Assalamualaikum
Hai..
Kali ni kerie nak cite pasal hero kerie yang kerie sayang selama-lamanya. Tak kira apa pun terjadi, kerie tetap sayang dia. Walaupun kadang-kadang bergaduh, kerie touching sangat, nangis-nangis sampai guling-guling sambil tertelan guli. Huh.. betapa sungguh kerie touching mase tu. Tp sekejap je perasaan tu lenyap n lepas tu dia tetap jadi hero kesayangan kerie. Kerie penah turun kete semata-mata nak memastikan dia tak di apa-apakan oleh gengster jalan raya yang nak cari pasal dengan dia, sampaikan mamat-mamat gengster tu bla terus bila tengok kerie ngan adik badik perempuan kerie turun serang dorang. Adik kerie yang laki tak turun duk kat depan dalam kete. haiya.. apa da. kerie memang takleh tengok orang sakitkan hati dia, orang pandang rendah kat dia, orang marah dia atau apa-apa pon yang boleh menyakitkan atau mengapa-apakan dia. Kerie pun akan terasa sama. Sebab dia hero kerie selama-lamanya. Orang kata kerie ni macam muka dia tapi kerie salu bercanggah pendapat dengan dia pastu jadi gaduh, last-last pasti kerie yang menangis. Tapi kerie tak kisah. Kerie sedih bila dia cakap sorry kat kerie, bagi kerie, dia tak perlu cakap sorry pun kerie dah maafkan dia. Sebab dia memang hero kerie. Walau apa pon orang cakap pasal dia. Dia tetap nombor satu dalam hati kerie selepas Allah dan Rasullah SWT.. Dia lah baba kerie yang dah banyak bersusah payah untuk membesarkan kerie dan adik beradik. Apa pon orang nak cakap pasal dia, orang nak pk pasal dia, siapa pon dia.. dia tetap selamanya hero kerie. Kerie doa semoga Allah lindungi dia, kurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa merahmatinya. Amin. Insha Allah.
K lah sampai sini dulu cite kerie. Bai. Assalamualaikum
1 comment:
Niena pun tak boleh bila ibu say sorry .. Bukan salah ibu tapi salah niena .. Pastu , berjurailah air mata dengan lebatnya..
Post a Comment