My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Monday, August 4, 2014

My journey of happiness

Assalamualaikum

Hai..

Selamat hari raya semua. walaupun agak lambat ucapanya.. tapi takpelah kan sebab kita masih berada dalam bulan syawal. Alang-alang dah wish hari raya, kerie nak jugak mengambil kesempatan memohon maaf atas salah silap atas segala ketelanjuran yang mungkin penah mengguris hati dan perasaan kawan-kawan sekalian. Sesungguhnya kerie hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa. Ampunkan saya ye kawan-kawan. hehe...

Sebenarnya tujuan entri terbaru ni bukan semata-mata nak ucap selamat hari raya tapi kerie nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kerie sepanjang mengndung ni. Alhamdulillah tak lama kerie akan masuk ke third trimester. berdebar-debar, cuak, takut n excited semua ada. Tak sabar nak jumpa baby sendiri. hehe.

Alhamdulillah, morning sickness kerie dah takde sejak masuk 4 bulan mengandung. Tapi kerie menghadapi masalah lain which is gastrik yang agak teruk sampaikan berlaku tragedi pukul 2 pagi raya kerie dikejarkan ke wad kecemasan. Serius sakit yang amat. Nangis-nangis sampai. Mase tengah dirawat tu kerie tak henti-henti berdoa supaya sakit berkurangan.. bukan ape, siapa nak berpagi raya dalam wad kan? alhamdulillah, selepas beberapa jam, kerie dibenarkan pulang.

Sepanjang pregnant ni kerie belom ade mengidam pelik-pelik lagi. selera makan pon macam biasa, takde la berganda cuma asyik rasa lapar je. Bila rasa lapar yang membuak-buak tapi selera macam biasa-biasa je.. memang lah kite jadi rasa tak kisah sangat nak makan. Kerie sanggup tahan lapar semata-mata sebab kerie takde rasa nak makan. Tu yang jadi gastrik tu. hmm.. tsk tsk tsk...

Apa pon dugaan dan cabaran mengandung ni memang la hebat. Perlukan daya ketahanan emosi dan fizikal. Walaupun rasa sakit, penat or tak larat, kene gagahkan diri jugak. Dari segi emosi pon sama. Masa awal2 pregnant dulu, emosi memang macam orang meroyan, senang sangat tersentuh. Tapi da lama-lama tu semakin stabil n jadi malas nak amik pusing. Pengalaman yang mencabar ni sebenarnya adalah satu anugerah yang terhebat dari Allah, kerie sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah. 

Kerie rasa sampai sini je dulu perkongsian kerie, inshaaAllah nanti ada masa kerie update lagi. ok bai. Assalamualaikum.

P/s: Masa berlalu terlalu pantas. Rasa cam baru je buat upt test hari tu.

No comments: