Hati aku terkejar-kejar,
tercari-cari cinta yang datang dari manusia,
aku pernah dengar kata-kata
mengenai cinta dari yang Esa,
aku mengakuinya dengan lisanku
kerana takut akidah aku tercalar,
kerana takut dimurkaiNya,
tetapi hakikatnya, aku tidak menghayatinya.
aku jadikan ia sebagai tanggungjawab
untuk percaya pada keagungan Cinta dari ilahi..
aku nmpk nikmat yang diberi,
tapi hati aku tidak merasainya
dek kerana hati ku yang hitam..
akibat terlalu mengejar cinta palsu dan sementara.
dibiarkan diri menjadi hamba cinta kpd manusia..
yang tidak pernah menjamin apa-apa padaku...
aku mengeluh, resah sendirian, sedih berpanjangan
bila cinta manusia itu pergi. Bila ditinggal kan sendiri
mengharung perit...sehingga lah aku tiada tempat lain
untk ku bersandar...
aku hanya nmpak DIA... DIA tuhanku...
tidak pernah meninggal kan ku..
berkomunikasi dengan ku pada setiap detik
ku merasa derita...
Setiap titisan air mata yang jatuh,
hanya Dia yang saksikan.
Dia lah yang memahami ku,
tidak pernah meninggal kan ku..
tidak pernah menyisihkan ku..
Dia lah sang pencinta yang setia,
biar apa jua rupa ku,
Dia tidak pernah berhenti mencintai ku..
biar apa jua keadaan ku
dia tidak pernah berhenti mendengar permintaanku,
CintaNya tak bersyarat,
sangat kukuh dan jelas..
dapat ku rasa kan dan ku lihat..
Ya Allah, jangan Kau biarkan
aku jauh lagi dari Mu...
Aku amat merindui dan memerlukan
cinta dan kasih sayang Mu..Tuhanku..
-Khairiah Abdul Razak-
-Khairiah Abdul Razak-