My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Monday, July 2, 2012

SME @ UIAM: Lawatan ke Noraini's cookies factory

Assalamualaikum

Hai..

Takde idea nak tulis panjang-panjang. kerie tunjuk gambar je lah. Tapi gambar pun tak banyak sebab gambar yang kerie amik gune phone kerie dah terdelete mase proses pemindahan dari phone ke laptop. Jadi, kerie pun terpakse lah kutip gambar daripada orang lain yang join lawatan ni jugak. Lawatan ni telah berlangsung selama setengah hari bermula dari jam 9 pagi sehingga lah jam 2 petang pada tarikh 24 hb 6 2012 bersamaan dengan hari ahad. Lawatan ni disertai oleh participants atau ceo-ceo SME, Staffs EDC IIUM dan research assistants yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar masters uia. 

Secara keseluruhanya, lawatan ni cam menarik lah jugak sebab kiranya ni first time kerie pegi melawat kilang biskut. so dapat pengalaman dan ilmu baru bila dengar owner Noraini's cookies tu bagi ceramah yang sememangnya menaikkan semangat pada mulanya tapi bertukar boring bila dah terlampau lama.. kerie jadi ngantuk. Bila dah ngatuk kerie punye perhatian terhadap ceramah terbabit pun bertukar kepada blackberry sendiri iaitu berbbm dengan yang tersayang. hik hik hik. Lepas dah dengar ceramah, kitorang dapat makan biskut raya percuma dan berjalan-jalan di sekitar kilang yang mempunyai oven yang sangat besar. Kalau nak panggang bus masak ayam massala pun boleh. tak jadi masalah. tapi disebabkan mase tu takde letrik, kerie tak jadi panggang bus. terbantut niat di hati. huhu. dah lepas puas melewati kilang terbabit, kami pun naik bus lalu pulang ke pangkal jalan. demikian itu, berakhirlah episod cinta lawatan kami di kilang noraini's cookies. Da habis cite, boleh tengok gambar. Jom!!! 

Barisan RAs yang cool!!!

Nampak sangat kerie da tak sabar nak bla dari dewan ceramah, orang lain tak bangun lagi, kerie da bangun. memalukan betol. haha

nampak tak kerie yang pakai shawl turqois tu, sibuk duk main bbm. hei...

Suka benor muke dah habis ceramah. yeay.. its makan kuih raya time!!!
Ok da tamat cite kerie. Kerie nak sambung tulis entry seterusnya. Banyak benda yang kerie nak cite lagi. k bai.. assalamualaikum..

2 comments:

Yuyu Zulaikha said...

hye RA yang cool :p

Paradise Gal said...

dik yuyu comment lah... terharu plak rasenye. hihi