My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Hai

Puh puh puh... wallaweyyyy banyak gile ah habuk lam blog kerie ni. siap spiderman da buat sarang bagai da ni. huhu.. maklumlah lame sangat dah tak berupdate. Busy please try later situasi kerie skang ni. Banyak keje, banyak stress dan sangat sikit masa. Tu lah... bila time banyak masa taknak guna baik-baik. skang banyak komplen plak kan? huhu. ape da...

Ok lah taknak buang mase banyak-banyak meraban lam blog ni. kerie nak cakap kat korang semua-semua ni.. selamat menyambut ramadhan. Jom kita pulun buat ibadat pada bulan yang mulia ni. Ramadhan adalah bulan ibadat, bulan keberkatan dan bulan kegembiraan. Sooo... jangan lepas kan peluang menikmati bulan yang indah ini. Kerie jugak nak ucapkan selamat berpuasa, selamat berbuka puasa dan selamat bersolat terawikh... :)

K lah kerie rase sampai sini je penulisan kerie hari ni. Ok da bai...Assalamualaikum.

Friday, July 6, 2012

Important Events In My Life

Assalamualaikum

Hai

BeingMe Program n Kerie join catwalk for Muslimah fashion show (30 Jun 2012/Saturday) 

With Ariana, baby sharifah sofea yang sangat omel. Mase ni baru lepas habis fashion show rehearsal
Sangat bersyukur sebab kerie diberi peluang join program ni. Sangat-sangat menyentuh hati dan pengisian dia sangat bagus dan berkesan. Dapat jugak kerie topup ilmu pada hari terbabit. 
Masa lepas registration for BeingMe program.
After make up for fashion show. Tukang make up tu pakai make up jenama farmasi. Katenye jenama ni make up nya di iktiraf halal.. :)
Jumpe kawan-kawan baru yang duduk sebelah kerie mase program berlangsung.


Wardina as the emcee.. ;)
Me with Natasha Hudson before catwalk. Huhu. Mase ni tengah nervous gile, mase mula-mula kelua, rasa cam lembik lutut.. bila masuk baju kali kedua, naik syeikh plak bercatwalk atas stage tu. hahaha.. This may be the first and the last experience for me doing fashion catwalk. At least I do have experience. Alhamdulillah.
With yatt hamzah yang sangat cantik. Suke tengok mata dia. 

The important person behind the successful of the fashion show. Auntie Ani yang sangat baik dan... terima kasih atas peluang yang diberi kepada kerie untuk join being me program. 

Kawan baru lagi...;) 

Liyana Hisham's Bridal Shower Party (7 July 2012/Friday)

Before gerak dari UIA
Ini nama nya creative thinking and problem solving. tak sia-sia amik subjek tu kat uia mase undergrad. Tengok!! da boleh buat party mask sendiri
Pinjam Party Mask ruby.. weee...
Finaz Yunus n Shabana (dua-dua ni model muslimah yang meletopssss)
Delicious cake for bride to be. Made by Ruby. Yumehhh
The bride to be... so lovely. sayang kamu!!!


With the bride to be yang santik!!! 
Candid Finaz n shabana. 

With shabana 
Bride to be sedang berdangdut... hahaha.. :) 
Dah habis da...

The End. Bai. Assalamualaikum

Monday, July 2, 2012

Mengikut Liyana Hisham host safiyya tv 9 mengedar makanan dan minuman untuk golongan geladangan

Assalamualaikum

Hai

wahhh... sangat busy yer kerie minggu ni. Macam-macam program, macam-macam kerja kene buat. Kena pulun tahap mandi pun kene postponed dari pagi sampai ke petang.. pukul 5 petang baru mampu menjejak kaki ke bilik air kerana sibuk berkarya dalam bentuk research. Huk huk huk...

Busy- busy kerie pun, kerie telah pergi menumpang tinggal di rumah kawan baik kerie bernama Liyana Hisham. Kerie selalu cite pasal dia kan? chup... bukan sebab menumpang fames beliau sebagai artis. Tidak sama sekali. Cuma Liyana Hisham ni memang boleh di consider sebagai kawan kegemaran kerie. hehe. Kerie tidur rumah liyana selama 3 hari dan disebabkan itu kerie telah menyibuk mengikut beliau pegi shooting untuk rancangan safiyya yang beliau acarakan.. Kerie ikut pun bukan sebab ape, sebab aktiviti semasa shooting tu macam best dan berkaitan dengan bidang kerie iaitu Psychology.

Pada hari shooting terbabit iaitu hari rabu malam khamis yang lepas, kerie, liyana hisham, producer n camera man tv 9 join pertubuhan reach out untuk mengedar makan kepada golongan geladangan di sekitar Kuala Lumpur. Memang best dapat join aktiviti macam ni sebab dapat belajar banyak benda n bagi pengalaman yang baru buat kerie. Selain mengedar makanan, Liyana Hisham telah menemu ramah director pertubuhan reach out tu sendiri mengenai aktiviti-aktiviti sukarelawan yang diorang sering jalankan. Menarik kan? social work memang best sebab dapat memberi pengajaran kepada kita tentang kehidupan..ececeh... ayat macam terlampau ilmiah la plak kan.. heee...

Kerie pun sempat interview beberapa orang geladangan sebab kalau boleh nak faham lagi mengenai kehidupan mereka yang dhaif tanpa tempat perlindungan atau tempat tinggal ni. Sedihnya bila tengok. Kat Malaysia ni masih ramai lagi orang-orang yang tidak mampu memenuhi basic needs dan ramai jugak mereka yang hidup bermewah-mewah sampai rezeki yang ada dibazir-bazirkan sesuka hati. Rezeki tu kan milik Allah. Tak usah nak pertikai kan kemiskinan orang sebab malas ke sebab ape ke... ape salahnya kita membantu. Tak semestinya membantu dengan menghulurkan bantuan berbentuk duit dan harta. Tapi banyak lagi bantuan yang boleh diberikan. Contohnya menyampaikan ilmu-ilmu supaya dapat memberi kesedaran kepada mererka. Especially in terms of religion. Diorang ni ramai yang tersasar dari landasan agama. Mereka ni pun ramai yang tidak mengenal apa itu Islam. So.. para da'ie.. ape lagi. Jalankan tugas anda. kerie sebenranya tak faham, kenapa masih ada rakyat malaysia yang perasan dan berani mengaku yang negara kita ni dah cukup selesa. Buka lah mata, buka lah hati dan minda... lihat di sekeliling.. jangan terlalu cepat berpuas hati wahai rakyat Malaysia...

Kerie n liyana hisham sebelum keluar pegi shooting..

Cantikkan beliau? sememangnya kerie selalu mengangumi dengan ciptaan Allah yang sorang ni. sweet, baik dan cantik.. untunglah bakal suami beliau. 

Liyana Hisham ketika berbincang dengan ketua pertubuhan reach out malaysia.

Ini adalah di antara geladangan yang sedang beratur untuk mengambil makanan. Ni kat masjid india. Biasanya golongan geladangan ni akan muncul pada lewat-lewat malam, pada ketika orang lain semua dah balik dari berniaga.  diorang selalu tidur kat depan kedai-kedai di masjid india, di luar kawasan masjid negara dan juga di bawah jambatan sekitar kuala lumpur.

Makanan dan air yang diedarkan..Nasi lemak ayam, mineral water dan juga buah oren.

Liyana Hisham sedang interview ketua pertubuhan reach out untuk rancangan safiyya

Golongan geladangan yang sedang beratur.

Me, kak fiza ketua pertubuhan reach out dan juga liyana hisham host safiyya tv 9.

Kalau sesiapa berminat nak jadi sukarelawan reach out boleh lah join melalui fb. Reach out ni cuma berhubung secara online dan telefon dengan ahli-ahli mereka. Memang menarik dapat join aktiviti-aktiviti macam ni. Alhamdulillah kerana kerie diberi kesempatan untuk join aktiviti ni walaupun cuma sekali je baru setakat ni. InsyaAllah di masa hadapan kalau diberi peluang kerie nak join jugak. Ok lah sampai di sini cerita kerie. nanti kerie update lagi satu cite ek. next entry. Ni kerie nak pegi solat n selesai kan urusan yang tak selesai lagi. Bai. assalamualaikum

SME @ UIAM: Lawatan ke Noraini's cookies factory

Assalamualaikum

Hai..

Takde idea nak tulis panjang-panjang. kerie tunjuk gambar je lah. Tapi gambar pun tak banyak sebab gambar yang kerie amik gune phone kerie dah terdelete mase proses pemindahan dari phone ke laptop. Jadi, kerie pun terpakse lah kutip gambar daripada orang lain yang join lawatan ni jugak. Lawatan ni telah berlangsung selama setengah hari bermula dari jam 9 pagi sehingga lah jam 2 petang pada tarikh 24 hb 6 2012 bersamaan dengan hari ahad. Lawatan ni disertai oleh participants atau ceo-ceo SME, Staffs EDC IIUM dan research assistants yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar masters uia. 

Secara keseluruhanya, lawatan ni cam menarik lah jugak sebab kiranya ni first time kerie pegi melawat kilang biskut. so dapat pengalaman dan ilmu baru bila dengar owner Noraini's cookies tu bagi ceramah yang sememangnya menaikkan semangat pada mulanya tapi bertukar boring bila dah terlampau lama.. kerie jadi ngantuk. Bila dah ngatuk kerie punye perhatian terhadap ceramah terbabit pun bertukar kepada blackberry sendiri iaitu berbbm dengan yang tersayang. hik hik hik. Lepas dah dengar ceramah, kitorang dapat makan biskut raya percuma dan berjalan-jalan di sekitar kilang yang mempunyai oven yang sangat besar. Kalau nak panggang bus masak ayam massala pun boleh. tak jadi masalah. tapi disebabkan mase tu takde letrik, kerie tak jadi panggang bus. terbantut niat di hati. huhu. dah lepas puas melewati kilang terbabit, kami pun naik bus lalu pulang ke pangkal jalan. demikian itu, berakhirlah episod cinta lawatan kami di kilang noraini's cookies. Da habis cite, boleh tengok gambar. Jom!!! 

Barisan RAs yang cool!!!

Nampak sangat kerie da tak sabar nak bla dari dewan ceramah, orang lain tak bangun lagi, kerie da bangun. memalukan betol. haha

nampak tak kerie yang pakai shawl turqois tu, sibuk duk main bbm. hei...

Suka benor muke dah habis ceramah. yeay.. its makan kuih raya time!!!
Ok da tamat cite kerie. Kerie nak sambung tulis entry seterusnya. Banyak benda yang kerie nak cite lagi. k bai.. assalamualaikum..