My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Wednesday, July 24, 2013

Pendapat di bulan ramadhan

Assalamualaikum.. 

Hai everyone! 

Ape khabar? sejak da berkerjaya ni kerie jadi kurang terurus, sebagai buktinya, semakin jarang kerie mengupdate blog lantas blog ni menjadi kepam berhabuk ibarat tunggu masa nak padam untuk selama-lamanya.. tapi tapi tapi dan tapi lagi, hati kecil ini tidak sanggup membiarkan ia terpadam kerana terdapat pelbagai memori indah kerie bersama blog ini.. errr.. ape plak berjiwang dengan blog plak ni? heishhhhh... ok k k.. dah dah usah melakukan pembebelan yang sia-sia, wajib la kita di bulan ramadhonnnn ni melakukan perbahasan yang serius dan membawa manfaat. ya.. manfaat itu kan pahala. Di sebabkan tawaran hebat menggunung tinggi yang Allah offer di kala bulan ramadhan ni, kerie pun xnak lepaskan peluang meraih pahala, dengan ini kerie pun berkeputusan itu bercerita tentang pendapat kerie yang agak tak seberapa, dikongsi untuk manfaat bersama.. dan dengan niat lillahitaaala. InshaaAllah.

Kerie nak cite lah, berdasarkan pengalaman kerie yang setahun jagung, sebulan pisang ni... diteliti dan di dalami, ada sesetengah orang ni cepat sangat tak suka kat orang semata-mata sebab dia rasa orang tu tak baik atau berdosa. Bagi kerie kita takde hak nak tak suke orang sebab orang tu buat dosa atau salah sebab kita sendiri pun tak dijamin suci atau terkecuali dari membuat dosa. sedangkan Rasullah SAW yang maksum dari dosa pun tidak bertindak sedemikian, apatah lagi kita ni. Maybe kita dah sempurna tutup aurat, tapi... ade dosa lain yang kita buat, cthnya berprasangka tidak baik pada orang yang kita lihat seperti kurang warak pemakaiannya atau perbuatanya. Sungguhpun pakaian sudah sempurna, takde hak untuk kita rasa orang lain tak betul. Hati dan iktiqad seseorang kita tak penah tau. Sedekat mana hubungan dia dengan Allah, kita takkan mampu menilai. Bukan lah kerie nak kata orang tak tutup aurat ni x salah.. salah tetap salah, tapi ingat, yang memegang hati kita ialah Allah, bila-bila masa Allah boleh cabut atau bagi hidayah pada hambaNya yang dikehendaki. Melakukan dosa bukan semestinya pengakhiran hidup yang bleh menyebabkan kita atau orang lain berputus asa di atas rahmatNya. Selagi kita sentiasa beristighfar, menyesali perbuatan dan bertekad serta usaha untuk tinggalkan perbuatan tu, inshaaAllah pasti ada jalan untuk kita menjadi hamba Allah yang lebih baik.InshaaAllah.

proses penyarungan cincin di hari pertunangan. :P
Kerie suka cara orang berdakwah dengan kasih sayang dan berhikmah, kerie suka cara teguran yang tidak mengaibkan, kerie lebih suka kalau orang tu tegur kerana sayangnya dia kepada kerie lillahitaala. Bukan kerana amarah dia sendiri bagi memenuhi gelojak nafsu dan kepuasan hati sendiri. Jadi, sebab tu lah kita kena hati-hati bila nak berdakwah dan menegur, kalau boleh jangan sampai ada hati yang tersinggung, kalau tersinggung pun, buat lah hati dia menjadi lapang dengan teguran kita. Before kite nak sound orang tu pastikan niat dan apa perasaan sebenar dalam hati kita, sekiranya ada perasaan marah, seeloknya jangan ditegur, tapi sekiranya ada perasaan sayang.. baru kita proceed untuk menegur. Kalau marah kerana sayang? hmm boleh juga.. :)  tapi jangan marah sebab lain plak tau! :P 

Ni pelan ke rumah penantin perempuan, rumah sape lagi kalau bukan kerie. Hihi.
Ok lah sampai di sini sahaja pembebelan kerie yang x seberapa ni. Bukan dua posen bukan tiga posen.. ianya ikhlas lillahitaala. semoga ada yang dapat manfaat dari penulisan kerie. Hehe.. mood serius betol. Ekekeke.. ok2, sebelom kerie berundur diri, sukacita kerie jemput korang korang dan korang untuk dtg ke majlis perkahwinan kerie pada 17 august 2013, majlis akan berlangsung di rumah kerie sendiri.. takde bajet nak sewa dewan ke hotel bagai, sewa khemah saje mampu. hihi.. Jemput lah datang kalau berani. Rumah kerie kat terengganu, jauhh tuuhhh.hehe.. k dah.. bai. Assalamualaikum.

P/S: Benci dosa atau perbuatan salah yang dilakukan takpe, bukan benci kepada si pelaku. Sila digest sendiri k ayat ni. :P

1 comment:

Kakizan Omar said...

http://izzanor21.blogspot.com/.. jom follow mee..:D