Assalamualaikum...
Hai.
Hari ni hari bapa, dan hari ni jugak isra; mi'raj. Salam isra' mi'raj untuk semua umat Islam. Hari ni hari peringatan untuk kita semua tentang satu peristiwa penting dalam seerah nabi. Ya Allah.. betapa banyak nya pengajaran dari kisah-kisah nabi yang Allah pelihara dan sampai kepada kita umat Muhammad walaupun baginda telah wafat berkurun lamanya. Tapi kita masih lalai, leka dan alpa. termasuk kerie. Astaghfirullahalazim.. ya Allah ampun kan lah aku.. :'( Kisah perjalanan nabi pada malam isra' mi'raj wajiblah disampaikan kepada generasi muda dan anak-anak kita supaya mereka menjadi orang yang berilmu dan berpengetahuan tentang sejarah nabi Muhamad s.a.w.
Sempena hari bapa ni kerie nak amik kesempatan untuk wish happy father's day to baba kerie. Thanks to him for being a great father to us. Semoga Allah merahmati baba dan dikurniakan kesejahteraan yang berpanjangan, umur yang panjang supaya dia dapat berjumpa dengan bakal suami kerie dan anak-anak kerie di masa hadapan. InsyaAllah. Amin.
Ade satu cite, mase kecik.. kerie paling suke bila kerie pegi jenjalan dengan ayah kerie pastu tertido lam kete. Bila dah sampai umah, baba dukungkan bawak masuk. Kadang-kadang tu kerie tak tido pun. bila dah dekat dengan umah, buat-buat tido semata-mata nak suh baba kerie angkat kan kerie bawak masuk. Ngade betol... da besar panjang mase tu, bukan baby lagi. Nak jugak kene dokong. hei. Tu lah salah satu kenangan manis kerie mase kecik dengan ayah kerie. Hmm.. skang ni umur dah lanjut. ayah kite plak makin lama makin tua. Bila-bila masa je kita akan dijemput Allah S.W.T. jadi selagi kita boleh berbakti pada dia, kita buat lah sedaya upaya kita. Jangan berkira sangat dengan parents kite sebab diorang dah banyak berjasa pada kita. Satu-satunya yang tiada peganti dalam hidup kita ialah ibu bapa kita. Jadi hargai lah mereka selagi mereka masih hidup di dunia. Bila diorang dah takde jangan putus doa untuk diorang dan jadi la anak soleh dan solehah supaya kita dapat menyumbangkan kebahagiaan untuk diorang di dunia dan akhirat. InsyaAllah
Gambar kenangan di hari raya tahun lepas dengan baba n ummi. :) |
Bai.. assalamualaikum
1 comment:
slmt hari bapa baba..hehe :)
Post a Comment