My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Friday, March 29, 2013

Takyah Nak Diva sangat lerrrr...

Assalamualaikum

Hai..

Wahh.. berdasar kan dari tajuk entry kerie ni nampak macam mafia nak sound orang sampai berdesing dan bernanah telinga kiri dan kanan. Walllaweeyyy.. seram gile sehhhh.. Takde-takde bukanye nak sound teruk teruk pon. Nak sound skit saje. Kerie ni walaupun takde la fames cam cam cam.. cam blogger lain yang kononye dae bak sgt.. smpi riban-riban followers sampai semua majalah tb radio panggil, sampai pegi bercuti pon dapat tajaan. Tak.. kerie memang tak fames. N kerie taknak pun jadi fames. Sekadar jadi perhatian orang ramai lantas menyekat segala privacy kerie, ohhh itu bukan pilihan kerie. Dalam-dalam tak fames kerie ni, kerie dikelilingi oleh orang-orang yang agak fames dan berkawan dengan mereka yang kononye fames ala-ala blogger hebad abad ini lah kan.. lantaran itu, telinga kerie ni da naik cair dengan mukus-mukus di dalam mendengar gosip mengenai mereka-mereka yang terlibat dalam industri glamer ni. haihhh... baik yang bertudung mau tak bertudung. asal glamer sikit, lupa diri.. laupun diri tak setinggi mana secara fizikal, pelajaran mahupun agama.. tapi still ade perangai diva.. Huishh.. suda suda lah kerie woii.. jangan ko plak nak kotor kan blog ko dengan gosip2 sensasi. Takyah takyah. Sebenarnye apa yang kerie nak sampai kan ialah, tak kira la sape diri anda, belajar kat mana, bape banyak followers anda pun.. Allah tak nilai anda dari pujaan dan pujian manusia sekeliling. eeee..comelnya muka awk, eee kecik molek nya awk ni.. semua pujian tu tak melayak kan diri anda untuk ke syurga pun. sooo.. takyah nak rase diri bagus sangat dengan mempertahankan ego sendiri yang boleh merosakkan hati dengan kesombongan dan kebongkakan anda. Siapa pun anda, blogger hebad ke, Model hebad ke, pelakon hebad ke, Penyanyi hebad ke.. itu semua dunia!!! Kerie tak kagum pun. hehe.. sooo... TAKYAH NAK DIVA SANGAT LAH! Bedasarkan  pemerhatian kerie, insan yang lemah dan tak punya apa-apa ni, dunia glamour ni sebenarnya mengundang bnyk penyakit hati dan kebanyakkan orang dalam bidang ni hipokrit. K dah, Bai.. Assaalamualaikum...

Monday, March 25, 2013

Akhirnya dapat berjimba dengan rakan-rakan cantik. Liyana Hisham, Finaz Yunus and Shabana. wuuu..

Assalamualaikum

Hai..

Uihhh... kali ni nak update entry singkat je sebab nak tepek gambar je lebih.. Maklum lah sabtu ritu kerie telah pergi jimba dengan riangnya bersama rakan cantik molek malahan beautiful, eh tetibe ade bahase inggeris. Sukati den lah.. den nak copat. Ok lah... tanpa berlengah lagi.. mari tatap gambar. Ohh.. pada yg rase cam nk menggatal nak berkenalan. sorry yer.. mereka semua da jadi isteri kepada lelaki-lelaki ganteng yg bertuah..



Bff.. liyana hisham n finaz yunus. dapat baby pun sama jantina.. nmpk sgt sehati sejiwa.

Gambar dia smooth semacam kan? haha.. ni gambar ehsan dari camera samsung note II finaz ditambah lagi ditangkap dengan menggunakan application camera 360.. magic trus jadi. Muka flawless gitu masing-masing. Haha...

Me and my beautiful sister. shabana.. Cantik sgt sampai waitress tu nmpk terus kate cantik nya awk.. serius.. ni mcm miss india da ni. masuk miss world kalah negara lain. hehe.

Happy faces, setelah sekian lame tak gather gather.. hehe.

Four of us.. sahabat selamanya..
Ok dah tayang gambar. demikian sahaje la pengakhiran entry ni. Ape pun kerie sonok dpt berkenalan dan berkawan dengan diorang ni semua.. sebab diorang ni semua memang awesome!!! K dah bye.. Assalamualaikum.

Tuesday, March 5, 2013

Siapa Beruntung?

Assalamualaikum

Hai darls darls sume.. ape khabar u ollsss? I ollss baik-baik aje.. (wooowww very the artis cara sapaan). well malam ni tetibe kerie terasa cam rajin bercampur baur dengan semangat plak nak menaip entry. tengok title post kerie, sangat berbisnes tau!!! ade untung untung bagai. sejak bile plak kerie terlibat dengan bisnes? macam tak masuk akal je, Ohhh rupanya dalam mimpi saje. ekeke. 

Bercakap pasal untung rugi ni, kerie nak tanya kalian satu soalan, korang semua ni nak rugi ke nak untung? soalan macam mintak penampo tak? eheh.. mane ade orang nak rugi kan? semua olang pun mau wonnnggg punya lah pun... kerie pon kalau bleh nak 24 jam untung tanpa batasan. Tapi apa kan daya, keuntungan takkan datang bergolek ibarat ayam golek bergolek-golek di atas api pemagang di kala bulan ramadhan. Chup.. Di sini bukan ayam golek fokus kita ya! kerie tak bermaksud orang yang dapat makan ayam golek masa bukak puasa di bulan ramdhon adalah orang yang beruntung.. ayam golek di sini cuma unsur metafora bertujuan untuk bagi keyboard korang basah akibat air liur meleleh. Apabila keyboard basah maka akan rosak maka korang da takleh jadi key board worrior maka padan muka korang maka... err.. ok da lari tajuk. Baiklah, berbalik kepada fokus kita iaitu pemahaman dan penilaian seseorang terhadap maksud untung rugi. Di zaman orang duk pakai talipon bijak pintar dan cerdik ni kita boleh lihat, balik-balik lam instagram kalau kite letak gambar makanan sedap ke orang akan komen "untung lah.." Di sini kita boleh lihat bahawasanya seseorang yang  dapat makan makanan sedap adalah seseorang yang beruntung. ya dan keuntungan akan berganda kalau si pemakan tu cun. pasti ramai yang kata, "orang cun makan makanan sedap, untung lah.." hek.. adeke orang penah komen camtu kat gambar korang? kalau takde maknenye korang memang tak cun ataupun korang tak beruntung.  haha. Tak lah.. kerie main-main je.  ok k k... jangan la majuk. kite gurau senda di kala hati berduka saje...heeee.. kerie pon tak penah jumpe komen camtu setakat ni. Orang Malaysia ni kaya budi bahasa, takkan la nak menyinggung hati dan perasaan dengan bermanis mulut begitu skali. :P

Ok lah, sebenarnya apa yang kerie nak sampai kan  lam blog ni adalah bedasarkan pemerhatian dan pandangan kerie, insan yang kerdil ini tapi saiz badan ala gergasi lemak bertimbun spare tyre belambak, setiap orang mempunyai pemahaman dan penilaian yang berbeza terhadap maksud untung dan rugi. Ade yang rasa ada duit banyak macam.. err datin seri R tu manyak wunnnttooong woo. Ade yang rasa tak, sekadar macam dato' siti pon da ok. Ada yang rasa bermuka kacak atau cantik sangat menguntungkan sampai bleh jadi model pelakon blogger hebad abad ini kan? ade yang rasa bleh kawin dengan nora danish sangat menguntungkan. tapi... semua tu untung itu dapat di mana kawan-kawan? di dunia saja. di akhirat abadi? tak tentu lagi kan?? huk huk hukk.. tak semua orang pk nak untung akhirat dari untung dunia. Boleh kah kite dapat dua2? untung dunia akhirat? hmmm... ce pk dalam2. mampukah kita? Dalam Islam dan dalam al-Quran tak pernah cakap orang kaya raya di dunia adalah orang yang beruntung, tak pernah cakap orang yang bermuka cantik/kacak adalah orang yang beruntung dan.. tak pernah cakap orang yang kahwin dengan orang yang cantik/kacak adalah orang yang beruntung.Tak pernah. Tapi dalam Islam, orang yang beruntung ialah orang yang dalam hidupnya, siapa pun dia, apa pon yang dia buat, macam mana pun rupa dia, dia tetap menyembah dan mengabdikan diri pada Allah. Orang yang beruntung adalah orang yang kenal TuhanNya, apa pun berkaitan dengan dirinya, dia mampu relate kan dengan TuhanNya. Orang yang beruntung ialah orang yang bersyukur dengan nikmat Allah, Itu lah orang beruntung...

Maka.. tak perlu riak, tak perlu berlagak, tak perlu menunjuk, tak perlu rasa cukup dan gah bila keberuntungan yang korang dapat tu bersifat sementara dan keduniaan. Sekiranya korang dapat semua nikmat2 tu tapi tak mampu mengenal, beriman dan bersyukur kepada Allah. Tak mampu untuk bersolat lima waktu, tak mampu berusaha untuk melakukan apa yang diperintahNya dan meninggalkan apa yang dilarang, maka sesungguhnya korang adalah di kalangan orang yang berada di dalam kerugian yang nyata.. Nauzubillah. Dunia ni kalau kita kejar bersungguh ternyata tiada apa yang kita dapat. Tapi akhirat.. selama-lamanya bahagia di sisi Allah. Bila sampai masanya, takkan kita taknak jumpa dan bahagia di sisi Pencinta kita yang setia yang sentiasa memberi nikmat dan kasih sayang yang tak pernah putus? Teliti n pk dalam-dalam, jangan guna rasional akal tapi guna hati yang bersih. ;)

Amboi ko.. bertazkirah nampak kerie. Korang jangan plak cop kerie sebagai ustazah jadian ke, ustazah express ke. jangan. Kerie pun budak baru belajar. sekadar perkongsian demi kasih sayang kerie kepada saudara seislam. Kalau salah tolong tunjukkan. Terima kasih. K sampai sini, kerie mengundur diri. Bai.. Assalamualaikum.

Sunday, March 3, 2013

Tips untuk tidur yang nyenyak dan rehat yang berkualiti

Assalamualaikum.. 

Hai kamu kamu dan kamu.. Ape bikin? Untuk entry kali ni kerie nak share sikit tips yang kerie sendiri lakukan untuk mendapat tidur yang nyenyak dan rehat yang berkualiti. Ternyata tips yang kerie buat ni berkesan kt diri kerie.. kat diri korang kerie tak pasti.. tapi ape pon cuba lah sendiri.. wokey? hehe..

Bagi mereka yang sering menghadapi kesukaran untuk tidur malam, amat la di alu-alukan untuk cuba tips ini. 

Bagi mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti, kite haruslah:

1) Mandi atau pastikan badan kita bersih, wangi serta selesa tanpa sebarang bau yang kurang menyenangkan terlebih dahulu.

2) Pakai losyen berbau harum dan menenangkan contohnya macam losyen baby ke losyen nivea ke.. tak kisah lah.. kalau pakai losyen johnson bedtime tu lagi berkesan. 

3) Pastikan tempat tidur nyaman, aman damai, selesa berbau harum..Cadar dan blanket haruslah bersih tanpa sebarang pencemaran..

4) Untuk tambahan pasangkan lilin wangi semasa tidur tapi letakkan dalam bekas lilin yang selamat dari berlaku sebarang kejatuhan atau merebaknya api lilin tu. Kang tak pasal-pasal tidur nyenyak selama-lamanya, langsung tak bangun-bangun.. hihi..

5) Pastikan perut tidak terlalu kenyang atau lapar..

6) Tidur pada waktu yang sesuai, seeloknya sebelum jam 12 supaya tak miss bangun solat subuh..

Demikian lah tips yang kerie nak kongsikan. Tips ni memang menjadi amalan kerie terutama bila kerie rasa penat sangat, stress dan ingin manjakan diri dengan tidur yang selesa. Serius sangat nikmat. Tak caye try lah. K dah sampai sini je.. bai.. assalamualaikum.