My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Monday, August 4, 2014

Pregnancy is the journey of happiness.

Assalamualaikum

Hai..

Selamat hari raya semua. walaupun agak lambat ucapanya.. tapi takpelah kan sebab kita masih berada dalam bulan syawal. Alang-alang dah wish hari raya, kerie nak jugak mengambil kesempatan memohon maaf atas salah silap atas segala ketelanjuran yang mungkin penah mengguris hati dan perasaan kawan-kawan sekalian. Sesungguhnya kerie hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa. Ampunkan saya ye kawan-kawan. hehe...

Sebenarnya tujuan entri terbaru ni bukan semata-mata nak ucap selamat hari raya tapi kerie nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kerie sepanjang mengndung ni. Alhamdulillah tak lama kerie akan masuk ke third trimester. berdebar-debar, cuak, takut n excited semua ada. Tak sabar nak jumpa baby sendiri. hehe.

Alhamdulillah, morning sickness kerie dah takde sejak masuk 4 bulan mengandung. Tapi kerie menghadapi masalah lain which is gastrik yang agak teruk sampaikan berlaku tragedi pukul 2 pagi raya kerie dikejarkan ke wad kecemasan. Serius sakit yang amat. Nangis-nangis sampai. Mase tengah dirawat tu kerie tak henti-henti berdoa supaya sakit berkurangan.. bukan ape, siapa nak berpagi raya dalam wad kan? alhamdulillah, selepas beberapa jam, kerie dibenarkan pulang.

Sepanjang pregnant ni kerie belom ade mengidam pelik-pelik lagi. selera makan pon macam biasa, takde la berganda cuma asyik rasa lapar je. Bila rasa lapar yang membuak-buak tapi selera macam biasa-biasa je.. memang lah kite jadi rasa tak kisah sangat nak makan. Kerie sanggup tahan lapar semata-mata sebab kerie takde rasa nak makan. Tu yang jadi gastrik tu. hmm.. tsk tsk tsk...

Apa pon dugaan dan cabaran mengandung ni memang la hebat. Perlukan daya ketahanan emosi dan fizikal. Walaupun rasa sakit, penat or tak larat, kene gagahkan diri jugak. Dari segi emosi pon sama. Masa awal2 pregnant dulu, emosi memang macam orang meroyan, senang sangat tersentuh. Tapi da lama-lama tu semakin stabil n jadi malas nak amik pusing. Pengalaman yang mencabar ni sebenarnya adalah satu anugerah yang terhebat dari Allah, kerie sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah. 

Kerie rasa sampai sini je dulu perkongsian kerie, inshaaAllah nanti ada masa kerie update lagi. ok bai. Assalamualaikum.

P/s: Masa berlalu terlalu pantas. Rasa cam baru je buat upt test hari tu.

Monday, May 5, 2014

Sakit yang membahagiakan..

Assalamualaikum

Hai..

Hoi update blog time keje, nak kene lempang ke? oke2 kejap je. Tak lama pon. 

Kerie da lama meninggal kan blog ni sehingga menjadi kusam.. ibarat terabai tanpa belaian kasih sayang. Maka dengan ini kerie nak tebus balik dengan mengupdate cerita terbaru pasal diri kerie (eleh bajet retis). 

Well, this is my personal blog, sukati lah nak update pasal ape pon kan. Daripada update pasal kisah cinta emma maembong dengan zizan, baik cite pasal diri sendiri. lantak p la depa nak kemaruk cinta ke apa.. yang penting x mengganggu hidup i olsss. 

Terus ke perkembangan terbaru kerie, sekarang ni.. alhamdulillah kerie sedang menghadapi tempoh menunggu anak jatuh ke riba. Hmm.. basically lg 6 bulan lebih la kot tempoh penantian tu. Kerie sangat bersyukur di beri rezeki leh Allah s.w.t. I'm a happy mother to be. Hopefully everything will be fine till the end, inshaaAllah. 

Sepanjang tempoh singkat tapi terasa lama kerie mengandung ni, dalam minda kerie sering terlintas patut lah syurga itu di bawah tapak kaki ibu.. wooo.. bukan senang beb mengandung ni. Ibarat culture shock plak kerie rasa. Morning sickness yang melemau kan badan, yang memitamkan sampai hampir pengsan adalah sangat dugaan. Apabila keupayaan kita ibarat di sekat, terasa sangat-sangat stress. Walaupun gembira dan bersyukur, adakalanya kerie rasa sangat susah.. dan masa ni lah kerie banyak kan dengar zikir dan ayat Quran. Seriously sangat mencabar. Ni blom jadi mak lagi. da bersalin nanti, lagi macam-macam dugaan. Ternyata jadi ibu itu bukan mudah, tapi kerie percaya ia membahagiakan. 

Kerie harap morning sickness ni cepat cepat lah berakhir. Baby please be good to mama k.

K lah.. habis di sini. bai. Assalamulaikum.

Saturday, March 1, 2014

Pertikaian, semua orang pun bleh buat.

Assalamualaikum,

Hai.. 

Hari ni jari jemari terasa gatal nak menaip dan mengupdate blog. Kerie skang kat kampung husband kerie. saje je ikut dia balik kg. Yelah.. selalunya dia balik, kerie x dapat ikut akibat pelbagai tuntutan hidup. 

Kerie takde apa sangat pon nak diupdatekan.. cuma saje je. kesian tengok blog ni da terkepam lama sangat. eheh~

Ok lah moh kita bercakap mengenai peranan psychologist, kaunselor dan seangkatan denganya.Ohhh sangat ilmiah oke... baiklah, walaupon topik dia macam ilmiah tapi isi kandungan dia xde la ilmiah sampai tak mampu dibendung. ye.. ia masih boleh dibendung. jadi jangan risau.

Sebagai seorang yang mendalami bidang psychology ni, kerie kadang-kadang rasa terkilan sebab ada yang question atau bahasa melayunya pertikaikan peranan psychologist itu sendiri. Ada juga yang menyangka tugas sebagai psychologist atau kaunselor dan seangkatanya cuma berleter dalam bentuk nasihat dan pandangan kepada client atau patient. Ada juga yang menganggap kami ni sekadar mengorbankan masa untuk menadah telinga. Tidak kira siapa kitorang dan siapa lu orang, setiap dari kita punyai peranan sendiri yang semestinya hanya kita sahaja yang tahu mengenainya. 

Psychologist mendengar bukan sekadar dengaran biasa. Tapi perlu meneliti dan menilai. Penilaian tidak dibuat melalui penakulan emosi atau rasional sendiri tetapi dengan panduan dan bukti-bukti saintifik.  Psychologist berkata-kata bukan sekadar omongan kosong. Kata-kata yang keluar juga selepas dibuat penilaian, penelitian dan perbandingan. Kata-kata yang keluar semesti nya perlu mengikut peraturan dan panduan. Info dan ilmu yang dikongsikan bukan sekadar datang dari pengalaman hidup tapi fakta dan skills yang diasah dan digali selama bertahun-tahun tempoh menuntut ilmu.

Mungkin ada yang mempersoalkan, banyak sangat ke tenanga yang digunakan bila psychologist sekadar masuk dalam bilik session dan berbual-bual dengan client atau patient. Ooohhh seperti yang saya kata tadi, bualan bukan sekadar bualan saje-saje untuk bergosip atau menghiburkan hati. Tapi bualan untuk menyembuhkan. Maka ia memerlukan lebih dari sekadar tenaga fizikal. Mental perlu cergas dan sihat, perlu kreatif, kritis dan kritikal. Itu lah psychologist. 

Ok lah sampai di sini sje perkongsian kerie. nak p mandi sat, begitu panas cuaca kat sini. k bai...

Assalamualaikum...

Friday, November 29, 2013

I jelly you..

Assalamualaikum

Hai.. 

Kerie nak mengarang hari ni, bukan mengarang ape, cuma luahan hati. Bleh kan? Dalam hidup ni, selalu kita rasa x mencukupi, keinginan untuk memiliki tak pernah menurun. Semakin hari semakin banyak yang kita idamkan tanpa mengambi kira yang sebenarnya kita da punya begitu banyak nikmat yang mungkin kita sendiri x menggunakanya dengan baik. Pembaziran. Astaghfirullahalazim. 

Pembaziran, bukanya tak terjadi dalam hidup kerie. Kerie pun jenis orang yang begitu tinggi keinginan dalam membeli belah.. especially baju, kasut, handbeg n make up. Tapi xde lah sampai jadi "biar papa asal bergaya" alhamdulillah, buat masa ni semua cukup lagi. Allah Pemberi rezeki dan nikmat, syukur sangat2. 

Kerie rase kerie da lari topik.. wakaka... sebenarnya nak cite lain, boleh? hahah. oke2, sebenarnya kerie nak citer pasal cemburu dan iri hati. Cemburu n iri hati ni tergolong dalam penyakit kronik hati. Betol x? sape setuju angkat tangkat, kalau x setuju xyah angkat. kerie x paksa. Ok? bleh paham? 

Kerie pon ade jugak sekali sekale dua kali dua kale, merase cemburu dan iri hati. Maklumlah kerie ni pon manusia biasa, yang hatinya senang di gugat oleh bisikan syaitooonnnn durjana. Tapi, apa yang kerie buat bila berperasaan kurang enak begini ialah dengan mengingati semula kurniaan nikmat yang Allah bagi pada kerie. Yess.. x semua orang dapat apa yang kerie dapat. Allah tu maha adil. Kurang nya kerie di sini, lebihnya kerie di sana. Betul tak? u ollsss pun sama tau. Kalau u ollss tengok org lain lebih dari u ollsss.. itu yg u olss ternampak lebihnya je, yang kurangnya u olss x nmpk. Apa pon, xyah lah nak teropong buruk dan lemah orang lain. Kita tengok yang baik2, kita puji Allah SWT. Semuanya dari Allah SWT. Ok lah tu je nak luah kan.. bukan la luahan sangat pon, cuma perkonsian dari hati sanubari yang tetibe rajin nak di manifestasikan. see you again. bai. assalamualaikum.

Sunday, November 24, 2013

Heliza Helmi speaker untuk Malam Terapi

Assalamualaikum

Hai kawan-kawan

Lai lai lai.. jemput datang semua ke malam terapi anjuran counseling services centre yang akan menampilkan heliza helmi sebagai salah seorang speaker yang akan membincang tentang zikir dan muzik sebagai cara menenangkan diri. Selain heliza, Bazli UNIC dan pembaca berita tv al-hijrah, adi akmal turut diundang. Malam terapi ini akan berlangsung selama 3 malam bermula 26 sehingga 28 November 2013 bertempat di UIAM Gombak. Kepada yang meminati Heliza, Jom serbu beramai2. Untuk pengetahuan, heliza cuma akan beraksi pada 26 hb, pada malam 27 hb dan seterusnya akan ada aktiviti lain yang pastinya menarik dan berilmu. InshaaAllah. So tunggu apa lagi, jom la datang beramai. Sila rujuk gambar di bawah untuk info selanjutnya. Hehe. Ok lah sampai sini saje hebahan kerie. Jumpa lagi. Bye, Assalamualaikum.



Wednesday, November 20, 2013

Wedding pictures from official photographer.

Assalamualaikum

Hai

Jom tengok gambar kahwin kerie jom. Hari yang menjadi sejarah dan memberi kesan selama-lamanya dalam hidup kerie. :)

Officially husband and wife.

Dalam rumah pon pakai spek ke hubby? aiyooo...

Couldn't say more, i love this man.

after nikah, wajib la begambar dengan keluarga kan. Ni family husband kerie. :)

Banyak je lagi gambar, tp kerie share yang ni je dulu k. k dah.. bai. :P

Thursday, October 3, 2013

Kenyataan Hidup

Kadang-kadang ada yang kita rindu, tapi semuanya dah tinggal kenangan, kadang-kadang ada yang kita kesali, tapi semuanya dah berlalu, kadang-kadang hati kita disakiti, tapi kita cuma mampu berdiam diri. Itu lah kehidupan.. life is hard. that's the fact. :)