Assalamualaikum
Alhamdulillahirabbilalamin.. kita dikurniakn nafas untuk terus untuk hidup atas dunia meniti perjalanan untuk sampai ke rabbul izati. kita dikurniakan masa untuk melaluinya dan mengumpul semaksimum mungkin ilmu dan cinta untuk sampai kepadaNya. Alhamdulillah ya Allah. Dikesempatan ini, kerie nak ajak seluruh umat Islam di dunia ini, jom.. kita berdoa untuk Gaza. Kita tak mampu ke sana berjihad besama-sama mereka. tapi ingat kita ada Penolong dan Perlindung yang terhebat. Jadi jangan berhenti bedoa untuk saudara seislam kita disamping kita perteguhkan kan iman dan taqwa. Sentiasa bertaubat dan kurangkan dosa supaya doa kita dimakbulkan.
Untuk entry kali ni kerie nak cite baru-baru ni kerie ada pergi conference kat uia. Conference ni nama dia heroes conference. Masa conference ni, kita tidak membincangkan isu super hero dunia seperti superman, batman, thor, incredible hulk dan sebagainya, malahan mermaid man dan barnacle boy pon tak masuk. tidak.. Masa conference ni para speakers menceritakan tentang sahabat-sahabat Rasullah SAW yang merupakan heroes bagi kita semua umat Islam. MasyaAllah, sangat best dan bermanfaat. Mase syeikh zahir mahmood menyampaikan ceritanya, kerie siap menangis dan kerie tengok ada jugak hadirin lain menangis kerana tersentuh dengan apa yang disampaikan. Subhanallah.. bagaimana hebat nya kisah para sahabat, sepatutnya para sahabat rasullah yang bermula hidupnya tiada apa-apa dan akhirnya menjadi salah seorang ahli syurga wajib dicontoh atau diteladani oleh semua umat Islam. Bukanya bintang hollywood, kpop, bollywood atau malaywood..
Program manager yang merupakan orang kuat dalam menjayakan program ni. :) |
Alunan nasyid dari br. Muadz Dzulkifli, rasanya dia yang nyanyi lagu IIUM yang baru ni. suara cam dia je. |
Salah seorang speaker for heroes conference 2012 |
Satu hari kita akan mati jugak, meninggalkan dunia ni dan menetap di alam akhirat yang kekal abadi. Ruginya kalau kita mengejar sesuatu yang tidak kekal sehingga melupakan kebahagiaan yang kekal yang kita mampu nikmati selama-lamanya. jadi mari bersama-sama kita susuri perjalanan kekasih Allah dan orang-orang yang dicintai Allah SWT supaya kita juga tergolong dikalangan mereka satu hari nanti. Amin. Kerie amat bersyukur diberi peluang untk menghadiri program sebegini. Alhamdulillah. one more thing thanks to my dear sister, wardina safiyyah sebab bagi kerie guest pass untuk menghadirkan diri ke conference ni. May Allah reward u more for what I have gotten during the conference. :)
Thats all for now. Ok bai. Assalamualaikum
Thats all for now. Ok bai. Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment