assalamualaikum
hai...
kali ni nak cite pasal orang meniaga. tau tak meniaga tu ape? meniaga tu maknenye bisnes. ok..? da paham? hmm.. bukan ape.. cume nak meluahkan kekesalan dan rase terkilan terhadap segelintir peniaga terutamanya yang Islam. Kadang-kadang diorang tu amik kesempatan. Jual mahal-mahal tapi barang tak berkualiti. ape lah diorang ni? duk fikir untung je.. nak kaya sampai sanggup gune cara kotor.
Yang paling kerie tak suke ialah peniaga makanan yang kerie pun taktau kenapa dia meniaga makanan dan macam mana dia boleh terasa yang diri dia layak untuk meniaga makanan. sesungguh nya sebilangan dari mereka ni memang serius... makanan yang diorang jual tak sedap langsung ok. Ntah ape rasa ntah, kadang tu tawar hebe je.. kadang tu rase da nak basi pon ade. Ape lah yang ade dlm fikiran diorang ni ek? ke diorang ni syok sendiri perasan masakan sendiri sedap.
Kerie tak kisah kalo nak jual mahal tapi makanan sedap. orang makan pun berbaloi je rase. Ni tak...dah lah tak sedap, kedekut plak tu, letak sikit je. Ade pernah tu kerie teringin nak makan megi yang mcm kite masak sendiri kat rumah yelah yang ade ayam, daging, telur dan bahan-bahan lain kan... maklumlah.. kat asrama mane la ade.kalo nak kene beli kat cafe. disebabkan terlalu teringin, kerie pun order lah kat satu cafe ni. teka ape, serius megi dia takde ape. kerie bayar RM 3.70 hanya dapat megi kosong dengan sebijik telur. memang lah kerie rase macam nak bunuh owner cafe tu kan. huh. sib baik lah kesabaran masih ade. so kerie diamkan aje. kerie tak makan pun. kerie pegi beli makanan lain. sejak dari tu memang kerie tak pegi da cafe yang memang terkenal sebagai kedekut tu.
Macam ni lah, bagi kerie lah... kalo ko takut rugi baik ko takyah berbisnes. kalo ko nak berbisnes cara kotor, baik ko tak yah jadi orang Islam.. sebab dalam Islam memang takde bisnes kotor-kotor ni. kalo nak sangat senang kat dunia sampai tak peduli dosa pahala, takpe... Allah bagi apa yang ko nak... tapi ingatlah nanti, masa ko akan sampai jugak. huhu...
K lah.. tu je nak cite. bai.
Tuesday, April 24, 2012
Sunday, April 22, 2012
Kucing binatang tercomel di dunia.
Assalamualaikum...
Hehe.. nak update dari kelmarin lagi sebenarnya, tapi internet uia ni macam mengada-ngada, siput pun lagi laju. huhu. alah, kali ni pun nak update something yang macam tak berapa nak penting. tapi yang pasti apa yang kerie nak update ni adalah cute ok. tak percaya tengok lah nanti... sebelom tu kerie nak soal, apakah binatang yang tercomel dalam dunia...? ha... apa? Gajah...? salah.. tak. lagi lagi... ha.. siput. oi.. of kos la siput tak comel. tang mana comelnya ntah.. lagi taknak teka da? haha.. takyah teka lah. jawapan memang sudah pasti, jelas lagi nyata iaitu meow meow meow... hehe.. of course lah kucing binatang tercomel dalam dunia. ha... sapa yang tak suke tu, sila jangan nak cakap banyak. menyayangi kucing tu adalah sunah rasullah.. bukanya tabiat tak baik hoke!!! ok jom tengok comel baby meow yang sering menggundahkan hati kerie. hehe.. :)
![]() |
| Hobi caye ialah tido selepas naik syeikh bermain-main smpi tunggang langgang bilik tuan sy. :P |
![]() |
| Jangan geram sgt tau.. ye sy tau sy comel.. :P |
![]() |
| Comelnya!!!!! |
Ok dah.. tu je gambar yang kerie nak share dengan sume. kerie nak p tepon mak kerie pulak. Thanks for reading.. kumawo.. bai.
Friday, April 13, 2012
KEWAJA,membantu mereka yang terlupa dan tersasar.
Assalamualaikum
Jumaat suda ini hari... hmm dan.. kerja kerie masih berlambak-lambak serta berlunggun lunggun terabai dan terbengkalai. why? why... huhu. saya mahu jadi rajin lah. siap kan kerja lam masa satu hari tanpa ada sebarang rehat untuk menonton sebarang cerita, main game dan juga bermain dengan kucing. Tapi malang, nafsu itu amat sukar dikekang. ibarat semut suka kan gula. bukan gula pasir sahaja malahan gula-gula getah juga.
Ok demikian.
Kerie tulis blog ni sebenarnya bukan untuk meraban macam gaban, malahan tidak sekali macam action kameng. Kerie cuma suka kan benda-benda yang berfaedah je contohnya macammain game menelaah journal-journal scientific. so apa barang nak meraban dalam blog benda-benda tak ilmiah ni. buang masa u know...? jadi elok lah kita bercakap pasal KEWAJA bukan kejiwa atau sakit jiwa. bukan.
Korang sume ni tau ke kewaja tu apa? kamon lah... KEWAJA ni fames doh... lebih fames dari AA tau. korang ni kalau tak tau nama nya katak bawah tempurung. memalukan anak bangsa.
Disebabkan ada yang macam masih samar-samar ayam kahwin dengan kambing masak kuzi, baik lah kerie bgaitau apa benda KEWAJA ni. KEWAJA ni satu badan NGO yang di tubuh kan untuk menolong dan menyelamatkan remaja-remaja yang bermasalah, yang terlibat dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah, mat rempit, bohsia bohjan sampai lah ke masalah yang serius seperti mengandung luar nikah. Tapi kini kewaja lebih di kenali sebagai pusat perlindungan untuk perempuan-perempuan yang mengandung luar nikah tak kira sama ada akibat dari perhubungan seks secara sukarela ke ataupun kene rogol ke sume boleh. Tapi apa pun, ia tetap tertakluk kepada tema dan syarat. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lah ke fb kem modal insan kewaja dan hubungi mereka dengan sendiri.
Sebenarnya kewujudan rumah perlindungan atau lebih tepat kem untuk remaja-remaja yang bermasalah ni memang sangat-sangat bagus. walaupun wujudnya segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan fungsi kewaja ni, tapi sebenarnya, hasil dari temuramah kerie dengan pihak KEWAJA sendiri dan penghuninya mendapati ramai remaja dan golongan muda yang telah tersasar kembali ke pangkallengan jalan. cuma sebilangan kecil je akibat faktor yang lain, selepas keluar dari kewaja, perangai "pig n lion" dia menjadi-jadi kembali.
Sebenarnya kerie bercakap pasal KEWAJA ni sebab kebetulan research yang kerie buat for thesis kerie ni terlibat dengan gejala-gejala yang melibatkan golongan-golongan yang menghuni KEWAJA ni. Kerie dah pegi sana beberapa kali untuk interview penghuni KEWAJA itu sendiri dan juga owner kewaja tu sendiri. jadi... kerie mendapati sebenarnya kewaja atau pusat perlindungan macam ni sedikit sebanyak membantu golongan-golongan yang pernah terlanjur melakukan dosa kembali ke jalan yang benar.
Sebenarnya untuk masalah sosial yang semakin membusuk kat negara kita ni, setiap pada kita perlu memainkan peranan masing-masing sekurang-kurangnya menyumbang apa yang termampu untuk menyelesaikanya. Bagi kerie, cuma satu je, kembali kepada Islam... umat Islam ramai di dunia ni.. cuma mereka tidak melakukan apa yang mereka sepatut lakukan, mereka tidak mejadi Islam yang sebenar-benar Islam. maka Allah mewujudkan kepincangan seperti ini untuk kita sedar dan kembali kepadaNya. Tiada jalan penyelesaian yang terbaik melain lihat pada Allah dan kembali kepadaNya. Wallahualam
Demikian sahaja... bai.
Jumaat suda ini hari... hmm dan.. kerja kerie masih berlambak-lambak serta berlunggun lunggun terabai dan terbengkalai. why? why... huhu. saya mahu jadi rajin lah. siap kan kerja lam masa satu hari tanpa ada sebarang rehat untuk menonton sebarang cerita, main game dan juga bermain dengan kucing. Tapi malang, nafsu itu amat sukar dikekang. ibarat semut suka kan gula. bukan gula pasir sahaja malahan gula-gula getah juga.
Ok demikian.
Kerie tulis blog ni sebenarnya bukan untuk meraban macam gaban, malahan tidak sekali macam action kameng. Kerie cuma suka kan benda-benda yang berfaedah je contohnya macam
Korang sume ni tau ke kewaja tu apa? kamon lah... KEWAJA ni fames doh... lebih fames dari AA tau. korang ni kalau tak tau nama nya katak bawah tempurung. memalukan anak bangsa.
Disebabkan ada yang macam masih samar-samar ayam kahwin dengan kambing masak kuzi, baik lah kerie bgaitau apa benda KEWAJA ni. KEWAJA ni satu badan NGO yang di tubuh kan untuk menolong dan menyelamatkan remaja-remaja yang bermasalah, yang terlibat dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah, mat rempit, bohsia bohjan sampai lah ke masalah yang serius seperti mengandung luar nikah. Tapi kini kewaja lebih di kenali sebagai pusat perlindungan untuk perempuan-perempuan yang mengandung luar nikah tak kira sama ada akibat dari perhubungan seks secara sukarela ke ataupun kene rogol ke sume boleh. Tapi apa pun, ia tetap tertakluk kepada tema dan syarat. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lah ke fb kem modal insan kewaja dan hubungi mereka dengan sendiri.
Sebenarnya kewujudan rumah perlindungan atau lebih tepat kem untuk remaja-remaja yang bermasalah ni memang sangat-sangat bagus. walaupun wujudnya segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan fungsi kewaja ni, tapi sebenarnya, hasil dari temuramah kerie dengan pihak KEWAJA sendiri dan penghuninya mendapati ramai remaja dan golongan muda yang telah tersasar kembali ke pangkal
Sebenarnya kerie bercakap pasal KEWAJA ni sebab kebetulan research yang kerie buat for thesis kerie ni terlibat dengan gejala-gejala yang melibatkan golongan-golongan yang menghuni KEWAJA ni. Kerie dah pegi sana beberapa kali untuk interview penghuni KEWAJA itu sendiri dan juga owner kewaja tu sendiri. jadi... kerie mendapati sebenarnya kewaja atau pusat perlindungan macam ni sedikit sebanyak membantu golongan-golongan yang pernah terlanjur melakukan dosa kembali ke jalan yang benar.
Sebenarnya untuk masalah sosial yang semakin membusuk kat negara kita ni, setiap pada kita perlu memainkan peranan masing-masing sekurang-kurangnya menyumbang apa yang termampu untuk menyelesaikanya. Bagi kerie, cuma satu je, kembali kepada Islam... umat Islam ramai di dunia ni.. cuma mereka tidak melakukan apa yang mereka sepatut lakukan, mereka tidak mejadi Islam yang sebenar-benar Islam. maka Allah mewujudkan kepincangan seperti ini untuk kita sedar dan kembali kepadaNya. Tiada jalan penyelesaian yang terbaik melain lihat pada Allah dan kembali kepadaNya. Wallahualam
Demikian sahaja... bai.
Wednesday, April 4, 2012
A blessing to family, congrats Rafidah & Halif
Assalamualaikum
hai..
Puh..puh..puh.. achhhommm. adoi. banyak benar da habuk lam blog ni. Huhu. maklumlah, da lame tak service. huhu. kali ni pon update tak panjang sgt sebab sakit tangan dah buat transcribing. so.. taip blog kene dikurangkan. kang kudung tangan kerie. jatuh rege hantaran. sian.
This time just wanna wish my beloved sister.. congrats!!!! da kawen rupenye dia. Pas ni dia balik kampung da takleh tido dengan dia. takleh membebel sampai pukul 3 4 pagi sesama. uwaaa... sedih gak. tapi xpelah. dia da dapat kebahagian baru. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dua-dua majlis semuanya meriah dan gilang gemilang. hehe. ala.. laupon takde la cam majlis kawen retis. tapi takpe, tak kesah. yang penting perkahwinan tu diberkati. betul tak? Semoga kakak kerie n husband dia hidup bahagia bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat. insyaAllah
| Semoga selamat semuanya sampai ke akhirnya. amin. |
| Ni kerie make up kan... he.. kerie tak pandai sgt. buat sekadar yg mampu. :) |
| Ni reception yang kat Muar.. :) macam biasa... kerie lah pengapitnya. |
Lagi satu berita gembira, kucing kesayangan kerie... lola pajila atau lebih dikenali sebagai boyan, yoyan, anak buaya, kuih koci, minah limpit.. dan lain-lain nama telah selamat melahirkan baby yang comel sangat2. sebelum ni kerie telah kehilangan kucing kesayangan jugak, simba my pretty boy dah takde. tapi digantikan dengan anak-anak beliau.alhamdulillah. semoga baby2 tu semua panjang umur. InsyaAllah.
K lah.. tu je update kerie untuk kali ni. bai.
P/s gambar banyak-banyak ade kat fb kerie. :)
Wednesday, February 29, 2012
Bercanda ria di hari minggu.
Assalamualaikum
hai
How are u everyone? da lame tak mengupdatekan diri dengan blog. aiyayaya.. banyak busy lah. Kali ni mau update sebab kerie begitu teruja untuk menceritakan kisah kerie di kala hari ahad yang da berlalu.
Pada pagi ahad, kerie telah pegi membazirkan duit beli barang-barang keperluan contohnya seperti peralatan make up, make up make up dan make up lagi. haih. ketagih ke ape? salah! bukan ketagih tapi kerie ade urusan yang penting kene beli make up sebegitu banyak. urusan tu rahsia. takleh bitau lagi. nnt baru kerie gtau. Ok. bukan saje beli make up malahan beli barang keperluan lain seperti.. hmm... ape ek.. pakaian dalam dan itu saje. telah habis duit kerie begitu banyak sekali. tsk tsk tsk.
Kerie shopping kat mane? alah..dekat-dekat je kerie pegi sebab sorang-sorang so kerie pegi jj wangsa maju. tempat mudah, senang lagi lazat sebab ade tako tao. ekeke...
| Mase ni baru nak kua. sempat amik gambo lagi. eheh.. |
| Ini breakfast kerie pagi tu. kerie suke gile pancake. Dulu kerie suke mc d punye. Tapi skang da tuka sebab kfc punye ade pise blueberry. yummy!!! n kerie suke butter achor. sedap. |
| Chan!!!! yummy. perasan tak pancake dia ade satu je. sepatutnye dua. Budak kfc tu tersalah. ape lagi, kerie pegi tuntut ler. :P |
Lepas da balik dari shopping kat jj. kawan-kawan kerie yang hot hot seperti hot and roll tu ajak kerie kua ler. pegi itu jenjalan kat itu pavilion. Maklum lah ade sorang hot mummy nak shopping barang keperluan. so, kerie pon pegi lah hang out dengan mereka. Di pavilion kerie telah menghabiskan duit dengan membeli barangan accessories kesukaan wanita seperti bracelet dan jugak cincin. tapi yang ni murah punye je. beli kat chamelion. bukan tomei atau habib jewel malah jauh sekali untuk berpoh kong.
![]() |
| Ini sume set orang masuk tv punye ler. Finaz yunus dan shabana tv al-hijrah manakala liyana hisham tv 9. Kerie tv berangan sendiri. ahahaha... :P |
![]() |
| With Liyana Hisham. Si cantik manis pengacara safiyya tv 9. Saya ni bukan saje kawan dia malahan peminat dia. ekeke.. :P |
Demikian lah aktiviti kerie. bersantai dengan rakan artis memang glam u olllssss... ekeke.. rase macam sex n the city plak. kah kah kah.. ape pon kawan-kawan kerie ni memang cun nye tak menahan. haih.. terima kasih lah kepada mereka yang sudi berkawan dengan kerie yang tidak cun walaupon sekelumit. da lah badan diorang hot n spicy. not like me, montel. rase nak lempang diri sendiri nambelas kali je spy jadi kurus serta merta. Tapi tak berjaya u.. huhu. ok2. da bai.
Friday, February 24, 2012
Mimpi bercinta dengan anak raja.
Assalamualaikum
Hai...
huhu.. kenapa lah tajuk entry kali ni macam tableh bla je. Hoh. ni tajuk macam gadis-gadis cite dongeng. anak raja mane plak lah yang kerie mimpikan. hu.. macam satu benda yang mustahil je. tableh terima dek akal. :(
Tp kan.. kerie nak soal korang ni.. best tak mimpi bercinta dengan anak raja? agak2 best tak? jawapanye best giler.. rase taknak bangun dari tido. wahahaha. Dah lah anak raja tu kacak, sangat friendly, caring serta beriman. Yang kerie ingat dalam mimpi tu, dia sangat lah menghormati ayah kerie. dan dia bersolat jemaah dengan ayah kerie.
![]() |
| Nak patung arnab nih.. :P |
Tapi basically mimpi tu memang macam fairy tale. sebab kerie terlibat dalam pengembaraan menyelamat kan salah sorang ahli keluarga putera raja tu. ekeke. bongok punye mimpi. sedar-sedar da pukul 11 pagi. woiii.. aku ade kerja nak buat ler. sib baik kerie tengah coti-coti malaysia tak salah kerie tak sembahyang subuh. :P
Sudah la putera dalam mimpi, hanya ingauan saje semua itu. tidak mungkin ia menjadi kenyataan.. terima kasih kerana muncul dalam mimpi kerie. Bai.
P/s: putera raja itu bukan dari kalangan mat saleh tetapi dia adalah putera raja melayu yang hidup zaman kini. :) sangat hensem (ala.. malu ahh.. >__<)
Thursday, February 16, 2012
Jatuh cinta dengan rumah bercirikan courtyard garden
Assalamualaikum
Hai..
Update kali ni kerie nak cite yang kerie da jatuh cinta dengan konsep rumah yang bercirikan courtyard garden. Kerie terjatuh cinta kali pertama ni bile kerie pegi umah uncle kerie yang baru siap dan ia berkonsep courtyard garden. Baru sampai depan umah dia kerie da ternganga.. macam istana. Ohh, rupanya memang istana bila masuk kat dalam. Sangat cantik sampai mulut yang ternganga begitu susah nak tutup. Disebabkan begitu kagum, kerie begitu teruja untuk mencari info tentang konsep rumah yang telah diguna pakai oleh uncle kerie ni.
Malangnya, kerie tak dapat amik gambar puas-puas kat umah dia sebab batery fon kerie da flat n tamat riwayat untuk sementara waktu. Tp ok lah jugak, dapat amik beberapa keping gambar. Lepas ni kalo pegi kene bawak DSLR. baru lah best.
Konsep rumah uncle ni menggunakan elemen-elemen alam semulajadi yang mendamaikan, dipenuhi dengan pokok-pokok dan tumbuhan yang menenangkan dan menyegarkan udara. Best. Kerie suke. Kirenye walaupon kite duduk dalam bandar, tapi kalo kite buat konsep ni, rase mcm duk lam istana di dalam hutan ibarat kisah dongeng raja-raja zaman dahulu kala.. :P ape pon kalo nak buat rumah bermacam-macam ciri ni, duit atau fulus kene banyak lah. kene kaya sampai tahap boleh pakai Porsche boaster yang terbaru. hak hak hak..
Yang menariknya, uncle kerie telah menggabungkan perabot antique dan moden dalam menghiasi rumah beliau. Dan pelbagai warna berlainan digunakan untuk setiap ruang bagi menaikan lagi keceriaan dan keunikkan rumah ni. Bagi kerie walaupon ade banyak warna digunakan tapi takde lah nampak macam amma appa yilekk.. haha..kalo nak design cantik-cantik macam ni, kite kene rajin, creative dan inovatif. :P
![]() |
| Ini lah rumah uncle kerie tu.. tapi belom siap secara menyeluruh lagi. :) pakcik dalam gambar tu baba kerie. |
![]() |
| Untuk pengetahuan korang, kayu-kayan yang digunakan untuk mencantik umah ni adalah kayu balau. |
![]() |
| Ini sebahagian ruang di dalam rumah. Ruginya tak dapat amik gambar herbs garden diorang. |
K dah habis cite. bai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kalo masak pun rasa macam budak tadika punye masakan, baik takyah bukak bisnes la..










