My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Thursday, September 27, 2012

Jumaah Mubarak

Assalamualaikum...

Hmm.. nak update blog tapi macam ade banyak keje lain lagi yang kene buat. Bagi kerie nak tulis blog ni kene amik mase jugak. bukan main taram je nak tulis ape. Kang benda yang ditulis jadi ntah pape n macam tak bermanfaat sangat. Maklum lah kerie ni semakin tua, pemikiran pun dah semakin berubah. Kalau dulu kecik-kecik, tengok entry lame-lame.. ntah pape la yang kerie meraban dalam blog ni, cite pon benda yang ntah pape. tapi takpe lah, ia boleh dijadikan kenangan dan pengajaran. kite sndiri boleh lihat perubahan dan perkembangan dalam diri sendiri. We don't live with our past, we learn from the past. Betoi dak?  K la.. takde idea nak tulis ni. salam jumaat semua.Jangan lupa baca surah Al-Kahfi hari ni. Assalamualaikum. 

Tuesday, September 25, 2012

"Asylla Collections & Design" Photoshoot

Assalamualaikum

Hai...
Candid...

Sedang bersiap.


With the owner of the boutique- Asylla Collection & Design




With the MUA kak ida n model, syaza amira

Upin ipin versi gadis, ida dan iena.
Baju-baju kurung kat butik Asylla ni memang cantik-cantik belaka n harga pon berpatutan. Wajib la shopping baju kurung kat sini. Skang AC&D da bukak butik kat Wangsa Maju, alamat dia boleh di dapati di fanpage Asylla Collections & Design, jangan lupa like sekali tau! atau pon sape2 yang takleh pegi butik, boleh order online melalui Website Asylla collections sendiri. K dah habis tayang gambar. Da nak bekematu bon bon duduk lame sangat depan laptop ni. K bai. Assalamualaikum.

Saturday, September 15, 2012

Islam takkan terkesan dan terhapus dengan penghinaan

Assalamualaikum..

Hai..

Hari ni kerie bukan nak tayang gambar pegi wedding ke, gambar raya ke atau gambar anak kawan kerie yang baru di lahirkan... tak.. kerie cuma nak meluahkan pendapat kerie, nak meluahkan apa yang terbuku di benak pikiran dan hati kerie. Ape yang kerie nak luahkan ni berkaitan dengan sikap kita sebagai manusia dan yang paling penting sebagai orang Islam yang mengaku diri mengabdi kan diri pada Allah dan pengikut nabi Muhammad SAW. Kerie ni bukan la ustazah jadian ke, ustazah express ke malahan bukan la alim sangat. Masih banyak lagi yang perlu diperbetulkan dan dipelajari

Skang ni isu filem nabi Muhammad SAW yang telah menimbul kan kemarahan umat Islam. Bagi kerie lah kan.. kite sebagai umat Islam kan, takyah la nak marah-marah sampai bakar-bakar benda, serang menyerang menggunakan keganasan. takyah lah nak pung pang pung pang sangat, cakap sayangkan rasullah, tapi apa yang dibawa tak pernah dipegang. Al-Quran ntah baca ntah tidak. Hadis pon, baca.. tapi tak amik pusing sngat agaknya. Kepala pon togel tak bertutup. Baju pakai pon da serupa macam kaum-kaum yang sedang menghina nabi kita sendiri. apa guna melaung-laungkan bantahan sedangkan diri sendiri tak tau apa yang dibantahkan sebenarnya. Yang si kapir senyum dan gelak besar tengok kita mengelabah. Saje je nak timbulkan kemarahan kita sebab apabila orang tengah marah, lagi mudah nak dihasut, lagi senang nak jadi gila dan otak sudah pastinya tidak mampu berfikir dengan waras. Cuba kita tengok sirah nabi, sedangkan dari zaman nabi pon, orang kapir laknatullah ni tak benti menghina dan mencaci nabi Muhammad SAW tapi baginda tidak marah, malahan mendoakan hidayah bagi mereka. Penghinaan kafir laknatullah dan keingkaran kita manusia tak kira Islam atau pun kafir takkan pernah menjatuhkan Islam, sebab Islam itu selama-lamanya ada bersama Allah. Apa yang hancur ialah diri kita sendiri iaitu iman kita sendiri, kasih sayang kita sesama manusia dan kasih belas kita sesama makhluk dan alam ciptaan Nya. Maka.. tidak perlu mengelabah tak tentu pasal kerana orang yang tebal keimananya, teguh tauhid dan aqidahnya serta kuat ketaqwaanya takkan pernah goyah kerana dia berpegang kepada Sesuatu yang Sangat Utuh, yang Maha Kuat dan yang takkan pernah jatuh untuk selama-lamanya. Dia la rabbul izzati, pemilik segalanya.

Apa yang kita dapat kalau sekadar protes? Membebel sampai berbuih-buih mulut, kalau ada yang bagi ceramah tu sampai basah mikrofon tu terpercik air liur langsung membusuk kan mikrofon je jadinya. Tapi hakikatnya umat Islam masih sama. Bila disentuh sensitiviti, melenting bagai nak rak bukan sebab sayangkan Allah, nabi Muhammad dan Islam tapi sebab lebih jaga ego sendiri yang berlandaskan nafsu tu. Takut identiti yang kononya dipegang tapi diri sendiri pon masih tak faham dipijak-pijak oleh orang lain. Kite pijak identiti sendiri takpe, orang lain pijak tak boleh. ye dak? Ego mesti mau jaga.. ye dak? Sikap dan perangai kita sendiri tak melambangkan cinta kita pada Rasul SAW.

Macam mana orang kapir ni nak gentar dengan kita kalau kita sendiri menyanjung-nyanjung dan mengamalkan budaya dan perbuatan seperti dia. kita sendiri sambut sakan icon-icon si kapir laknatullah tu dengan begitu teruja sekali. Tak cukupsanjungan dan pujian diberi, ade yang sanggup berasak-asak semata-mata nak tengok si kapir laknatullah ni. yang lagi memalukan bila ade yang menjadikan mereka idola. Tak malukah kita dengan diri sendiri? tak terasa ke yang kita ni sebenarnya hipokrit?

Bagi kerie kan,  rasenye tak perlu lah kita nak melenting sangat dan mengamuk sakan bila kapir ni menghina Rasullah SAW.  Kalau kita sibuk sebarkan gambar menunjukkan yang kita protest tapi diri kita, rohani kita dan tauhid kita pon goyah, perangai pon tak berubah-ubah. ape manfaatnya? dalam diam kita sendiri yang melakukan penghinaan terhadap agama sendiri. Kalau kita percaya pada Allah seratus peratus tanpa sedikit pun keraguan, kita akan senyum je bila melihat tindakan orang yang menghina Islam sebab kita percaya tidak kira betapa bencinya mereka pada Rasullah SAW, kepada Islam sendiri dan juga kepada Tuhan yang Satu, Dia tetap berada ditempatnya, Dia tetap takkan goyah sebab Allah itu tidak pernah rugi dan terkesan dengan sebarang perbuatan kita.

Sebenarnya, senang je kita nak tau kalau kita benar-benar sayangkan Allah, Rasullah SAW dan Islam,( tak perlu sangat kot nak protest dengan tindakan si kapir tu, dah tentu-tentu dia kapir) kita akan buat tugas kita, amalkan apa yang Rasullah SAW ajarkan, jauh apa yang ditegah. Rasul kita, takkan pernah terkesan dan takkan pernah terhapus sebab cahaya yang dibawa sudah wujud sebelum Adam A.S diciptakan. Islam takkan pernah hilang di dunia sebab dunia itu sendiri adalah Islam.. Wallahualam..

Kerie pun masih belajar, masih berusaha untuk menjadi hamba Allah yang tidak tergolong dalam golongan yang rugi. Maafkan andai tersalah kata. Assalamualaikum

P/s: Apa pun kerie sokong usaha meletakkan gambar di laman social untuk membantah penghinaan nabi Muhammad SAW tapi sebelom tu kerie harap kita sendiri tidak melakukan penghinaan secara senyap tanpa kita sedari terhadap agama sendiri.