My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Wednesday, June 20, 2012

Rabu Bisu: Comel nye la hei.....

Aloh cayang cangat dia kat mama tu...

noty sungguh... comel gile keletah dia kacau pakwe dia. Ingat manusia je boleh buat.. kucing pun boleh. :P 

Monday, June 18, 2012

Ape kerie buat kat SME@UIAM program?

Assalamualaikum

Hai

Hoi.. gagah sungguh kerie menaip entri tengah-tengah malam buta macam ni.  Tapi kan, tengok lah..taip nye malam ni, postnya malam tulat nanti. hahaha. terbengkalai di sekerat jalan selalunya entry kerie ni. Kalau rasa cam story da jadi pekasam. kerie delete je. Memang tak post. Hahaha. Macam tu lah kehidupan seharian kerie di dalam dunia blog. Bukan ape, leceh la kadang-kadang especially bila entry yang nak letak gambar. Maklum lah kerie ni kan pemalas ala ala nobita, kalau ade doraemon betol-betol lam dunia ni, dah lama dah kerie jadi sebijik cam nobita... hee... tak lah.. sebenarnye kerie bukan pemalas.. cuma kadang-kadang kerie jadi kurang proaktif (alasan je tu) dalam mengepost entry di blog terchenta ni. 

Cite kerie pada kali ni adalah berbentuk ilmiah sedikit. Tetapi bukan entry yang ilmiah. Program yang kerie nak cite lam entry ni yang berbentuk ilmiah..Nak tau program ape? program SME@UIAM selama 2 bulan pada setiap weekend. Kerie join sebagai Research Assistant.. tapi tipu. Kitorang bukan research assistant. Kitorang ni da jadi cam staff sebab sepanjang program tu kitorang kene handle banyak benda. Bukan sekadar assist participant je. Tapi takpe lah. Kitorang tak kesah pon sebab kerja yang diberi pon takde lah berat ibarat membanting tulang seperti seorang buruh binaan. tak...

Basically kerie punye tugas lam program ni ialah membantu CEO-CEO Kompeni dalam industry kecil dan medium yang mengikuti program ni. Mereka ni akan dapat sijil dan sijil ni boleh membantu kompeni mereka untuk menjadi pendaya saing yang cemerlang di kalangan syarikat2 yang wujud kat Malaysia ni. Untuk mendapatkan sijil berkenaan mereka kena join course SME@UIAM ni. Dalam program ni diorang kene buat assignments, kene selalu attend class takleh ponteng, kene participate lam perbincangan dan lain-lain lagi. So kitorang ni sebagai research assistants di tugaskan membantu mereka dalam hal pembelajaran dan lain-lain. Oleh itu, kitorang diwajibkan mendengar ceramah dan mengikuti aktiviti mereka sepanjang program. Maklumlah.. nanti kalau diorang nak mintak kitorang tolong carikan materials ke ape. Kitorang yang kene buat. Kalau taktau hujung pangkal citer, macam mane nak buatkan kan? Bagi kerie menyertai program ni adalah satu pengalaman yang baru dan kerie telah dapat banyak ilmu yang baru yang sememangnya lain dengan bidang kerie sekarang ni. Alhamdulillah. Kerie sangat hargai pengalaman ini. :) Yawn~~ terngantuk la pulak. 

Disebabkan da ngantuk, kite proceed to the pictures je lah. Maksud kerie gambar yang kerie sempat tangkap di sekitar program berlangsung.. 

Prof Moha sedang menyampaikan ceramah mengenai business development. 
Gambar ni kerie amik gune web cam.. mase penceremah tengah ceramah..orang lain sibuk dengar ceramah kerie sibuk main amik gambar semate-mate sebab nak tepek kat dalam blog nih.
Dengan kak siti zakirah yang skang ni sedang aktif berblog.

Ni semua participants yang sedang khusyuk berkerja dalam kumpulan. Bagus betul.
Ok lah.. demikian saje cerita kerie pasal SME@UIAM untuk minggu ni. Nanti next week kerie update lagi sebab setiap minggu kerie attend program ni sampai 18 july nanti. :D Ok bai... Assalamualaikum.

Saturday, June 16, 2012

Isra' Mi'raj dan Hari bapa.

Assalamualaikum...

Hai.

Hari ni hari bapa, dan hari ni jugak isra; mi'raj. Salam isra' mi'raj untuk semua umat Islam. Hari ni hari peringatan untuk kita semua tentang satu peristiwa penting dalam seerah nabi. Ya Allah.. betapa banyak nya pengajaran dari kisah-kisah nabi yang Allah pelihara dan sampai kepada kita umat Muhammad walaupun baginda telah wafat berkurun lamanya. Tapi kita masih lalai, leka dan alpa. termasuk kerie. Astaghfirullahalazim.. ya Allah ampun kan lah aku.. :'( Kisah perjalanan nabi pada malam isra' mi'raj wajiblah disampaikan kepada generasi muda dan anak-anak kita supaya mereka menjadi orang yang berilmu dan berpengetahuan tentang sejarah nabi Muhamad s.a.w.

Sempena hari bapa ni kerie nak amik kesempatan untuk wish happy father's day to baba kerie. Thanks to him for being a great father to us. Semoga Allah merahmati baba dan dikurniakan kesejahteraan yang berpanjangan, umur yang panjang supaya dia dapat berjumpa dengan bakal suami kerie dan anak-anak kerie di masa hadapan. InsyaAllah. Amin.

Ade satu cite, mase kecik.. kerie paling suke bila kerie pegi jenjalan dengan ayah kerie pastu tertido lam kete. Bila dah sampai umah, baba dukungkan bawak masuk.  Kadang-kadang tu kerie tak tido pun. bila dah dekat dengan umah, buat-buat tido semata-mata nak suh baba kerie angkat kan kerie bawak masuk. Ngade betol... da besar panjang mase tu, bukan baby lagi. Nak jugak kene dokong. hei. Tu lah salah satu kenangan manis kerie mase kecik dengan ayah kerie. Hmm.. skang ni umur dah lanjut. ayah kite plak makin lama makin tua. Bila-bila masa je kita akan dijemput Allah S.W.T.  jadi selagi kita boleh berbakti pada dia, kita buat lah sedaya upaya kita. Jangan berkira sangat dengan parents kite sebab diorang dah banyak berjasa pada kita. Satu-satunya yang tiada peganti dalam hidup kita ialah ibu bapa kita. Jadi hargai lah mereka selagi mereka masih hidup di dunia. Bila diorang dah takde jangan putus doa untuk diorang dan jadi la anak soleh dan solehah supaya kita dapat menyumbangkan kebahagiaan untuk diorang di dunia dan akhirat. InsyaAllah


Gambar kenangan di hari raya tahun lepas dengan baba n ummi. :)
Sampai sini saje penulisan kerie untuk kali ni. semoga Allah merahmati semua ibu bapa yang ada di dunia yang telah bersusah payah mendidik anak-anak tanpa rasa jemu. Buruk baik ibu bapa kita, terima lah mereka seadanya kerana mereka juga manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari dosa. Sekiranya mereka tidak mampu memahami kita, kita sebagai anak harus lah mencuba untuk memahami mereka. InsyaAllah, semuanya akan jadi baik. :) (Mood Jiwang plak dah. heee...)

Bai.. assalamualaikum

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday: A scary yet cute owl

Assalamualaikum

Hai

Burung hantu ini telah di jumpai oleh adik kerie bertenggek kat tepi tingkap rumah sewa dia di Subang Jaya. Bila tengok lelama takde la scary sangat.. comel pun ade.. hee

Monday, June 11, 2012

Kisah perjalanan dari Perak ke Terengganu

Assalamulaikum

Hai...

Whoaaa da lame nye tak update blog. dekat 2 minggu tuh.. bukan ape, kerie memang busy sebab kerie pergi melawat kakak kerie kat Perak then balik Terengganu sekali. Ayah kerie yang suruh. tak baik melawan cakap ayah kan? hmm... walaupun kerie ade keje lain yang perlu disetel kan kat KL. tapi disebabkan arahan ayah kerie, maka kerie turut kan jua. (eceh... bajet anak yang baik lewteww... )

Kali ni punye update, takde pape sangat. tapi sekadar perkongsian cerita masa kerie pg Perak ritu. Hmm... kerie suke negeri perak.. macam kerie suka kan Melaka jugak. hehe. Negeri yang terasa tenang je bila berada di situ. Mungkin sebab usia kerie semakin lanjut, maka kerie suka tempat-tempat yang berbentuk ketenangan dan kampung. ye...

Pemandangan kat ipoh, Perak

Sepanjang kat Perak, kerie takde la pi mana pun. sekadar duduk di rumah kakak kerie je. pastu mase otw pulang ke Terengganu, kitorang ikut jalan cameron highland, Gua Musang n Kuala Krai. Perjalanan yang panjang yang penuh kesesatan dan kelobangan jalan. Habis kete ayah kerie. huhu. sian dia. Alang-alang da lalu cameron highland, ape lagi singgah sebentar mengambik gambar la jawab nye. sambil tu membeli belah produk cameron highland termasuk sayur-sayuran,jem strawberry, bunga daisy untuk mak kerie dan jugak aiskrim strawberry.  yummehh sungguh aiskim malaysia berperisa strawberry tuh.

Gambarajah dibawah menunjukkan kerie ketika di cameron highland

Kerie suka sangat bunga matahari sebab dia comel bangat!!!
Strawberry farm.
Yummehh
Bunga orkid yang cantik
Selepas da bersuka ria kat cameron, kitorang pun menuju ke Gua Musang. Ayah kerie bawak kete macam nak racing F1, sampai berpinor2 mata kerie dan terasa seperti mau muntah segala isi perut termasuk aiskrim strawberry yang kerie baru lahap itu. selepas sampai Gua Musang, kitorang pegi solat dulu kat masjid Gua Musang then pegi mengisi perut yang kelaparan akibat kekosongan tanpa lunch. Selepas Melahap, kitorang pon teruskan perjalanan sampai la jumpa jalan yang penuh kerosakan dan kelobangan. Huhu.. Tapi sebelum jumpa jalan terbabit, kitorang telah berjumpa dengan Gajah dan anak gajah di Elephant sanctuary. Comel tol anak gajah terbabit, sungguh mesra minta kerie pegang belalainye. suke.... tapi malangnye tak pat amik gambar sebab hp kerie da batery nye mati, hp ayah kerie plak tertinggal lam kete, malas nk patah balik pegi amik. maklum la masing-masing memang pemalas.

sewaktu singgah di Masjid Gua Musang untuk bersolat.
Setelah bersusah payah dalam perjalanan yang bermacam dugaan, akhirnya sampai jugak kitorang tapi, sikit je lagi nak sampai umah, kete plak abis minyak akibat tersesat di highway pantai timur yang baru tu. hoi hoi.. amat la menduga kan kesabaran. huhu.. sib baik ada pakcik yang baik hati membantu setelah kerie menahan ibarat menahan teksi di tepi jalan. ayah kerie telah di tawarkan pertolongan cemas oleh pakcik terbabit. alhamdulillah.. akhirnya sampai jugak rumah dan bermula lah sesi menggomoi kucing. Hehe..

K lah, demikian sahaja cerita kedai kopi kerie. mau pegi mandi dan makan. Busuk kohong da bau badan ni (sila tutop idung sume!)  bai.. assalamualaikum.