My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Saturday, June 20, 2015

Salam ramadham 2015

Assalamualaikum..

Hai..

Eh eh eh.. Tup tup da ramadhan 2015 n da lebih kurang 4 bulan jugak la kerie tak menghapdet blog kesayangan ni. Bukan ape, diri ini terlalu sibuk dengan tugasan ibu berkerjaya.. Gittewww.. Hahaha. Ok la hakak hakak semua bukan la kerie ni nak mendabik dada menulis blog ni, just nak ucap salam ramadhan saje. Huh. Ade lagi ke org bace blog aku ni. Ok la sape yg bace tu sudi2 la tinggal kn komen. Kot kalau terjump time raya bleh gak tukar2 duit raya..

Selamat berpuasa semua! 

Semoga ramadhan kali ni membawa keberkatan dari Allah swt

Buang yg keruh ambil yang jernih, 

Jangan gaduh-gaduh, nanti sia2 puasa nihh.. 

Ok la.. Bye.. Assalamualaikum

Sunday, January 25, 2015

Safiyyah Batrisya 6.11.2014

Assalamualaikum

hai

Dah lama sangat kerie tak update blog.. walaupun x update kerie tetap berblogwalking and melawat sahabat blog sejagat.

kalau dilihat pada post yang lepas lebih kurang dekat 5 bulan da kerie menyepi tanpa kata dan tulisan.. bukan apa diri semakin sibuk dengan tugas dan tanggungjawab baru sebagai ibu.. hihi. Alhamdulillah.. kerie telah selamat melahirkan baby girl pada 6 November 2014 bersamaan hari khamis pada jam 8.30 malam. kalau ikut kiraan baby kerie lahir awal 3 minggu iaitu minggu ke 37. Maybe baby da x sabar nak keluar, nak jumpa mama n abah dia kot. Apa pon.. sangat-sangat bersyukur semuanya selamat

Kalau nak cerita pengalaman bersalin kerie.. memang la panjang tak cukup kertas kajang 15 mukasurat.. mana tak nye dengan drama swasta ciptaan sendiri lagi, memang kau.. tak habis2.. jadi haruslah disingkatkan cerita sebab kerie pon malas nak menaip berjela-jela panjang. Apa pon, kesimpulanya bagi kerie pengalaman bersalin ialah pengalaman yang terindah dalam hidup. terlalu indah. penangan anak... perghhh... memang la.. sebab tu la orang kata anak tu sumber kebahagiaan, pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.

Ok lah.. terus ke pengalaman bersalin kerie ye. Kerie bersalin secara emergency caesarian sebab air ketuban dah pecah, tapi jalan still x bukak selepas 3 jam dalam labour room. Doc suh tunggu lagi 2 jam mane tau jalan bukak kan.. tapi x sempat 2 jam, baby da stress, heart beat tinggi sangat lebih dari tahap normal. Doc kata baby x relax n takut dia bertambah stress n membahayakan nyawa baby. Masa doc decide untuk emergency csec tu, kerie dah memang x larat, lembik macam kain buruk... da x kisah da.. nak csec pon csec lah. Walaupun jalan x bukak tapi sakit contraction tu tetap kerie rasa. Rasa macam nak bunuh orang dia punya sakit. Nasib baik ada suami skali menenangkan diri ini di tempat kejadian. Sakit sangat sampai kerie termuntah2 sebanyak 3 mangkuk. perghh tu yang buat kerie bertambah lembik. Masuk operation room kerie da mamai. lepas kene bius, kerie tanya doc boleh tak saya nak tido, serius ngantuk gile mase tu. sib baik doc kate boleh... ape lagi kroh kroh la kerie membuta sampai semuanya selamat. tapi still masa tengah tido tu kerie terjaga masa dengar suara baby nangis, pastu sempat tersenyum, dalam hati kerie cakap dah lahir dah anak mama. lepas tu sambung balik tidur.

Lepas da setel sume, kerie pon dibawa ke bilik kerie semula. Btw kerie bersalin kat hospital umra, seksyen 13 shah alam. Bagi kerie hospital ni bagus... kerie puas hati dengan services and treatment dia. Doctor2 pon best. Harga pon berpatutan, semampu kerie lah. 

Sekarang dah nak dekat 3 bulan da baby kerie. Alhamdulillah di atas kurniaan ini. Walaupun pelbagai dugaan yang kerie tempohi sepanjang membesarkan baby, kerie tetap bersyukur. Ia adalah anugerah terindah dan pengajaran terhebat dalam hidup kerie. Terima kasih ya Allah.

Ok lah semua... sampai sini je penulisan kerie. Kerie lanje la beberapa keping gambar baby, kot ade yang nak telek macam muka sape, pak ke mak dia ye kan... anyway baby kerie namanya Safiyyah Batrisya Binti Abd Hadi Inwan. Skrg da nak 3 bulan da pandai senyum-senyum, membebel2 agah orang, sembur air liur dan angkat kepala bila meniarap. Alhamdulillah, membesar bagaikan juara. :)

Hari ke 2 dilahirkan :)

Bulan pertama, belom dicukur lagi masa ni.
Ni umur da 2 bulan lebih. Baru lagi gambar ni masa balik dari majlis pertunangan adik kerie di dungun. Ramai yang kata macam muka abahnya.. tapi kerie tetap nak claim kate muke cam kerie. :P

Sekian, Assalamualaikum. Bye.