My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Monday, August 4, 2014

My journey of happiness

Assalamualaikum

Hai..

Selamat hari raya semua. walaupun agak lambat ucapanya.. tapi takpelah kan sebab kita masih berada dalam bulan syawal. Alang-alang dah wish hari raya, kerie nak jugak mengambil kesempatan memohon maaf atas salah silap atas segala ketelanjuran yang mungkin penah mengguris hati dan perasaan kawan-kawan sekalian. Sesungguhnya kerie hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa. Ampunkan saya ye kawan-kawan. hehe...

Sebenarnya tujuan entri terbaru ni bukan semata-mata nak ucap selamat hari raya tapi kerie nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kerie sepanjang mengndung ni. Alhamdulillah tak lama kerie akan masuk ke third trimester. berdebar-debar, cuak, takut n excited semua ada. Tak sabar nak jumpa baby sendiri. hehe.

Alhamdulillah, morning sickness kerie dah takde sejak masuk 4 bulan mengandung. Tapi kerie menghadapi masalah lain which is gastrik yang agak teruk sampaikan berlaku tragedi pukul 2 pagi raya kerie dikejarkan ke wad kecemasan. Serius sakit yang amat. Nangis-nangis sampai. Mase tengah dirawat tu kerie tak henti-henti berdoa supaya sakit berkurangan.. bukan ape, siapa nak berpagi raya dalam wad kan? alhamdulillah, selepas beberapa jam, kerie dibenarkan pulang.

Sepanjang pregnant ni kerie belom ade mengidam pelik-pelik lagi. selera makan pon macam biasa, takde la berganda cuma asyik rasa lapar je. Bila rasa lapar yang membuak-buak tapi selera macam biasa-biasa je.. memang lah kite jadi rasa tak kisah sangat nak makan. Kerie sanggup tahan lapar semata-mata sebab kerie takde rasa nak makan. Tu yang jadi gastrik tu. hmm.. tsk tsk tsk...

Apa pon dugaan dan cabaran mengandung ni memang la hebat. Perlukan daya ketahanan emosi dan fizikal. Walaupun rasa sakit, penat or tak larat, kene gagahkan diri jugak. Dari segi emosi pon sama. Masa awal2 pregnant dulu, emosi memang macam orang meroyan, senang sangat tersentuh. Tapi da lama-lama tu semakin stabil n jadi malas nak amik pusing. Pengalaman yang mencabar ni sebenarnya adalah satu anugerah yang terhebat dari Allah, kerie sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah. 

Kerie rasa sampai sini je dulu perkongsian kerie, inshaaAllah nanti ada masa kerie update lagi. ok bai. Assalamualaikum.

P/s: Masa berlalu terlalu pantas. Rasa cam baru je buat upt test hari tu.

Monday, May 5, 2014

Sakit yang membahagiakan..

Assalamualaikum

Hai..

Hoi update blog time keje, nak kene lempang ke? oke2 kejap je. Tak lama pon. 

Kerie da lama meninggal kan blog ni sehingga menjadi kusam.. ibarat terabai tanpa belaian kasih sayang. Maka dengan ini kerie nak tebus balik dengan mengupdate cerita terbaru pasal diri kerie (eleh bajet retis). 

Well, this is my personal blog, sukati lah nak update pasal ape pon kan. Daripada update pasal kisah cinta emma maembong dengan zizan, baik cite pasal diri sendiri. lantak p la depa nak kemaruk cinta ke apa.. yang penting x mengganggu hidup i olsss. 

Terus ke perkembangan terbaru kerie, sekarang ni.. alhamdulillah kerie sedang menghadapi tempoh menunggu anak jatuh ke riba. Hmm.. basically lg 6 bulan lebih la kot tempoh penantian tu. Kerie sangat bersyukur di beri rezeki leh Allah s.w.t. I'm a happy mother to be. Hopefully everything will be fine till the end, inshaaAllah. 

Sepanjang tempoh singkat tapi terasa lama kerie mengandung ni, dalam minda kerie sering terlintas patut lah syurga itu di bawah tapak kaki ibu.. wooo.. bukan senang beb mengandung ni. Ibarat culture shock plak kerie rasa. Morning sickness yang melemau kan badan, yang memitamkan sampai hampir pengsan adalah sangat dugaan. Apabila keupayaan kita ibarat di sekat, terasa sangat-sangat stress. Walaupun gembira dan bersyukur, adakalanya kerie rasa sangat susah.. dan masa ni lah kerie banyak kan dengar zikir dan ayat Quran. Seriously sangat mencabar. Ni blom jadi mak lagi. da bersalin nanti, lagi macam-macam dugaan. Ternyata jadi ibu itu bukan mudah, tapi kerie percaya ia membahagiakan. 

Kerie harap morning sickness ni cepat cepat lah berakhir. Baby please be good to mama k.

K lah.. habis di sini. bai. Assalamulaikum.