My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Monday, June 18, 2012

Ape kerie buat kat SME@UIAM program?

Assalamualaikum

Hai

Hoi.. gagah sungguh kerie menaip entri tengah-tengah malam buta macam ni.  Tapi kan, tengok lah..taip nye malam ni, postnya malam tulat nanti. hahaha. terbengkalai di sekerat jalan selalunya entry kerie ni. Kalau rasa cam story da jadi pekasam. kerie delete je. Memang tak post. Hahaha. Macam tu lah kehidupan seharian kerie di dalam dunia blog. Bukan ape, leceh la kadang-kadang especially bila entry yang nak letak gambar. Maklum lah kerie ni kan pemalas ala ala nobita, kalau ade doraemon betol-betol lam dunia ni, dah lama dah kerie jadi sebijik cam nobita... hee... tak lah.. sebenarnye kerie bukan pemalas.. cuma kadang-kadang kerie jadi kurang proaktif (alasan je tu) dalam mengepost entry di blog terchenta ni. 

Cite kerie pada kali ni adalah berbentuk ilmiah sedikit. Tetapi bukan entry yang ilmiah. Program yang kerie nak cite lam entry ni yang berbentuk ilmiah..Nak tau program ape? program SME@UIAM selama 2 bulan pada setiap weekend. Kerie join sebagai Research Assistant.. tapi tipu. Kitorang bukan research assistant. Kitorang ni da jadi cam staff sebab sepanjang program tu kitorang kene handle banyak benda. Bukan sekadar assist participant je. Tapi takpe lah. Kitorang tak kesah pon sebab kerja yang diberi pon takde lah berat ibarat membanting tulang seperti seorang buruh binaan. tak...

Basically kerie punye tugas lam program ni ialah membantu CEO-CEO Kompeni dalam industry kecil dan medium yang mengikuti program ni. Mereka ni akan dapat sijil dan sijil ni boleh membantu kompeni mereka untuk menjadi pendaya saing yang cemerlang di kalangan syarikat2 yang wujud kat Malaysia ni. Untuk mendapatkan sijil berkenaan mereka kena join course SME@UIAM ni. Dalam program ni diorang kene buat assignments, kene selalu attend class takleh ponteng, kene participate lam perbincangan dan lain-lain lagi. So kitorang ni sebagai research assistants di tugaskan membantu mereka dalam hal pembelajaran dan lain-lain. Oleh itu, kitorang diwajibkan mendengar ceramah dan mengikuti aktiviti mereka sepanjang program. Maklumlah.. nanti kalau diorang nak mintak kitorang tolong carikan materials ke ape. Kitorang yang kene buat. Kalau taktau hujung pangkal citer, macam mane nak buatkan kan? Bagi kerie menyertai program ni adalah satu pengalaman yang baru dan kerie telah dapat banyak ilmu yang baru yang sememangnya lain dengan bidang kerie sekarang ni. Alhamdulillah. Kerie sangat hargai pengalaman ini. :) Yawn~~ terngantuk la pulak. 

Disebabkan da ngantuk, kite proceed to the pictures je lah. Maksud kerie gambar yang kerie sempat tangkap di sekitar program berlangsung.. 

Prof Moha sedang menyampaikan ceramah mengenai business development. 
Gambar ni kerie amik gune web cam.. mase penceremah tengah ceramah..orang lain sibuk dengar ceramah kerie sibuk main amik gambar semate-mate sebab nak tepek kat dalam blog nih.
Dengan kak siti zakirah yang skang ni sedang aktif berblog.

Ni semua participants yang sedang khusyuk berkerja dalam kumpulan. Bagus betul.
Ok lah.. demikian saje cerita kerie pasal SME@UIAM untuk minggu ni. Nanti next week kerie update lagi sebab setiap minggu kerie attend program ni sampai 18 july nanti. :D Ok bai... Assalamualaikum.

2 comments:

Liza Razak said...

wahh..aktif jugak sis ni yer

alang said...

saya curious, Prof. Moha yang bercerita pasal business development tu..ermm..pernah ke jadi business development executive and close corporate sales before dia join lecturing at UIA? Saja curious la kan..sebab in business, beza sangat antara teori dan actual reality. Nak2 kalau di Msia nih.
Ni pandangan saya la yg dah buat business 7 tahun ni.