My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Wednesday, August 29, 2012

My Best friend wedding: Liyana Hisham (Host Safiyya TV9) and Beyta Ferizi

Assalamualaikum

Hai..

Korang mesti taknak baca kerie tulis panjang-panjang kan? mesti korang lebih ghairah nak tengok gambar kan? huhu.. laupon kerie terlambat update, tapi tak kisah.. kerie nak gak masuk kan gambar yang kerie amik gune kudrat kerie sendiri sebagai perkongsian dalam blog ni.. Maklum lah.. best friend sendiri punye hari kebahagiaan, mesti lah kita kene rakam kan saat2 manisnya.. hehe. semoga ia menjadi kenangan terindah hingga ke akhir hayat. amin..

Tarikh-tarikh penting berkaitan dengan hari bahagia Liyana Hisham dan Beyta Ferizi

-23/8/2012 bersamaan hari khamis, malam berinai.

-24/8/2012 bersamaan hari jumaat, akad nikah di masjid negara. Tepat jam 6 petang Liyana Hisham sah menjadi isteri kepada Beyta Ferizi

-26/8/2012 bersamaan hari ahad telah dilangsungkan majlis resepsi perkahwinan Liyana Hisham dan Beyta Ferizi bertempat di Hadramawt Palace, Jalan Bukit Bintang.

Sudah tentu la kerie menghadirkan diri pada setiap tarikh-tarikh keramat di atas. hehe. sanggup balik kl awal walaupun semester tak bukak lagi. Demi kawan tersayang. Maklum la kebahagiaan mu kebahagiaan ku jua.

Liyana sedang di lukis kan inai oleh kak dayu...Kak dayu ni memang terer lukis inai.. kerie suka design dia. cantik-cantik belaka.
Dayang-dayang untuk majlis akad nikah pada esok hari pon mahu berinai jugek.. :)
Sedang dilukis inai oleh salah sorang team members kak dayu.
Liyana and nad.. :) 
Da setel.. bakal pengantin boleh tido dah.. 
Cantiknya lah pengantin ni.. kerie suka semua, from head to toe termasuk make up nya. perfect!!! 
Pengantin yang sentiasa tersenyum. 
Tempat si puteri menunggu si putera.
Kerie dengan Raikhan Wildan, anak puan Finaz Yunus yang cantik.
Liyana menunggu dengan sabar.
Sarung cincin time!!! Dah sah menjadi isteri kepada beyta ferizi. 
Kini giliran liyana pulak sarung cincin kepada suami tercinta nya.
Masa majlis resepsi di hadramawt, cantik kan pengantin. Make up by kak awin seindah wajah.
Menjamu selera time.
Kerie di hari kejadian.
Sempat merakam gambar dengan kak farah adiba, owner Najjah Butik yang juga salah sorang tetamu pada hari terbabit. Beliau sememangnya sungguh cantik.
Si cantik Finaz Yunus with her hubby yang macam shah rukh khan.. baby wildan taknak pandang camera masa ni sebab baru lepas bangun tito.. huhu (gambar tak clear plk sebab kerie tak pandai setting DSLR.. buta teknologi la katekan).
Wuuuu... Kerie dengan very the cantik emcee, shabana. Indah sungguh ciptaan Allah. Subhanallah.
Ok lah... Ni je pictures yang kerie nak paparkan. Kerie ada upload banyak kat fb. Sampai seratus lebih kot gambar. so sape yang ade fb kerie boleh lah tengok puas-puas. K dah bai... Assalamualaikum.

Saturday, August 4, 2012

Pengalaman yang bermakna...

Assalamualaikum

Hai

Di kala waktu sahur sebegini, tetibe kerie rase cam nak update blog plak. Kerie nak share sikit dengan korang pengalaman kerie menghadiri majlis ta'lim darul murtadza kat masjid setiawangsa before bulan puasa hari tu. Majlis ta'lim darul murtadza ni diadakan setiap minggu kebiasaanya. Tapi disebabkan bulan ramadhan, majlis ta'lim ni berehat seketika dan akan bersambung semula selepas raya. Kerie baru sekali pergi iaitu pada hari terakhir sebelom bulan puasa. Sebenarnya kerie da lame teringin nak join. Tapi macam takde kesempatan. Akhirnya, pada suatu hari... dengan izin Allah kerie dapat jugak menghadiri majlis yang penuh manfaat ni. Alhamdulillah.

Mase kerie pegi ni kuliah telah disampaikan oleh Habib Zainal Abidin dan jemputan Habib al Khadzm Jaafar As-Sagoff. Baba kerie selalu cite yang kuliah habib-habib ni bagus sebab dapat membawa kesyahduan hati kepada Allah s.w.t dan Rasullah s.a.w apabila kita mendengarnya. Ya Allah, memang betul ape yang ayah kerie cakapkan.. bergenang air mata kerie bila dengar kuliah yang disampaikan oleh beliau. Mase kerie pegi tu, kuliah yang disampaikan berdasarkan tafsir Al-Quran mengenai amalan bersedekah. Memang dengar topiknya simple. Kat sekolah pun ade belajar. Tapi.. bagi kerie bile kerie dengar apa yang dia sampaikan tu, terus melekat dalam hati dan otak. sebab cara dia bercerita membawa kita kepada keyakinan terhadap Allah s.w.t secara total tanpa sedikit pun keraguan. Penggunaan nama-nama Allah dalam kuliah yang disampaikan menyebabkan kerie rase dekat dengan Allah S.W.T. Yang lagi best, kuliah  macam ni selalu memberi peringatan kepada kerie di saat kerie terlupa dan alpa. Sebab tu kerie suke pegi majlis-majlis ilmu ni, terutama ilmu agama. Ia boleh mengasah minda n bersihkan hati dari kekotoran. InsyaAllah, kerie nak pegi lagi majlis ta'lim ni.

Apa yang kerie nampak sekarang ni ramai orang da boleh terima dan suka pergi majlis-majlis agama ni. Alhamdulillah. Dari sini kita boleh nampak yang ramai orang sedang mencari kebenaran dan ingin menjadi baik dan lebih baik. Harapnya kita umat Islam tidak berhenti mencari dan sentiasa terbuka untuk menuntut ilmu walau dengan siapa pun. Setiap orang mesti ade point yang hendak dia sampai kan apabila dia menyampaikan sesuatu. Mungkin bagi kita tak logik atau tidak sealiran dengan pendapat kite. Tapi... bila kita teliti dan betul-betul fahami, kita akan dapat manfaat jugak dari setiap idea dan cerita yang disampaikan tu. Bagi kerie, kita wajib tanamkan rasa cinta terhadap ilmu dan sentiasa mencarinya untuk mengelak dari tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Jom...
Habib Zainal Abidin sedang menyampaikan kuliah. :)

Ok lah kerie nak pegi makan sahur da. sampai sini je dulu. K bai. Assalamualaikum. :)

Thursday, August 2, 2012

Liyana Hisham's Wedding Invitation Card

Assaalamualaikum

hai...

Dah lame kan kerie tak update blog. huhu.. bukan ape, kerie malas sebab internet uia selalu slow sangat. nak bukak email pon kene tunggu berjam-jam.. huhu.. hmm.. hari ni kerie takde la nak cite ape sangat cume kerie begitu teruja setelah dapat wedding invitation card from best friend kerie, liyana hisham. walaupun sebelom ni memang da dapat invitation awal-awal lagi tapi bile dapat kad ni rase lebih teruja. hehe. ape pun tak sabar nak tunggu hari kebahagiaan liyana hisham dan beyta ferizi. harus la kerie amik gambar bergelen-gelen pada hari terbabit kan. hehe. ok lah, jom tengok gambar wedding invitation card from liyana n beyta. kerie suke design dia sebab cantik n simple. nanti kerie kahwin nak buat camni jugak lah. eheh.. tak malu tiru orang. huhu. :P



Kerie n Liyana mase pegi prof dr tariq ramadhan punye talk...:) berseri-seri liyana mase ni. seri bakal pengantin la kate kan.. 

Ok lah.. sampai sini je. bai. selamat berpuasa, berbuka puasa dan selamat berterawikh. :) Assalamualaikum