My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Saturday, August 4, 2012

Pengalaman yang bermakna...

Assalamualaikum

Hai

Di kala waktu sahur sebegini, tetibe kerie rase cam nak update blog plak. Kerie nak share sikit dengan korang pengalaman kerie menghadiri majlis ta'lim darul murtadza kat masjid setiawangsa before bulan puasa hari tu. Majlis ta'lim darul murtadza ni diadakan setiap minggu kebiasaanya. Tapi disebabkan bulan ramadhan, majlis ta'lim ni berehat seketika dan akan bersambung semula selepas raya. Kerie baru sekali pergi iaitu pada hari terakhir sebelom bulan puasa. Sebenarnya kerie da lame teringin nak join. Tapi macam takde kesempatan. Akhirnya, pada suatu hari... dengan izin Allah kerie dapat jugak menghadiri majlis yang penuh manfaat ni. Alhamdulillah.

Mase kerie pegi ni kuliah telah disampaikan oleh Habib Zainal Abidin dan jemputan Habib al Khadzm Jaafar As-Sagoff. Baba kerie selalu cite yang kuliah habib-habib ni bagus sebab dapat membawa kesyahduan hati kepada Allah s.w.t dan Rasullah s.a.w apabila kita mendengarnya. Ya Allah, memang betul ape yang ayah kerie cakapkan.. bergenang air mata kerie bila dengar kuliah yang disampaikan oleh beliau. Mase kerie pegi tu, kuliah yang disampaikan berdasarkan tafsir Al-Quran mengenai amalan bersedekah. Memang dengar topiknya simple. Kat sekolah pun ade belajar. Tapi.. bagi kerie bile kerie dengar apa yang dia sampaikan tu, terus melekat dalam hati dan otak. sebab cara dia bercerita membawa kita kepada keyakinan terhadap Allah s.w.t secara total tanpa sedikit pun keraguan. Penggunaan nama-nama Allah dalam kuliah yang disampaikan menyebabkan kerie rase dekat dengan Allah S.W.T. Yang lagi best, kuliah  macam ni selalu memberi peringatan kepada kerie di saat kerie terlupa dan alpa. Sebab tu kerie suke pegi majlis-majlis ilmu ni, terutama ilmu agama. Ia boleh mengasah minda n bersihkan hati dari kekotoran. InsyaAllah, kerie nak pegi lagi majlis ta'lim ni.

Apa yang kerie nampak sekarang ni ramai orang da boleh terima dan suka pergi majlis-majlis agama ni. Alhamdulillah. Dari sini kita boleh nampak yang ramai orang sedang mencari kebenaran dan ingin menjadi baik dan lebih baik. Harapnya kita umat Islam tidak berhenti mencari dan sentiasa terbuka untuk menuntut ilmu walau dengan siapa pun. Setiap orang mesti ade point yang hendak dia sampai kan apabila dia menyampaikan sesuatu. Mungkin bagi kita tak logik atau tidak sealiran dengan pendapat kite. Tapi... bila kita teliti dan betul-betul fahami, kita akan dapat manfaat jugak dari setiap idea dan cerita yang disampaikan tu. Bagi kerie, kita wajib tanamkan rasa cinta terhadap ilmu dan sentiasa mencarinya untuk mengelak dari tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Jom...
Habib Zainal Abidin sedang menyampaikan kuliah. :)

Ok lah kerie nak pegi makan sahur da. sampai sini je dulu. K bai. Assalamualaikum. :)

No comments: