Assalamualaikum
Hai...
Hari ni mood kerie tak bape nak ok sebab pagi-pagi da dapat berita sedih dan memilukan hati. terpaksa lah menjeruk kan duka di hati sebab perkara sedih yang terjadi tu tak dapat diundur lagi. Bila sesuatu berkaitan dengan penyesalan terjadi, selalunya yang terbaik ialah penyesalan itu terjadi terdahulu sebelum kemudian. Bak kata pepatah, sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Maka, terpakse la ditelan kepahitan yang mengguris hati tu. Kerie tau kedukaan yang kerie hadapi itu adalah teguran dari Allah. Ia adalah penghapus bagi dosa-dosa kerie. Yelah, sedar tak sedar, mulut terlepas kata, terngumpat, tergosip, tangan mungkin terambil hak orang lain, hati mungkin berprasangka buruk terhadap orang lain. Ya.. fitrah, lumrah seorang manusia, melakukan dosa sehingga ditegur Sang Pencipta kerana kasih sayang Nya terhadap hambaNya. Allah tidak pernah menzalimi kita, yang berbuat zalim adalah diri kita sendiri. Kita buat salah, dosa, ditimpa la satu musibah sebagai satu teguran untuk membangkitkan kesedaran dan pengajaran dalam diri kita. Ada ke manusia dalam dunia ni boleh mengaku diri sendiri perfect tanpa melakukan sebarang dosa? kerie rasa takde.. maka, kita wajib bertaubat setiap masa kerana kita mudah lalai dan leka, melaku perbuatan tanpa memikir kan kesudahan yang bakal dihadapi. Kerie banyak belajar hari ni. Kerie berharap dengan pengajaran dan dugaan yang kerie terima pada hari ni, kerie dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik dan istiqamah di masa akan datang.. Insha Allah. :) Sampai di sini saja penulisan kerie, Assalamualaikum.
1 comment:
teguran tu kadang-kala disampaikan menerusi orang lain, tapi dari Allah. sebagai peringatan utk kita :)
Post a Comment