Assalamualaikum
Hai...
Selamat pagi sabtu semua. What a peaceful morning... wahh!! so blessed with the nikmat given by Allah. Alhamdulillah. Kerie baru je lepas tibai nasi lemak sebungkus dengan nescafe O. memang kaw kaw la sedap. sebenarnye dah ngantuk balik but takleh tido lagi sebab nanti gemuk. tunggu dulu, sambil-sambil tu update blog.
Kerie takde la nak cite ape sangat, tapi kerie nak meluahkan pendapat mengenai satu isu yang kerie anggap penting bagi setiap individu yang bergelar Muslim. Isu ni mengenai peningkatan usia seiring dengan perubahan dalam diri yang menampakkan diri kita semakin matang dan prestasi iman kita semakin meningkat. Kerie sedar, peningkatan usia memang betul-betul mematangkan diri kerie. Cara kerie berfikir dah lain, kesukaan kerie pun ada yang dah berubah. Kerie lebih suka membaca buku-buku ilmiah berbanding dengan majalah kecantikan, fesyen dan hiburan. Kerie suka mencabar minda kerie untuk berfikir dengan cara mempersoalkan pelbagai persoalan dan berusaha untuk mencari jawapanya. Secara luaran, kerie masih sukakan fesyen tapi berlainan citarasa berbanding dengan yang dulu. Walaupun kerie masih belum sempurna dalam mejaga aurat, tapi kerie dah tak sambil lewa dan pandang remeh tentang aurat yang dulu kerie tak bape nak kisah. hmm... alhamdulillah sebab Allah membuka minda dan hati kerie untuk membuat perubahan seiring dengan usia kerie.
Isu nya kat sini bukan kerie nak canangkan perubahan positif yang berlaku pada diri sendiri. Bukan. Tidak sama sekali. Tapi kerie nak citer pasal kepelikan yang kerie nampak wujud pada diri sesetengah orang yang kerie nampak masih di takuk yang sama. Umur dah makin meningkat, tapi topik perbualan dan cara membawa diri masih sama seperti 10 tahun yang lepas. Kalau dah memang baik dari dulu lagi takpe. Tapi ini nak kata baik, takde lah baik. Liar lagi ada lah.. Walaupun da masuk alam pekerjaan, mereka masih sama lagi dengan gaya dan cara mase diorang masih di awal usia dua puluhan. Malah ade yang bertambah teruk. Kenapa tidak berlaku sebarang perubahan dalam diri mereka? Mereka yang taknak berubah atau memang perkembangan mereka terbantut secara semulajadi?
Umur makin meningkat, seharusnya diri kita sedar bahawa kita semakin dekat untuk bertemu dengan Pemilik mutlak kita. Sepatutnya kita mula berubah. Ubah cara berfikir, ubah cara kita percayakan sesuatu. Takkan masih nak sama je. hmmm... tulah kan. bila Allah dah berikan hidayah, tapi ditolak mentah-mentah, dipilihnya yang salah, maka macam ni lah jadinya. Mungkin diorang lebih suka nikmat dan syurga dunia yang sementara berbanding syurga yang kekal selama-lamanya. mungkin diorang fikir hukuman Allah itu mampu mereka tanggung sebab ia sama seperti kesusahan yang mereka hadapi di dunia ini? tidak sama sekali. ia berganda, segala-galanya berganda apabila kita di sana. Kebahagiaan berganda dan kesengsaraan juga berganda. Bagi mereka yang sanggup bekorban di dunia demi agama Allah, sudah tentu mereka mendapat gandaan nikmat namun bagi mereka yang tidak pernah ambil peduli, sudah tentu gandaan sengsara mereka terima di akhirat kelak. Janji Allah itu pasti. Jangan pernah meragui. Jadi seharusnya kita jangan berhenti berdoa supaya dijauhkan menjadi golongan yang rugi yang akan menerima gandaan sengsara di akhirat kelak.
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, dan telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati di dalam dada"
Apabila hati dikotori dengan titik-titik noda yang hitam pekat, maka ia tidak mampu melihat lagi dan kemungkinan boleh buta selamanya. Oleh itu, sebelum kita melakukan kejahatan, sebelum kita putuskan untuk mengikut kebenaran atau kebatilan, pandang dan lihat lah pada kekuasaan Allah supaya kita tidak tersalah langkah tergolong dalam kalangan orang yang buta hatinya dan sentiasa berada dalam kerugian.
Semoga kita semua dikurniakan ketetapan hati dalam beriman dan bertakwa kepada Allah. Dan kita dikurniakan hidayah beterusan dan dilindungi dari tergolong dlm kalangan orang yang buta hatinya, pekak telinganya dalam mendengar kebenaran dan lumpuh lidahnya dalam menyampaikan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap yang terlindung dan terdedah.. maka tidak perlu berpura-pura sukakan kebaikan di hadapan manusia lain kerana sekiranya hati memang dari awal tidak suka dan redha kepada kebaikan ia akan selamanya mati dan akan terlihat juga secara luaran satu hari nanti. Biasanya terlihat apabila diri seseorang itu tidak berubah dan masih berada dalam keadaan sama atau semakin buruk walaupun usia sudah meningkat menghampiri kematian! Wallahualam. Sebelum kerie akhiri penulisan kerie, mari lah sama-sama kita berselawat mengagungkan nabi Muhammad, rasul utusan Allah. Sesungguhnya baginda ialah kekasih Allah. Mencintai orang yang dicintai Allah mampu mendekatkan diri kita kepadaNya. sampai di sini, sekian.. assalamualaikum.. babai.
No comments:
Post a Comment