My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Wednesday, October 31, 2012

Kerinduan pada keluarga

Assalamualaikum

Hai...

Hari ni takde la kerie nak meraban ape sangat. Da lame kan kerie tak update blog? Mase raya haji ritu kerie balik kampung, memang la tak sempat nak update. Bile kat rumah, tumpuan sepenuhnya harus diberi. hihuha.  skang ni kerie bekesempatan la skit untuk menaip sedikit sebanyak. kerie nak cite, kerie salu mimpi macam kerie nak sangat balik kat zaman mse kerie kecik-kecik. Semua ahli keluarga kerie ade, setiap hari spend mase dgn diorang.. best sgt. skang ni, adik badik kerie ade yang dah duk sendiri-sendiri. yang belajar kat university pun, balik kejap-kejap je sebab tuntutan tanggungjawab. Yang da kawen kene ikut suami. gilir-gilir balik kampung n skang ni pon dia duk kat perak. Jauh... :(  takleh jumpe selalu. Kerie sangat menghargai masa apabila semua ahli keluarga kerie ade, berkumpul semua reramai. walaupun kadang kala boleh mencetuskan pergaduhan atau havoc, tapi itu lah kenangan terindah. hmm.. rindu nya suasana pagi raya bila semua ahli keluarga berkumpul. tapi skang dah takleh sangat nak jadi camtu sebab masing-masing da besar dan da ade tanggungjawab lain. rase macam masa bersama keluarga dengan baba n ummi da semakin suntuk. :'( 

Hopefully nanti bila kakak sy bersalin n berpantang kat terengganu, kitorang semua balik n berkumpul balik macam dulu-dulu. :D

Btw raya hari tu kerie asik main photoshoot kucing-kucing kerie, masak memasak dan membuat kek. kerie telah berjaya membuat kek red velvet untuk pertama kalinya. Kata mereka sedap. maksud kerie adik badik kerie telah mengatakn sedap bukan kepalang. haha. boleh la improve sikit-sikit lagi kemudian bukak bakery (oke over gile berangan.. :p) 

Bawah ni kerie nak show off kek yang kerie buat masa raya haji hari tu. jangan meleleh air liur plak. ;p

Segala puji bagi Allah, dengan izinya berjaya kerie buat kek red velvet ni n hidangkan pada keluarga kerie.

Yang paling best adik badik n parents kerie suka. kek red velvet with cheese cream frosting and peach slices. 
Dah dah... basah key board laptop tu. sedut balik air liur jangan nak meleleh sangat lah. hehe.. k lah thanks for reading. bai Assalamualaikum.

Friday, October 19, 2012

Matang seiring usia

Assalamualaikum

Hai...

Selamat pagi sabtu semua. What a peaceful morning... wahh!! so blessed with the nikmat given by Allah. Alhamdulillah. Kerie baru je lepas tibai nasi lemak sebungkus dengan nescafe O. memang kaw kaw la sedap. sebenarnye dah ngantuk balik but takleh tido lagi sebab nanti gemuk. tunggu dulu, sambil-sambil tu update blog.

Kerie takde la nak cite ape sangat, tapi kerie nak meluahkan pendapat mengenai satu isu yang kerie anggap penting bagi setiap individu yang bergelar Muslim. Isu ni mengenai peningkatan usia seiring dengan perubahan dalam diri yang menampakkan diri kita semakin matang dan prestasi iman kita semakin meningkat. Kerie sedar, peningkatan usia memang betul-betul mematangkan diri kerie. Cara kerie berfikir dah lain, kesukaan kerie pun ada yang dah berubah. Kerie lebih suka membaca buku-buku ilmiah berbanding dengan majalah kecantikan, fesyen dan hiburan. Kerie suka mencabar minda kerie untuk berfikir dengan cara mempersoalkan pelbagai persoalan dan berusaha untuk mencari jawapanya. Secara luaran, kerie masih sukakan fesyen tapi berlainan citarasa berbanding dengan yang dulu. Walaupun kerie masih belum sempurna dalam mejaga aurat, tapi kerie dah tak sambil lewa dan pandang remeh tentang aurat yang dulu kerie tak bape nak kisah. hmm... alhamdulillah sebab Allah membuka minda dan hati kerie untuk membuat perubahan seiring dengan usia kerie.

Isu nya kat sini bukan kerie nak canangkan perubahan positif yang berlaku pada diri sendiri. Bukan. Tidak sama sekali. Tapi kerie nak citer pasal kepelikan yang kerie nampak wujud pada diri sesetengah orang yang kerie nampak masih di takuk yang sama. Umur dah makin meningkat, tapi topik perbualan dan cara membawa diri masih sama seperti 10 tahun yang lepas. Kalau dah memang baik dari dulu lagi takpe. Tapi ini nak kata baik, takde lah baik. Liar lagi ada lah.. Walaupun da masuk alam pekerjaan, mereka masih sama lagi dengan gaya dan cara mase diorang masih di awal usia dua puluhan. Malah ade yang bertambah teruk. Kenapa tidak berlaku sebarang perubahan dalam diri mereka? Mereka yang taknak berubah atau memang perkembangan mereka terbantut secara semulajadi? 

Umur makin meningkat, seharusnya diri kita sedar bahawa kita semakin dekat untuk bertemu dengan Pemilik mutlak kita. Sepatutnya kita mula berubah. Ubah cara berfikir, ubah cara kita percayakan sesuatu. Takkan masih nak sama je. hmmm... tulah kan. bila Allah dah berikan hidayah, tapi ditolak mentah-mentah, dipilihnya yang salah, maka macam ni lah jadinya. Mungkin diorang lebih suka nikmat dan syurga dunia yang sementara berbanding syurga yang kekal selama-lamanya. mungkin diorang fikir hukuman Allah itu mampu mereka tanggung sebab ia sama seperti kesusahan yang mereka hadapi di dunia ini? tidak sama sekali. ia berganda, segala-galanya berganda apabila kita di sana. Kebahagiaan berganda dan kesengsaraan juga berganda. Bagi mereka yang sanggup bekorban di dunia demi agama Allah, sudah tentu mereka mendapat gandaan nikmat namun bagi mereka yang tidak pernah ambil peduli, sudah tentu gandaan sengsara mereka terima di akhirat kelak. Janji Allah itu pasti. Jangan pernah meragui. Jadi seharusnya kita jangan berhenti berdoa supaya dijauhkan menjadi golongan yang rugi yang akan menerima gandaan sengsara di akhirat kelak. 

Firman Allah dalam surah Al-Hajj, ayat 46

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, dan telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati di dalam dada"

Apabila hati dikotori dengan titik-titik noda yang hitam pekat, maka ia tidak mampu melihat lagi dan kemungkinan boleh buta selamanya. Oleh itu, sebelum kita melakukan kejahatan, sebelum kita putuskan untuk mengikut kebenaran atau kebatilan, pandang dan lihat lah pada kekuasaan Allah supaya kita tidak tersalah langkah tergolong dalam kalangan orang yang buta hatinya dan sentiasa berada dalam kerugian. 

Semoga kita semua dikurniakan ketetapan hati dalam beriman dan bertakwa kepada Allah. Dan kita dikurniakan hidayah beterusan dan dilindungi dari tergolong dlm kalangan orang yang buta hatinya, pekak telinganya dalam mendengar kebenaran dan lumpuh lidahnya dalam menyampaikan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap yang terlindung dan terdedah.. maka tidak perlu berpura-pura sukakan kebaikan di hadapan manusia lain kerana sekiranya hati memang dari awal tidak suka dan redha kepada kebaikan ia akan selamanya mati dan akan terlihat juga secara luaran satu hari nanti. Biasanya terlihat apabila diri seseorang itu tidak berubah dan masih berada dalam keadaan sama atau semakin buruk walaupun usia sudah meningkat menghampiri kematian! Wallahualam. Sebelum kerie akhiri penulisan kerie, mari lah sama-sama kita berselawat mengagungkan nabi Muhammad, rasul utusan Allah.  Sesungguhnya baginda ialah kekasih Allah. Mencintai orang yang dicintai Allah mampu mendekatkan diri kita kepadaNya. sampai di sini, sekian.. assalamualaikum.. babai. 

Monday, October 15, 2012

Muslimah dan berhias.

Assalamualaikum,

Hai.. Kerie nak update satu cite. tapi takde la penting sangat pon ape yang kerie nak update ni. benda ni berkaitan dengan hidup dan pendapat kerie je. takde la berkait rapat sangat dengan kehidupan orang lain. Kerie nak cite pasal Muslimah.. Muslimah memang dah jadi topik kontroversi la skang ni kan... semua orang nak sentuh cite pasal muslimah. Ade yang kutuk, ade yang sindir, ada yang puji, ada yang bodek dan tak kurang juga ada yang bagi nasihat secara ikhlaaassss lagi terpuji...

Kalau cakap pasal muslimah, mesti sume orang ingat nak cakap pasal aurat kan? atau pasal tudung, atau pasal letak gambar kat fb atau pasal pasal pasal... tak pasal pasal je.. huahahaha. :P oke lah, tak kesah lah Muslimah ke tak kan... semua pompuan berkongsi satu kesukaan iaitu suka kan keindahan, kecantikan dan suka melawa atau berhias. Kerie ada terbaca ada satu pendapat yang mengatakan Muslimah ni takleh nak melawa, atau memakai sesuatu tu untuk tujuan melawa. Derrr... saya rasa kan saya tak setuju sangat la dengan pendapat dan pandangan sebegini. Disebabkan pendapat ni lah Muslimah yang baik-baik, jarang berdandan dan berhias, sudahnya sampai dah kahwin tak dipraktik kan. memang lah suami yang baik takkan  kesah kalau isteri dia dalam keadaan comot sekali pun, tapi kan apa salahnya kalau kita gandakan pahala dengan menyejuk kan pandangan suami kita. berhias depan dia bagi nampak cantik skit.

Ok2.. mesti ade orang yang da panas dengan pendapat kerie kan? hmm. maksud berhias di sini ialah, nampak cantik dengan cara bersederhana, maknanya nampak pleasant to others. takde la serabai, dengan muka pucat, dengan bau kepam masam hangit bacin segala bagai. Letak sikit wangian tak salah, tapi jangan sampai lalu sebelah orang pun boleh bau. Kita muslimat ni, bila jumpe sesame sendiri sudah tentu akan salam laga-laga pipi, skali terbau kawan kita bau masam bacin, da tentu kite terkutuk dalam hati. dah mengundang dosa kan?  berhias kerana Allah pun boleh. Habis tu takkan perempuan Islam nak nampak selekeh, hodoh dan tidak bersih. Itu bukan imej yang Islam inginkan. Menutup aurat denga sempurna tidak bermaksud kita tidak boleh berhias. Berhias dengan kadar sederhana. Jangan sampai kawan perempuan kite sendiri pun tak sudi nak pandang. kecantikan dan kesihatan fizikal wajib kita jaga sebagai tanda syukur kita pada Allah SWT.

Kerie memang suka berfesyen, kerie suka nampak lain dari yang lain. tapi tak bermaksud kerie nak semua Muslimah jadi macam kerie. Tak!! kerie tau kerie pun tak sempurna. Banyak yang harus diperbaiki, tapi kerie harap, para Muslimah bercantik-cantik lah kerana Allah. Bawa lah imej tersendiri, walaupun sempoi tapi dengan gaya yang menyedapkan pandangan. Kesihatan dan kebersihan wajib lah dijaga. Tak perlu jadi fashionista pon nak cantik.. berhias secara sederhana jangan sampai merubah kejadian Allah. Kerie percaya Islam tak pernah melarang wanita untuk kelihatan cantik. lagi satu, rendahkan hati, elakkan riak. semua yang ada pada kita dan pada orang lain adalah milik Allah. tak perlu kita bermegah-megah dengan apa yang kita pinjam. lainlah kalau memang mutlak hak kita.

Sampai sini saja tulisan kerie. bai.. Assalamualaikum.

Sunday, October 14, 2012

Masa senggang di kala thesis dalam proses penyemakan oleh supervisor

Assalamualaikum

Hai... 

Kerie nak cite sikit ni. wahhh.. hari ni kerie ade mase senggang yang begitu aman, tidak merunsing kan kepala sebab kerie da siapkan satu ketul thesis gedebukkk bagi kat supervisor kerie. Tapi tapi tapi akan tetapi kerie akan berhadapan dengan bahaya yang bakal menimpa pada selasa ni sebab supervisor kerie akan bagi feedback. huhu takut gile. semoga kerie akn bersemangat untuk membuat pembetulan nanti. Jangan duk tangguh tangguh sudah. Time kerie kat uia ni da nak expired.. so kene fast and furious da skang ni. Kalau tak semuanya akan jadi musnah dan sia-sia belaka. Rabbi yassir walla tuassir.. semoga urusan kerie dipermudahkan... amin ya rabb..

Lepas kerie menghantar thesis kerie kat supervisor, kerie terserempak dengan kawan-kawan sealiran kerie, yang amik sama course dengan kerie dan pernah sekelas skali dengan mereka. disebabkan pada waktu tu tengah hujan n kerie takleh balik lagi sebab takde payung, maka kerie pon lepak dengan diorang makan-makan kat hs cafe. Lagi pun da lame tak jumpe n da lama tak makan kat hs cafe tu. Dulu mase zaman undergrad, hs cafe tu la jadi saksi segala-galanya, haha.. situ lah tempat lepak dengan kengkawan, tempat gosip, tempat cuci mata dan juga tempat bedating. sokmo bukak puasa kat sane dulu. Namun selepas kerie menjadi semakin senior dan matang, kerie rase hs cafe bukan lagi tempat yang menarik untuk makan. Pilihan kerie dan geng-geng kerie telah bertukar sama ade ke mama mia, ainul bakery atau mum's kitchen. maklum lah.. hs cafe tu da dipenuhi dengan remaja muda mudi sehingga begitu sesak jadinya. Lagi pun kerie da takde hati nak cuci mate, maklumnya yang kacak-kacak kat sane biasanya anak-anak ikan yang baru nak belajar meneroka lautan luas. Tak sesuwei dengan taste I.


Muka tak tido semalaman

With fanny rizkiyani made from Indonesia. ni lah hs cafe. tempat lepak kegemaran budak hs. I mean yg junior2 je la. yang otai2 da pandai cari port lain :p 

With kak ella, made in Acheh. sweet kan? da anak 3 da ni. 

ok lah, sampai sini saje penulisan kerie. Doakan semoga thesis kerie tak banyak nak kena buat pembetulan. boleh lah kerie grad cepat-cepat. hehe. ok.. bai. Assalamualaikum..


P/s: jumlah muke surat thesis kerie, 78 pages.. (perluke bagitau?)

Tuesday, October 2, 2012

Selami Jiwa (Musim kedua) _Astro Oasis

Assalamualaikum

Hai

Wah.. tengok! kerie sanggup berjaga tengah-tengah malam semate-mate nak update blog. kalau tak berjage nampak gaya nya memang tak berudate la blog ni. Bukan ape, siang kerie sibuk dengan urusan lain. Maklum lah orang da tak sabar nak grad. Kene keje keras la sikit kan. Bukan ape da 2013 da tahun depan, umur kerie pon bukanye makin muda. takkan nak buang mase duk tulis thesis bertahun-tahun tapi last-last tak grad. Nauzubillah. hopefully berjalan lancar semua nya. Amin... 

Kali ni kerie nak cite pasal hari tu kerie ada mengikuti rombongan student uia ke studio finas  sebagai penonton untuk rancangan selami jiwa musim kedua episod satu dan dua (baca tanpa titik please...)  rancangan ni bakal ditayangkan di astro oasis. Best ape rancangan ni sebab dia punye host ialah Dato' dr 
Fadzilah Kamsah yang sememangnya famous dan diminati ramai tu. Kerie pon minat beliau. Nanti korang tengok la rancangan  tu, boleh dapat ilmu sebab topik dan kisah yang dibincangkan memang menarik belaka.

Alang-alang da pegi rombongan, wajib la kite amik gambar sampai da tak muat memory telipon kan.. haha. mase kecik kite ikut rombongan lawatan ke zoo pon da bedesing-desing bunyi flash amik gambar apetah lagi mase zaman tua-tua camni. Zaman kegemilangan la katekan. haha... ok, jom kite tgok gambar kerie di sekitar hari kejadian n pastu kite semua boleh tido, oke? 

Dalam bus semasa rombongan. Yang sebelah tu saudara kembar kerie. :P

Ini lah rupa stage mase rakaman rancangan selami jiwa di jalankan ni untuk episod satu dan dua.

Kerie dapat hadiah tajaan one drop perfume sebab tanya soalan kepada ahli panel. hihi.. 

Wajib lah amik gambar kenang-kenangan, ingat senang ke nak jumpa. :P

Dato' Dr Fadzilah Kamsah ketika dibantu oleh krew untuk membetulkan mikrofonya

Ini di antara tetamu jemputan yang dijemput untuk episod ke dua untuk membincangkan topik "apa dosa kami" iaitu bekisarkan tentang isu penderaan dan permedagangan kanak-kanak. Best wooo topik ni. kerie sebak n bergenang air mata dengar tetamu jemputan ni bercerita. Ye lah.. bila berkaitan dengan hal ehwal kanak-kanak ni, hati jadi mudah tersentuh.

Ha... amacam? best kan pegi rakaman rancangan tv.. boleh menyibuk masuk tv skali. :P sape2 nak pegi, boleh je pegi kat studio finas sebab ia percuma! so boleh tanya soalan kat tetamu jemputan cam kerie buat, pastu dapat hadiah. tak silap kerie minggu ni ade lagi, hari rabu n khamis (Malam). Kerie takleh pegi dah sebab ade banyak keje lain nak disetel kan minggu ni. K lah.. sampai di sini saje cerita kerie. da rasa cam ngantuk plak. Kerie tdo dulu. Bai.. Nite. Assalamualaikum.