnda ni. kalo nak bemesra lebih-lebih, kawen!!! kite ade peraturan. jangan main redah je. ha...

k lah. tu je nak kecoh. ok. bai.

Pesanan kepada gadis diluar sane: jangan jadi macam lebih sudu dari kuah. Malu itu perisai untuk si gadis manis.

Wednesday, September 21, 2011

Muka buku bermuka baru, jadi satu isu plak.

Assalamualaikum

hai..

Hari ni nak buat entry lagi. nak cite pasal muka buku yang sememangnye menjadi kepentingan bagi orang-orang pada mase kini. tapi bagi kerie biase-biase aje. kerie takde la ketagih dengan muka buku tu. cuma addicted je.. muahahahaha. tak lah. sebenarnye kerie bese-bese je, takde la menggigil kalo tak bukak muka buku tu sehari ke dua hari ke. cool je.

Err.. hari ni semua orang duk bising pung pang pung pang cakap muka buke da bertukar wajah. gamaknye baru lepas buat plactic surgery lah kan. ramai yang tak suke muka buku yang baru. tapi kerie ok je. apehal la nak bising-bising.. bukanye boleh menyebabkan kematian pon fb betukar wajah. huh.. lelame korang biase ler. nak melatah tak sabo-sabo. kot kalo ade org mati sbb fb da tuka muke baru, takpe la jugak nk melatah. pastu takleh tahan, siap post kt status fb pening pale la tengok wajah baru fb. orang da pakai servis dia, mesti lah dia nak buat pembaharuan. takkan ler nak static je macam tu. takyah duk bising-bising ler... huh.. ok ape fb yang baru. takde masalah pon. tak pening sampai nak pengsan pon. huhu.. ape da sume ini? tak logic sungguh perbahasan mereka sume ni.

Baikla taknak meledak kan lagi emosi yang tak pasal-pasal nak melebih2 ni. cau dulu. thanks sbb bace. pesanan ringkas sebelom bla: " tak yah nak kondem benda baru. manusia ni memang ade satu keupayaan iaitu keupayaan adaptasi. tak payah bebel bising-bising. adapt suda benda baru. bukan mati pon."

Bai.

Tuesday, September 13, 2011

Budak baru terlebih excited

Assalamualaikum

hai..

Uia kini sudah dipenuhi dan sesak dgn kehadiran students yang cantik2 dan hensem2. haih.. kelmarin merayau kat centre sebab ade urusan yang nak diselenggara kan.. wahhh.. banyak nye gadis manis berbaju kurung. kerie amat suke budaya uia ni. kelihatan semua sopan2 belaka. :D 

Tapi kan.. da banyak-banyak orang ni, banyak lah plak ragam nye. mse kat centre hari tu, ade lah segerombolan students baru.. eceh.. bergerak bersame geng sambil membawak beg ta'ruf.. habes cool la ni. ni sisters tau. bukan brothers. skali mereka ni pon singgah kat satu booth, booth ni ade main2 permainan pastu dapat hadiah tau. abg yg jage booth tu pon cakap n promote dgn mereka ni lam bahasa melayu.. tapi geng sisters yang bertudung bidang nam ploh ni membalas kate2 abg terbabit dengan bertutur lam bahasa inggeris dengan lagak gaya yang bajet "ohh.. aku sorang je pandai speaking!!" . wahhh!!! sgt uia oke..err.. yeke? kerie dak uia, kerie tak pon mcm tu.  pastu, brader ni cakap la.." wahh.. speaking ek kamu orang ni" dengan bangga nye dan kuatnye student terbabit menjawab, "yes.. we are BENL student, so we have to speak in English.." duhhhh!!!! Oh.. ko sorang je lah BENL student kt dalam Uia ni.. adoi lah, punye lah yekksen. kerie sebagai senior tengok je sambil gelak lam hati.. kui kui kui..budak baru nak belajo. bio kan aje. tak kesah lah BENL ke HS ke, KAED ke, LAW ke.. sume budak uia belaja dalam english. memang English is our medium, tapi takde la begitu teruja bercakap BI dengan abang booth yang sudah ketara melayunye dan jugak berkemungkinan besar bukan budak UIA. BM sudey... kot nak ckp dengan org admin ke, department ke, lecturer ke.. takpe lah cakap in English. Nak cakap english sesame geng ko pon akak tak kesah dik. tapi abg booth tu kot tak prefer cakap in English. kan elok kalo merendah diri. Pandai English tak semesti nak kene cakap English merata riti.. betol tak? ikut keadaan lah kan...

Oke!!! stop mengumpat. skang cite lain plak. Bilik kerie da dihuni oleh roommate baru. sume comel2 belaka dan friendly. mereka adalah pangkat adik2 dengan kerie. yer.. kerie sedar kerie semakin menginjak dewasa. itu la hakikatnye. Alhamdulillah dapat roommate baru. takde lah sunyi sangat bilik nnt. boleh buat kawan skali. hee...:) 

Cite lain plak. Ni.. weekend ritu kerie telah berdating secara khas nye dengan kawan baik kerie cik hamizah zainun, bersama suami beliau, encik amin. yer.. best jugak acara dating kitorang tu sebab kitorang pegi melahap kat dua rumah terbuka.. burpppp.. alhamdulillah kenyang. pelbagai juadah dihidang, kerie pon tanpa ragu-ragu walaupon sedikit, melahap tanpa pandang kiri dan kanan. sungguh sadis sape dapat awek gelojoh cam kerie nih. huh.. 

ade gambar ke tak nak tayang lam entry nih?? alah.. mcm mls je nak upload, huh.. jap pk jap.. nak letak gambar ke tanak...

5 minit kemudian...

ok lah, kerie letak gambar lah...

Ni lah puan hamizah zainun. dia da 8 tahun kawan dengan kerie sedari zaman matrik lagi. wuwuwu..
da.. tu je k.. bai. 

Friday, August 19, 2011

Bebal?? salah siapa?

Assalamualaikum w.t.b

hai

Ha.. kerie da tau kenape dak2 U ni ade mase jadi lembab or bebal-bebal ayam kampung. Dak-dak yang duk maengaji kat U ni bese nye penggemar cite korea. terutame yg duk hostel cam kerie. cakap je cite tajuk ape sume nye da khatam. kan elok kalo khatam buku teks mcm tu. hu~  Cite korea menjadi punca kepada kebebalan disebab kan pengaruh dia yang teramat pesat dan maju.

ye.. kami dua budak u. err tapi kami tak bebal. tak tak tak.. kalo tak caye tanye kakak kerie ni. dia dah grad masters da. wah!!! jeles.

Yang paling ketara pengaruhnye bile kite tengok adegan makan memakan. kite mesti rase terliur nak makan jugek. Dia punye melahap tu sungguh excited dan bersungguh sehingga telah menggoda nafsu kite untuk makan benda yang same cam diorang jugek.

Korea ni suke sgt makan mi ramen. perghh.. lau tgok meke makan kite rase cam nak sambar sume pise megi yang ade kat shop tu dengan kadar segera. sambil duk tengok cite korea sambil duk mentedaghah mende alah tu. memang lah bebal jadi nye. da terang-terang megi tu bergelen ajinamoto nye.

Dan kini, kerie rase peniaga-peniaga shop kat university.. err bukan,  kat UIA je kot..da sedar fenomena ini berlaku. dengan ini mereka telah membuat langkah bijak dengan menjual mi ramen cup. Kerie adalah salah sorang pembeli tegar mi ramen terbabit. dan tadi kerie berjuadah kan sahur kerie dengan mi ramen terbabit sambil ditemani cite korea. poyo gile, asal tengok cite korea melahap mi ramen. kene nambelas episod cite korea, nambelas kali melahap mi ramen. sedar-sedar otak da tak berfungsi. masuk kelas lecturer ngajo, satu mende tak masuk. tsk tsk tsk. sok korang yang laki-laki ni, jgn terkejut kot dapat bini botak tengah pale akibat duk telan begelen2 ajinamoto lam megi or mi ramen. huhu. sungguh mendukacitakn.  tanak tanak tanak!!! sume ni nauzubillah. boleh nak makan tapi jgn la makan bnyk sangat. skali skale, dua kali dua kale xpe lah. oke??

Sedap nye ramen kimchi ni.. tak caye try lah. kat giant pon ade jual. 

Dah bye. tu je cite kerie.
Thanks sebab bace sampai habes.

Saturday, July 30, 2011

Peka dalam persahabatan, tak semua orang boleh buat.

Assalamualaikum w.t.b

hai..

kali ni kerie nk cite pasal persahabatan atau dikenali sebagai friendship. errr.. kerie ni sgt peka dgn hal2 berkaitan dgn kawan2 ni sbbnye kerie syg sgt kawan2 kerie. mgkin ade yg sedar n tak sedar. kerie cube sedaya upaya untk x kecik kan hati diorang, tapi kerie tau.. kerie tak sempurna, msti ade jugak silap n salah kerie yg menyebab kn diorang kecik hati. Sorry sgt2 kalo ade. kerie tak sengaje. ape pon, bg kerie kawan2 adalah org yg terpenting dlm hidup kerie.

kerie ade ramai kwn. semua baik2 belaka.. bg kerie bile kite berkwan ni kite kne jd lebih sensitif, terutama dalam menjaga hati dan perasaan. mgkin bg sesetengah org, bnda tu xde pape. stakat kwn2, tak yah la nk cepat terase. Tapi ape pon kite kena selalu mendengar, memahami dan menyokong kawan2 kite dalam ape jua situasi melainkan bile dia buat bnda2 yg tak baik.

kerie rase kwn yg baik ialah kwn yg memberi respon yg baik bile kite cite mslh kite kn dia. mkne nye dia menyokong kte dan sentiase menyedapkan hati kite. dia tak berbaik2 dgn org yg penah menyakiti kite. dan kerie paling x suke kwn yg bile kerie cite hal kerie, dia jawab mcm ni, entah la kerie... aku pon tak tahu.. yg pntg ko jgn salah buat pilihan. jawapan tu mmg x dapat membantu langsung ok. kerie pon boleh bg jwapan mcm tu kt diri kerie sndiri. kerie rase bukan psychologist je yg ptt ade empathy tp manusia yg bergelar sahabat pon kene ade. kerie tau x smua org boleh faham keadaan org lain, tapi at least belajar lah. jd la peka sikit dgn keadaan kawan2. tak semestinye kalo ko da kawen or ade boyfriend ko tak boleh jd supportive kt kwn2 sndiri kan??



tu je sbnrye kerie nk ckp, kerie ckp ni berdasarkan pengalaman kerie sndiri. pape pon, kerie ade ramai kwn yg baik2.. thanks to all of them for being a very good friend to me. hopefully diorang sume happy2 selalu n sntiase dirahmati.. amin.

k lah. Thanks for reading. bye.

Wednesday, July 20, 2011

Lelaki dayus apa pon boleh...

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum w.t.b..

hai.. 

hari ni hari rabu. hmm.. x silap wordless wednesday kn today?? ahhh.. x kisah la..kerie bkn blogger fames pon. sukati kerie la nk bebel hari ape pon kn.

ala.. bukan nk bebel ape pon hari ni. cumenye kerie teringat sesuatu yg nk diluahkan...

errr... kerie rasekan, ni pandangan kerie la, lelaki yg bangga awek dia seksi2 tu adalah lelaki dayus. terutama bile lelaki tu cakap mcm ni,

"ala.. xpelah.. u xyah la malu2 pki ketat2, pki seksi.. bia lah org pndg, diorang mampu pndg je, tapi i da dapat u.."

pale hangsss korang la.. ape dia ingt pompuan ni barang tayangan perdana ke?? adoi.. mmg la dasar lelaki dayus. otak singkat..

perempuan yg bijak, kalo anda terjmpe dgn laki jns mcm ni, baik angkat kaki terus. kalo korang berlame2 dgn jantan mcm ni buang mse je... diorang ni otak singkat.

hee... k la.. tu je yg kerie nk ckp..

thanks for reading.

bye...

Monday, June 27, 2011

Its hurting me!! Ouch..

Assalamualaikum...

hai peeps..

kerie nk menulis lg..

hari ni kerie pose ganti. yeay.. tgl lagi sari je lps ni... :) alhamdulillah...

td.. kerie ade usya satu fb minah ni.. hmm.. mmg cun dia ni.. well, kate cun msti la ramai peminat kn. Tapi nye.. kerie sbnrnye bukan nk ckp ape. cume kerie nk melahirkan rase sedih lam hati kerie lepas tgok si minah ni.. bukan kerie nk kate kerie baik or nk kate dia tak baik. kerie pun tak kenal dia. mgkin dia mmg baik walaupun pakaian dia dan cara dia mendedahkan diri dia pd umum sgt memalukan. Tapi dia suke dan bangga dgn perbuatan tu. Kerie pun suke amik gmbr.. suke bergaya2.. suke nmpk cntik.. kerie tak kisah kalo dia pon suke mcm kerie jugak. ye.. kerie tau bukan kerie je yg suke mcm tu... perempuan lain termasuk si minah ni pon suke mcm kerie...  dia nk nmpk cntik dn menjadi perhatian di mata lelaki. Kerie bukan nk kate dia jahat.. tapi kerie sedih sbb lelaki2 tgok gambar2 dia sambil melucah. yesss... she got pretty face.. sexy body.. but thats not 100% yours.. that belong to Allah.. and He order you to protect and preserve it as He mentioned in al-Quran and hadis. Why?? why?? knape suke jd bahan lucah?? mane perginye malu si gadis??

Ape yg nk dibangga bila jd bahan lucah???
rasenye org yg bangga dijadikan bahan lucah adalah tdk normal. Di manakah letak nya harga diri dan maruah??
bagi westerner malu itu... perkara yg tdak baik.. mmg, kalo malu berlebihan dan tak kene tempat mmg tak baik. tapi bukankah malu itu penting dalam hidup kte sbg manusia. ia membezakn kita dgn haiwan. Sedangkan sifat malu rasullah itu seperti anak dara yg msh menjaga kehormatan diri, keluarga dan agama.. itu rasullah... si kekasih Allah. Kita ni.. sape je? manusia biasa. bile buat salah or dosa lg bangga adalah. This girl.. she still can mention that she feel grateful to Allah for giving her beauty and nice body.. at the same she's showing half of her b**bs to public.. this is what?? oh.. sy sebagai umat islam rase terhina. sy sbg gadis islam rase malu.. i don't wanna judge her as so and so.. but please.. its hurting me.. !! because i'm a Muslim and i know what my God love and don't love. what are the things that can make He angry...

I'm not suppose to judge her. Allah can change her into a better person anytime He wants. so.. what can i do is pray to Allah, so that one day she will see the truth and repent to Allah. Mungkin selepas tu, dia akan jadi lebih baik dari orang yang sedia baik.. Amin.

Yes.. i love my Muslim brothers and sisters.. that's why i feel sad when i saw things like this happen. i don't want only to protect my dignity but also my religion and Muslim ummah.

Rase bahagia bile tngok celebrity, dan gadis2 melayu yg bertudung berakhlak mulia. sejuk mata memandang.. rase hati ingin mencontohi mereka dan bersaing dgn mereka.. spy kite menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
Warnida, my role model. mmg peminat dia.. dari sebelom dia pakai tudung lg. Rase sgt happy bile first time tau dia pki tudung. Semua cerita yg dia berlakon terus tengok. She's very sweet.. :) mse ni kerie bergambar dgn wardina kat program usrah we are beautiful, Allah loves us. 
Irma hasmie.. alhamdulillah, dia pun sudah bertudung.. ommmoo.. cantiknya dia bertudung.. suke!!
Takde manusia yg dilahir sempurna dalam dunia ni. disebabkan kesalahan yg lepas.. hati yang buta boleh menjadi celik. Guna kan la akal yg diberi untk menilai and meneliti setiap petunjuk yang diberi oleh Allah.

Sebelom kerie tamat kn entry ni.. kerie nak pesan kt gadis2 di luar sane.. kakak2, adik2... biar tak cantik di sini.. tapi jgn tak cantik di sana.. bila tak cantik di sana.. selama2nya anda tak cantik.. tak boleh buat ape da.. mne ade clinic nk bg ubat bile sakit kene bakar.. mane ade clinic boleh buat kn plastic surgery untk kite kalo kulit da berparut.. betol tak? bukan senang untk hidup bahagia kt akhirat yg kekal abadi.. tapi amat mudah untk hidup bahagia di ats dunia yg sementara ni.. fikir2 kan la ye..

with my beautiful friends.. baik hatinya dan cantik rupanya.. :) 
kerie doa kan gadis2 diluar sana dan diri kerie sndiri.. smoga jd lebih baik dr mase ke semasa.. amin.. :)

p/s: nauzubillah.. kerie mintak dijauhkan dari perkara2 yg tdk baik.. amin..

Thanks for reading n following.. mmuahh..

Thursday, June 2, 2011

Lets talk..why most of the girls love to watch Korean drama...?hahaha..

Assalamualaikum...
Hello hello... :)
Korean drama sgt fames la dikalangan gadis2 manis di Malaysia pd ketika ini. Bukan stakat drama.. K-pop skang ni rse nye lebih mendapat smbutan berbanding artis2 lain kt Malaysia.. why... why is this happening??? ok la.. kerie ngak mau berkate lebih2 mengenai kpop.. kerie pon suke jugek dgr lagu korea.. tp xde la follow sgt. kalo ade lagu sedap.. kerie amik.. kalo x.. xde la kerie mncari.. hmm.. taaappppi... kalo drama.. mmg la kerie da ketagih.. mmg feel gils la bile tgok cite korea ni... ape hal??? kerie rase la kn.. bdsrkn pengamatan kerie, kerie tau nape budak pompuan suke sgt tgok cite korea... jd disini, dgn sukacite nye kerie pon list kn la sbb2 budak pompuan suke tgok cite korea...:

Nombor satu:
sbb hero2 dia mmg x menahan hensemnye dan comel....wahhhhhh..... bile tgok.. mata boleh x berkedip lah. kt Malaysia ade ke yg hensem mcm tu..? ommooo.... kalo ade pon.. mcm ady putra.. hahaha... tapi sy suke ady putra.. anda pula bagaimana??

kan..see.. hensem gils kn?? ni la hero cite marry me marry.. dlm hong gil dong pon di berlakon jugak
Ommoo... comel nye.. tgok setiap hari pun x boring.. hahaha
Nombor dua:
dlm cite korea, selalu ade dua lelaki hensem,kaya n baik akan suke kt sorang heroin yg rupe nye biase2 shaja... skdr manis di mata.. instead of choosing perfect girl, kedua2 jejake hensem itu akan berebut kpd si heroin yg biase2 sje itu... ha... itu yg best.. perempuan kn mmg suke menjadi rebutan..hehe.. btol x? wahhh.. kalo kerie.. msti da x tau nk buat pilihan yg mne.. nsb baik la x jd lam hidup kerie btol2... selain itu, bg kami gadis manis yg rupenye biase2 sje.. hal ini boleh boost kn lagi self-esteem ktorang.. ha.. tgok.. x smstinye nk kne jd perfect bru boleh jd rebutan.. kan?. hahahaha....

Marry me marry.. dua lelaki kacak berebut kn si marry yg sederhana rupa..
Nombor tiga: 
heroin dlm cite korea slalu boleh jd org kaya segera. cthnye spt dlm cite my princess, marry me marry, stairway to heaven dan bnyk lg.. sbb ape?? sbb slalu akan ade hero yg hensem, bergaya dan kaya akn suke kpd si heroin yg miskin, dan comot2 sje. yg best bile dia tunjuk grooming part untk si heroin yg selekeh.. wah.. mse tu msti pg shopping.. n boleh beli ape sje yg dia suke.. bukan kah shopping ape saje itu mnjdi idaman setiap perempuan... btol x??? hahaha...

Nombor empat:
Of course, sbb jalan cite yg menarik.. ade yg happy ending, sad ending. plot cite dia.. mostly pndai bermain2 dgn feeling kami si perempuan manis.. hahahaha....

Nombor lima:
Ohhh.. cite korea ni msti akan dihidangkan bersama ost yg sedap2 lagunye... tu yg menyebabkan feel dia up lebih skit.

Nombor enam:
cite dia sederhana panjang.. x spnjg cite cina.. x spnjg cite indon ke sepanyol ke, mexico ke, Philippine ke thailand ke..  rata2 episod nye cume 16 sahaja.. tapi cukup untk membuat hati meruntun untk menonton...

ha.. demikian la saje sbb2 atau faktor2 yg boleh kerie list kn di sini.. rasenye ade bnyk sbb lagi kot.. tp kerie malas nk tulis.. hee... jd kpd gadis2 manis semua.. anda msti tau sbb2 ade suke menonton cite korea.. yg kerie list kn kt ats ni mgkin secara general jer.. mungkin korang semua ade personal reason yg tersendiri knpe suke nonton cite korea. errr.. tapi pasal bab hero tu.. mmg no doubt la.. slalu sgt mereka menampilkn hero yg hensem2.. xtau la hensem ori ke buat plastic surgery.. tapi... yg pntg hensem... hahahaha....

k la..kerie rse thats all for now.. thanks for reading n following.. kumawo...!!! sarangheyo!!!

Friday, February 25, 2011

Oh no... knape muke dia mcm tu???

Assalamualaikum friends, ni entri bru da nk start da... hehe

Pada suatu hari,  kerie dan kakak beliau ( rafidah) tlh membuat kutukan membina swaktu bejalan2 kat satu tempat sekitar wangsa maju... heee..bermule dgn:

"beb cube tgok muke pompuan tu.. mcm familiar je" kate kerie.

"mane? ntah.. aku x knal pon.." pidah mule membalas...

" eh.. tu bukan pompuan yg salu jd model muslimah tu ke? yela.. dia la si tut.....kn?" kerie plak lagi mnmbah2 kn mood untk terus mengutuk.

" ye la kot.. knape muke dia mcm tu? mane kening dia? mse jd model, xde kening mcm tu ke? mcm alien la plak da muke dia, ish.. mcm mne dia bleh jd model?" hoish.. ha...disini kite da nmpk yer kutukan sudah bermule..

kerie plak smbg...
" da la pki make up pon muka da bese2 jer.. bukak make up..ya Astaghfirullah..hmm..weh idung dia da  kembang la sbb dia pasan yg kite tgh tgok dia..msti dia rase dia glam sgt kn? hoh"

pd ketike itu jugak, disebabkn minah ni tgh lepak dgn bf dia,tetibe si rafidah plak kua kn ayat bebise...
"kalo aku jd pkwe dia, aku da malu gile da, baik mntk breakup"

errr...??

dan.....
"pok pek pok pek.. bla bla bla" 

kutukan msh diteruskn.. mls kerie nk tulis, cukup2 lah buat dosa ngumpat kat luar, kt lam blog xyah la kn.. sesi kutukan berlangsung slme lebih kurang 7 menet la. pas tu habes, smbung balik mengutuk kt bilik... hee...:p

adoh...gile bajet bagus kn ayat pompuan2 ni...(kerie n kakak kerie) kutuk org mmg x bleh bla..mcm la korang tu lawa sgt nk kutuk2 org.. skali aku tampo, bisu 5 thn.. huhu.. eh.. boleh ke kerie nk tampo diri sndiri? mang boleh, tp msti x saket.. xpe la lau mcm tu, kerie suh kakak kerie tampo kerie, patu kerie plak tampo dia... tampo laju2 smpi bibir bengkak...lepas tu baru x dapat kutuk org lg da selame2nye... muahahaha..pdn muke!!!!

Ok chup!!! kamu sume jgn kutuk kerie dulu... kerie tau kerie poyo n bajet bgs.. suke kutuk org pdhal muke kerie ala kadar je mcm nasi kndar (errr.. nasi kandar kt mydin mall, KT sedap, tetibe la plak en..T_T), aa.. taaa...pi... sbnrnye ape yg kerie n kakak kerie kutuk tu adalah kenyataan jgk kn..betoi dak?? ade sesetengah org, duk pki make up tebal sgt sbb nk nmpk lawa, bile bukak, da nmpk mcm kn hantu or alien la plak...hmm..now kerie tamau ckp bnyk.. cukup la sketsa yg kerie da tulis kn kt ats dijadikn renungan kpd kwn2 skalian. hopefully korang sume fhm la npe kerie wat entri ni.. n dpt mksud tersiratnye. Mksud tersurat mmg da nmpk ye iaitu perangai kerie ni mcm hampagas.. huh..suke kutuk org.. tabiat x bgs ni. sila jgn amalkn! hee...

ok la buddies, tu je dulu yer untk entri kali ni. sorry kalo rase kerie terlalu merapu n entri kali ni x best. kerie cume melaporkn ape yg berlaku jer. :)hehe.. chill.. ok see u again friends.. thanks for reading.. :) syg kamu semua lebih lah.. :P

p/s, ade sesape nk kutuk kerie?? oh.. ni ha ade gmbr kerie x pki make up. :P

peace n chill people...:P