My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Saturday, April 27, 2013

Successful event of the year: Asylla Blow-Out Sale.

Hellloooo...

Assalamualaikum everyone,

Hari ni kerie nak update sikit pasal event yang telah berlangsung pada hari ahad dan isnin tempoh hari. Alhamdulillah asylla blow-out sale bleh dkatekan sebagai successful event bagi pihak penganjur. Kerie dan kawan-kawan yang telah bertungkus lumus termasuk big boss rasa berpuas hati dengan kejayaan event ni. alhamdulillah... Thanks to all customers and bloggers yang datang join event kitorang. Sangat meriah dengan kehadiran korang semua. Untuk pengetahuan semua, blogger-blogger yang hadir termasuk lah cik mek molek fatin suhana and yuyu zulaikha. Dapat jugak kerie bersua muka bersenyum simpul dengan mereka. Malangnya tidak dapat berborak kosong panjang lebar sebab kerie busy pada hari kejadian.

Sepanjang event berlangsung, kerie dapat menimba berbaldi-baldi pengalaman dan ilmu baru tentang kehidupan. Macam-macam ragam orang kerie jumpe tapi, ape pun semuanya disimpan rapi dalam hati. yang baik dijadikan ikutan yang buruk shoh shoh buang jauh-jauh.

Ok lah kerie taknak berleter panjang lagi dah.. moh kite tengok gambar di hari kejadian. tak banyak sangat pun yang kerie snap.. sebab kerie sangat busy di hari kejadian. :)

Gambar ni ditangkap oleh ayah najwa hanani, si gadis manis.. Dapat jugak amik gambar dengan yuyu zulaikha. tapi fatin suhana tak sampai lg time ni.. :) 
Ini lah orang kuat yang bertungkus lumus. Yang gambar kerie paling kiri tu kerie dengan big boss a.k.a kawan rapat kerie. Comel kan? hihi. pakaian staffs asylla pada hari kejadian ditaja oleh asylla collections and design. satu cara nak promote kan baju sekali, boss n staffs jadi model. ekekeke.... 

Semalam boss belanja kitorang dinner kat the manhattan fish market. sangat yumm makanan dia n air sweet alabama dia. Thanks boss!! Selepas ni kitorang bakal mengadakan event besar lagi yang akan berlangsung pada 1 june 2013. yeayy!! selamat bekerja keras ye asylla team! hehe.. Ok lah sampai sini dulu penulisan kerie. sambung lagi di kemudian hari. babai, assalamualaikum.

Thursday, April 11, 2013

BLOW-OUT SALE ASYLLA COLLECTIONS SUPERCOOL

Assalamualaikum..

hai...

Wahh wahh wahhh.. makin menjadi-jadi tabiat kerie mengupdate blog. takleh jadi ni. kang ketagih blog, mende lain tak buat. tak lah.. sebenarnya kerie update ni sebab ada benda awesome kerie nak share. Hari tu kat kerie ade cite pasal blow-out sale anjuran asylla collections pada 21 and 22 april 2013 kan? ha... sememangnya blow-out sale yg dianjurkn tu memang awesome dan supercool sebab asylla collections bukan saje akn bagi discount terhebat pada hari kejadian malahan akan bagi hadiah kepada customers yang bertuah. Nak menang hadiah tak kawan-kawan? ha.. kalau nak, senang saje cara nya.. hihi.. semua orang bleh menang, bukan  saje saya, malahan awak, awak dan awak pun bleh menang. ha.. cool kan? so.. jom kite tengok langkah-langkah yang harus diambik sekirenya nak menang hadiah dari asylla collections. Kalau butik da awesome pasti lah hadiah yang ditawarkan awesome juge... so ape lagi, jang lepas kan peluang..

So.. here we go, 

1) First sekali kalian kalian dan kalian haruslah mengLIKE fb page asylla collections, ok.. ni kerie kasi link.. bleh tekan pastu terus sampai ke fan page terbabit ---> KLIK SINI

2) Selesai like, sila share poster seperti gambar dibawah dekat wall fb korang, di samping itu, korang harus jadi secreative yang boleh untuk menjemput kwn-kwn fb korang supaya hadir ke blow-out sale ni. Invite ramai-ramai kawan tuk join this event k... 


3) Yang ketige... hmm.. errr.. ok dah!! takde yang ketiga. 2 steps only then u can win. Easy rite? ha... ape lagi, jom lah join. nak hadiah tak. 

Untuk pengetahuan adik-adik, kakak-kakak semua, hadiah yang diberi oleh asylla collections ni hanya boleh ditebus mase blow-out sale je. Nak taknak, kalau korang menang.. korang kene gak pegi blow-out sale ni untuk dapat kan hadiah. If tak, burn je lah hadiah korang tu. ha.. lagi pun tak rugi pun pegi sebab ade jualan habis-habisan bukan saje dari asylla collections tapi online shops yang lain. Korang pon berpeluang berjumpe dengan blogger2 fames, tv hosts n models yang cun melecun pada hari kejadian. Hanya 30 orang customers yang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah dr asylla collections. So again, don't miss the chance, jom serbu reramai!!! happening, havoc baru lah cooolllll! awesome u. k.. bai.. assalamualaikum.

P/s: Dapatkan baju rekaan terbaru asylla collections, rossadelia pada harga pengenalan mase blow-out sale nanti. Contoh baju macam yang dalam poster yang model tu pakai. warna merah n purple tu. Cantik... wuu~

Wednesday, April 10, 2013

Keperasanan Budak-Budak Hingusan

Assalamualaikum

Hai.. 

Terajin plak kerie nak update blog hari ni. Saje je kerie nak menyibuk bagi pendapat mengenai budak samseng yang pukul ketua kelas tu. Biase la bebudak tak matang rasa diri hebat sangat. Kerie rase kan yang orang-orang dewasa tu kot ye kesian dengan ketua kelas tu pun, takyah lah beremosi berlebihan dalam memberi komen. ade yang maki hamun bagai. ce kalau budak tu orang terdekat kite, mesti kite bago 1001 macam alasan nak backing dia kan. Biase lah bebudak tak matang.. ni dia da kantoi, mana tau ni jalan Allah bagi kat dia untuk mengajar dia menjadi insan yang lebih baik. dan jika dia amik peluang ni dengan baik, inshaaAllah dia bleh jadi orang yang ntah-ntah lebih baik dari orang mengeji dan mengutuk dia. So berpada-pada dalam memberi komen dan penilaian ya kawan-kawan sekalian.

Apa pun, budak-budak muda skang ni, suka nau perasan bagus. Ada yang berlagak diva pun.. Umur 23 ke 24 pun masih perangai keanak-anakan.. bangga n rase diri hebat n glamour, lantas tidak tahu cara yang betul untuk bercakap dan berkomunikasi dengan baik. Terasa diri hebat, lalu berpikiran yang diri tak perlu reply atau response kepada orang lain dengan segera, macam dia lah yang paling busy kalah pm yang tengah sibuk berkempen pilihanraya. hmm.. kesian dengan budak-budak camni. rasa diri hebat tapi hakikatnya.. hanya Allah je yang tau. Hikhikhik.. takpe-takpe biar dia dengan dunia dia. :) k lah.. apa pon, kalau budak-budak hingusan ni kite patut bagi peluang. biase lah manusia ni tak sempurna. melalui ketidaksempurnaan itu lah manusia menjadi lebih baik dan baik. InshaaAllah. K lah sampai sini saje untuk hari ni. bai.. assalamualaikum.

Tuesday, April 9, 2013

Shawl Besar

Assalamualaikum..

Hai..

Gigih nampak nya kerie nak mengupdate blog walaupun takde ramai followers. hmm.. sukati lah kan. Blog ni tak semestinya nak kena update oleh mereke-mereke yang banyak followers je. Yang tak banyak followers cam kerie ni apesalah nye update. tak bedose pon. ok lah kan. takde la nak update apa sangat. Just nak share something yang telah berlaku dlm hidup kerie. Sejak umur semakin menua akibat tahun tahun yang berganjak dengan begitu pantas dan ligat, kerie telah menyedari yang badan kerie semakin gemuk.. eh bukan bukan itu yang kerie nak katakan.. ulang balik. kerie telah menyedari yang kerie semakin menggemari shawl besar-besar gedabak berbanding shawl kecik tuek. tak.. dulu pun kerie suke shawl yang width dia besar sebab bleh buat or lilit banyak style. tapi kini kerie suke yang bsr sebab ia blh melepasi dada. Bila kerie pakai tudung yang melepasi dada kerie rase begitu yakin dan selesa serta gembira. Skang ni kerie kalau beli shawl, memang nak yang besar-besar. Dulu susah gak nak jumpe yang besar. skang ni dah ade merata riti, ada di mana-mana. Bleh beli dengan hati girang. Hehe.

Lagi satu, sejak berkerjaya ni, kerie memang lebih menggemari pakai pakaian yang takyah iron. Bukak lemari, sambar, pakai.. dan jajan...!! terus bergaya.. ha, kerie suka camtu sebab bagi kerie iron baju ni kadang-kadang membuang masa. Kalau masa iron baju tu digunakan untuk tidur lama skit lagi baik. Hehe. Kalau nak iron belah malam, lagi lah jangan harap.. malam-malam da jadi cam baby, tidur awal memanjang, sampai kadang-kadang termiss wish good night kat insan tersayang. Tapi takpe dia faham. Hehe. Teruk betul lah kerie ni kan.. tak tahan penat, ntah besok bile da kawen camne lah. setiap hari kot nak kene iron baju suami. takpelah, selagi belom kawen ni, kite guna je lah sebaiknya masa untuk tido. ekekekee.... Ok lah, ni kerie nak tunjuk, kerie pakai shawl pendek yang semestinya tak perlu iron sebab kerie malas nak pakai shawl lain yang kene iron. tapi kerie rase tak selesa plak bila shawl ni pendek sangat, maka nya kerie pun buat lah extension di bahagian bahu dan dada supaya jadi labuh. haha.. yang penting kerie rasa selesa. lagi pun shawl yang kerie pakai untuk extension ni pun memang takyah iron. :) senang. 

Jajannnn!! ni ade dua shawl yang kerie pakai ni. tapi tak susah n panas pon.

Sungguh pun begitu, kerie tak bermaksud yang kerie ni dah sempurna dalam menutup aurat. Tapi sedang berusaha untuk menjadi lebih baik dan baik. Kerie akui kadang kala ade tersasar. Kerie bukan artis di mana once diorang buat perubahan ramai lah orang nak taja baju or tudung untuk diorang pakai. kerie insan biase. Nak beli tudung or shawl baru kene guna duit sendiri. Pendekatan yang terbaik pakai shawl lama yang pendek, pastu sambung extension camni. ha... mudah senang dan jimat. Ok lah sampai sini je penulisan kerie. bai.. assalamualaikum.

Friday, April 5, 2013

BLOW-OUT SALE BY ASYLLA COLLECTIONS AND DESIGN

Assalamualaikum

Hai. 
 

Hari ni kerie rasa cam nak update blog. Nak bercerita tentang ape ye? hmm.. tetibe terase nak pegi tengok wayang tapi.. hujung minggu ni kerie ada tuntutan tugas bagi mencari sesuap rezeki. Maka tak dapat lah nak layan movie. Untuk entry kali ni kerie nak citer pasal blow-out sale yang akan dianjurkan oleh butik asylla collections and design pada 21 hingga 22 hb april ni.  Takde la ape sangat nak di cite kan.. tapi kerie nak war-warkan yang bahawasanye blow-out sale ni sangat menarik sebab ada banyak lagi online shops yang akan join event ni. Online shops yang akan terlibat ialah simply shayana by liyana hisham and shabana, choice by ida mansor, bff by fatin suhana, lovehijablife by fifie suhaimi dan banyak lagi. Online shops ni ade yang jual shawls or tudung, ade yang jual baju, abaya, kurta dan macam-macam lagi. :) Asylla collections plak pada hari terbabit akan memperlihatkan dan menjual design terbaru dengan harga introductory price, so the price will be cheaper on that day. Ada jugak sale serendah 70% untuk baju-baju keluaran asylla collections. So.. best kan? hehe.. ape lagi.. sape yang suka shopping tu jomlah dtg. Blow-out sale ni akan bertempat di butik asylla collections sendiri iaitu wangsa maju. Ni alamat dia. No 8, jalan wangsa delima 2a, seksyen 5, wangsa maju, 53300 kuala lumpur. Jom jom jom.. datang berbondong-bondong n shopping sakan. Hehe.. K lah tu je pengumuman yang kerie nak war-war kan. Kerie suka butik asylla collections ni sebab semua baju dia cantik-cantik. wuuuu.. rugi tak beli. :P