My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Monday, July 2, 2012

Mengikut Liyana Hisham host safiyya tv 9 mengedar makanan dan minuman untuk golongan geladangan

Assalamualaikum

Hai

wahhh... sangat busy yer kerie minggu ni. Macam-macam program, macam-macam kerja kene buat. Kena pulun tahap mandi pun kene postponed dari pagi sampai ke petang.. pukul 5 petang baru mampu menjejak kaki ke bilik air kerana sibuk berkarya dalam bentuk research. Huk huk huk...

Busy- busy kerie pun, kerie telah pergi menumpang tinggal di rumah kawan baik kerie bernama Liyana Hisham. Kerie selalu cite pasal dia kan? chup... bukan sebab menumpang fames beliau sebagai artis. Tidak sama sekali. Cuma Liyana Hisham ni memang boleh di consider sebagai kawan kegemaran kerie. hehe. Kerie tidur rumah liyana selama 3 hari dan disebabkan itu kerie telah menyibuk mengikut beliau pegi shooting untuk rancangan safiyya yang beliau acarakan.. Kerie ikut pun bukan sebab ape, sebab aktiviti semasa shooting tu macam best dan berkaitan dengan bidang kerie iaitu Psychology.

Pada hari shooting terbabit iaitu hari rabu malam khamis yang lepas, kerie, liyana hisham, producer n camera man tv 9 join pertubuhan reach out untuk mengedar makan kepada golongan geladangan di sekitar Kuala Lumpur. Memang best dapat join aktiviti macam ni sebab dapat belajar banyak benda n bagi pengalaman yang baru buat kerie. Selain mengedar makanan, Liyana Hisham telah menemu ramah director pertubuhan reach out tu sendiri mengenai aktiviti-aktiviti sukarelawan yang diorang sering jalankan. Menarik kan? social work memang best sebab dapat memberi pengajaran kepada kita tentang kehidupan..ececeh... ayat macam terlampau ilmiah la plak kan.. heee...

Kerie pun sempat interview beberapa orang geladangan sebab kalau boleh nak faham lagi mengenai kehidupan mereka yang dhaif tanpa tempat perlindungan atau tempat tinggal ni. Sedihnya bila tengok. Kat Malaysia ni masih ramai lagi orang-orang yang tidak mampu memenuhi basic needs dan ramai jugak mereka yang hidup bermewah-mewah sampai rezeki yang ada dibazir-bazirkan sesuka hati. Rezeki tu kan milik Allah. Tak usah nak pertikai kan kemiskinan orang sebab malas ke sebab ape ke... ape salahnya kita membantu. Tak semestinya membantu dengan menghulurkan bantuan berbentuk duit dan harta. Tapi banyak lagi bantuan yang boleh diberikan. Contohnya menyampaikan ilmu-ilmu supaya dapat memberi kesedaran kepada mererka. Especially in terms of religion. Diorang ni ramai yang tersasar dari landasan agama. Mereka ni pun ramai yang tidak mengenal apa itu Islam. So.. para da'ie.. ape lagi. Jalankan tugas anda. kerie sebenranya tak faham, kenapa masih ada rakyat malaysia yang perasan dan berani mengaku yang negara kita ni dah cukup selesa. Buka lah mata, buka lah hati dan minda... lihat di sekeliling.. jangan terlalu cepat berpuas hati wahai rakyat Malaysia...

Kerie n liyana hisham sebelum keluar pegi shooting..

Cantikkan beliau? sememangnya kerie selalu mengangumi dengan ciptaan Allah yang sorang ni. sweet, baik dan cantik.. untunglah bakal suami beliau. 

Liyana Hisham ketika berbincang dengan ketua pertubuhan reach out malaysia.

Ini adalah di antara geladangan yang sedang beratur untuk mengambil makanan. Ni kat masjid india. Biasanya golongan geladangan ni akan muncul pada lewat-lewat malam, pada ketika orang lain semua dah balik dari berniaga.  diorang selalu tidur kat depan kedai-kedai di masjid india, di luar kawasan masjid negara dan juga di bawah jambatan sekitar kuala lumpur.

Makanan dan air yang diedarkan..Nasi lemak ayam, mineral water dan juga buah oren.

Liyana Hisham sedang interview ketua pertubuhan reach out untuk rancangan safiyya

Golongan geladangan yang sedang beratur.

Me, kak fiza ketua pertubuhan reach out dan juga liyana hisham host safiyya tv 9.

Kalau sesiapa berminat nak jadi sukarelawan reach out boleh lah join melalui fb. Reach out ni cuma berhubung secara online dan telefon dengan ahli-ahli mereka. Memang menarik dapat join aktiviti-aktiviti macam ni. Alhamdulillah kerana kerie diberi kesempatan untuk join aktiviti ni walaupun cuma sekali je baru setakat ni. InsyaAllah di masa hadapan kalau diberi peluang kerie nak join jugak. Ok lah sampai di sini cerita kerie. nanti kerie update lagi satu cite ek. next entry. Ni kerie nak pegi solat n selesai kan urusan yang tak selesai lagi. Bai. assalamualaikum

1 comment:

Anonymous said...

amalan yang sangat mulia :)