My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Saturday, November 24, 2012

Purse Prada Gred AAA for only RM 45 Including postage

Assalamualaikum

Hai...

Awal kerie bangun rini semata-mata sebab nak update pasal purse yang cantik dan harga berpatutan untuk di let go. Purse ni AAA Quality, prada brand. Cantik n kemah keming bila dipakai masa shopping tak kira sama ada ke pasar tani atau pun pavilion skali pon. Pasti jiran sebelah yang lalu lalang jeles melihat purse korang yang menonjol dan terselah kecantikkan dan secara melulu mereka pasti terus ke kedai prada untuk dapatkanya. Kerie ada jualkan purse prada ni. adik kerie yang nak let go, so dia suh iklankan. sape-sape yang berminat, boleh email kerie secara terus di khairiah_g@yahoo.com. sebarang pertanyaan boleh dilakukan melalui email. kerie akan jawab serta merta. Kalau sesape rajin twit2, boleh la follow twitter kerie. Username: khairiah85. Kerie pon ade nak jual beberapa abaya dan blouse labuh dari simply shayana. pape boleh dm or tweet kerie. Untuk entry kali ni kite cakap pasal purse je dulu but stay tune for next entry pasal abaya n blouse. ok? hihi.. ok lah jom tengok gambar purse. kalau ade berkenan di hati, sila bgtau tanpa perlu malu-malu, tanpa was-was dan syakwahsangka. ekeke.... price sangat reasonable. purse cantik n berkualiti. :) 

Chan!!! cantik kan. available in two colors only: Black n mustard. Dua-dua warna ade satu je. sape cepat dia dapat.
Price: RM 40 

Pembayaran boleh dibuat melalui deposit duit ke bank cimb, muamalat dan bank Islam. Serious buyer only! 

 Ok lah.. sampai di sini saje promosi untuk hari ni. nanti kerie promote lain-lain plak. Assalamualaikum, bai.

Friday, November 16, 2012

Heroes Conference 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillahirabbilalamin.. kita dikurniakn nafas untuk terus untuk hidup atas dunia meniti perjalanan untuk sampai ke rabbul izati. kita dikurniakan masa untuk melaluinya dan mengumpul semaksimum mungkin ilmu dan cinta untuk sampai kepadaNya. Alhamdulillah ya Allah. Dikesempatan ini, kerie nak ajak seluruh umat Islam di dunia ini, jom.. kita berdoa untuk Gaza. Kita tak mampu ke sana berjihad besama-sama mereka. tapi ingat kita ada Penolong dan Perlindung yang terhebat. Jadi jangan berhenti bedoa untuk saudara seislam kita disamping kita perteguhkan kan iman dan taqwa. Sentiasa bertaubat dan kurangkan dosa supaya doa kita dimakbulkan.

Untuk entry kali ni kerie nak cite baru-baru ni kerie ada pergi conference kat uia. Conference ni nama dia heroes conference. Masa conference ni, kita tidak membincangkan isu super hero dunia seperti superman, batman, thor, incredible hulk dan sebagainya, malahan mermaid man dan barnacle boy pon tak masuk. tidak.. Masa conference ni para speakers menceritakan tentang sahabat-sahabat Rasullah SAW yang merupakan heroes bagi kita semua umat Islam. MasyaAllah, sangat best dan bermanfaat. Mase syeikh zahir mahmood menyampaikan ceritanya, kerie siap menangis dan kerie tengok ada jugak hadirin lain menangis kerana tersentuh dengan apa yang disampaikan. Subhanallah.. bagaimana hebat nya kisah para sahabat, sepatutnya para sahabat rasullah yang bermula hidupnya tiada apa-apa dan akhirnya menjadi salah seorang ahli syurga wajib dicontoh atau diteladani oleh semua umat Islam. Bukanya bintang hollywood, kpop, bollywood atau malaywood.. 

Program manager yang merupakan orang kuat dalam menjayakan program ni. :)

Alunan nasyid dari br. Muadz Dzulkifli, rasanya dia yang nyanyi lagu IIUM yang baru ni. suara cam dia je. 

Salah seorang speaker for heroes conference 2012

Speakers for heroes conference: dari kiri Syeikh Nisar Nadiadwala, Syeikh Ibrahim Nuhu and Syeikh Zahir  Mahmood. Ada juga speakers yang lain yang namanya ialah Syeikh Zaharuddin Abdul Rahman, Syeikh Yawar Baig, Syeikh Tawfique Chowdhury, Syeikh Daood Butt, Syeikh Shareef El- Arbi n Syekh Shah Krit. Semuanya bagus-bagus dan ade kelebihan tersendiri. :) 
Satu hari kita akan mati jugak, meninggalkan dunia ni dan menetap di alam akhirat yang kekal abadi. Ruginya kalau kita mengejar sesuatu yang tidak kekal sehingga melupakan kebahagiaan yang kekal yang kita mampu nikmati selama-lamanya. jadi mari bersama-sama kita susuri perjalanan kekasih Allah dan orang-orang yang dicintai Allah SWT supaya kita juga tergolong dikalangan mereka satu hari nanti. Amin. Kerie amat bersyukur diberi peluang untk menghadiri program sebegini. Alhamdulillah. one more thing thanks to my dear sister, wardina safiyyah sebab bagi kerie guest pass untuk menghadirkan diri ke conference ni. May Allah reward u more for what I have gotten during the conference. :)  

Thats all for now. Ok bai. Assalamualaikum

Monday, November 12, 2012

Opening ceremony Asylla Design and Mycotton creation boutique

Assalamualaikum

Hai..

Kali ni kerie nak bercite tentang activity kerie pada sabtu tempoh hari. Poyo je kan... sibuk nak cite pasal activity sendiri, takde sape nak tau pon.. hehe. Takpe-takpe, yang taknak tau, takyah amik tau. Yang nak tau.. err sememangnya takde yang nak tau. Biar lah kerie syiokkk sorang-sorang. takpe. kerie tak pakse korang untuk amik tau. tengok, kerie takde pegang pisau ke pistol ke acu kat korang suh follow blog kerie kan? takde kan. tapi pada yang da follow tu, tenkiu so muchoooo lah. gracias te quero lah.. hahaha.. main sebat je aku cakap bahasa sepanyol. ekeke...

Ok k k kerie taknak berlengah lengah membebel yang bukan-bukan. kerie cume nak cite hari sabtu ritu kerie telah pergi official opening ceremony butik asylla design n mycotton creation. Kerie menghadirkan diri bukan untuk menyibuk tau, kerie telah diberikan tugas untuk menjadi emcee. First time jadi emcee untuk event. sebelum ni emcee untuk program-program yang berkaitan dengan study je. Tapi nasib baik kerie tak nervous gile smpai pengsan dan terkucil dalam seluar... ekekeke... alhamdulillah setakat ni blom penah jadi lagi. heee.... Yang paling nervous kerie rase ialah masa bagi talk kat hospital selayang mase practicum dulu... audience da lah besar. sib baik berjaya jugak. asalkan orang faham ape yang kite nak sampai kan.. dah ok. hehe....

Taknak cite bebanyak sebenarnye, tapi macam dah terbanyak plk. Ok lah yang penting skang, kerie nak wish congrats to asylla n partner, i mean business partner iaitu fariza farid atas kejayaan mereka membuka butik. Yang pastinya kerie memang suke butik asylla sebab baju kurung dia memang cantik n practical. takde la over sangat. simple but nice n sweet. Bukan setengah tu, nak gune material yang meletopsss n design yang meletopss.. harga pon jadi la meletoppsss... tapi sygnya boleh dipakai sekali dua je. Sape yang nak pakai baju yang sama untuk pegi event yang lain-lain kan. kalau kerie, kerie pun tanak... so sebagai pengguna yang bijak, beli baju dengan harga berpatutan, dan baju tu boleh dipakai bebile mase tak kira di mana jua. baru lah jimat..  betoi dak? 

Demikian la leteran kerie untuk hari ni, mari lah kita menatap gambar sebelum kita sampai ke garisan penamat. mari....

Muke cober nebes..

Sesi latihan. :P


Membebel sebagai emcee

Model yang memperagakan rekaan asylla design pada hari tersebut. Model ni cun n peramah..nak berkenalan? saya takde fb beliau. harap maap. bleh lah try cari nombor tepon beliau kat buku yellow pages, barangkali ada..

The owner n partner, special guest, emcee n the models...
ini baju kurung terbaru yang ade di butik asylla design and mycotton creation. Nama baju ni, baju kurung shameena berharga RM 135. Kalau berkenan, jom pegi butik, terletak di no 8, jalan wangsa delima 2 a. wangsa maju. 
Ok lah demikian ler gambar yang sempat diambil pada hari berkenaan. dah.. kerie rase katil da melambai-lambai kerie nak ajak short nap.. kerie undur diri dulu ye. k bai.. assalamualaikum.

Sunday, November 4, 2012

Congrats Asylla dan Faizal.

Assalamualaikum, 

Hari sabtu yang lalu, kerie telah menghadirkan diri ke majlis resepsi perkahwinan kawan kerie merangkap owner kepada butik asylla collections and design di restoran seri melayu, jalan conlay, kuala lumpur. kerie menghadirkan diri sebagai tetamu dan juga salah sorang dayang yang memperagakan baju asylla collections n design. Alhamdulillah majlisnya cukup meriah dan tak kurang juga sempurna dengan hidangan makanan yang lazat-lazat. Sebenarnya asylla ni seorang perempuan yang cekal dan tabah sehingga berjaya dalam mengendali bisnes butik onlinenya, menjual baju kurung yang cantik dan berkualiti. yang lebih bestnya, semua baju-baju di butiknya adalah designnya sendiri. Sangat creative dan menepati citarasa gadis-gadis dan juga kaum ibu, tak kira ibu kandung atau ibu angkat malahan merangkumi ibu mertua juga. :P ok lah kerie rase tak perlu pembebelan yang banyak.. kerie sebenarnya nak wish congrats to Asylla atas pernikahanya dengan Faizal pada hari sabtu yang lalu. semoga perkahwinan ini kekal selamanya sehingga ke syurga, Kerie doakan sylla dikurniakan kebahagiaan dan barakah dalam keluarga yang berkekalan. semoga sylla tabah mengharung dugaan dan ujian yang bakal ditempuh sebagai seorang isteri. Ujian dan pengajaran adalah salah satu method pembelajaran yang palin efektif. Jadi gunakan lah ia sebaik mungkin. Amek ko, ucapan dan nasihat macam lah kerie ni da kawen kan? haha... takpe lah, yang penting i olsss ikhlas u olsss... ok lah, jom menjamu mata dengan beberapa pictures di hari kejadian. 


Me with twin.. :P tak caya tengok pipi. sama tuhhh....

Door gifts for guests, cute mugs n discount coupons shopping at asylla boutique.

Pengantin yang cantik dengan busana pengantin yang indah. Asylla tengah tunggu sang suami bayar tol, smart tag or touch n go tak applicable, cash only. sebab tu lambat skit. ekeke..

Kek limo tingkat ha.. 

Pengantin n dayang-dayang sedang post untuk videograpger.

Me with adik cayang yang comel. Model comel Syaza Amiera..
Ok lah, sampai di sini saje penulisan kerie. Bai. Assalamualaikum.