My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Sunday, November 4, 2012

Congrats Asylla dan Faizal.

Assalamualaikum, 

Hari sabtu yang lalu, kerie telah menghadirkan diri ke majlis resepsi perkahwinan kawan kerie merangkap owner kepada butik asylla collections and design di restoran seri melayu, jalan conlay, kuala lumpur. kerie menghadirkan diri sebagai tetamu dan juga salah sorang dayang yang memperagakan baju asylla collections n design. Alhamdulillah majlisnya cukup meriah dan tak kurang juga sempurna dengan hidangan makanan yang lazat-lazat. Sebenarnya asylla ni seorang perempuan yang cekal dan tabah sehingga berjaya dalam mengendali bisnes butik onlinenya, menjual baju kurung yang cantik dan berkualiti. yang lebih bestnya, semua baju-baju di butiknya adalah designnya sendiri. Sangat creative dan menepati citarasa gadis-gadis dan juga kaum ibu, tak kira ibu kandung atau ibu angkat malahan merangkumi ibu mertua juga. :P ok lah kerie rase tak perlu pembebelan yang banyak.. kerie sebenarnya nak wish congrats to Asylla atas pernikahanya dengan Faizal pada hari sabtu yang lalu. semoga perkahwinan ini kekal selamanya sehingga ke syurga, Kerie doakan sylla dikurniakan kebahagiaan dan barakah dalam keluarga yang berkekalan. semoga sylla tabah mengharung dugaan dan ujian yang bakal ditempuh sebagai seorang isteri. Ujian dan pengajaran adalah salah satu method pembelajaran yang palin efektif. Jadi gunakan lah ia sebaik mungkin. Amek ko, ucapan dan nasihat macam lah kerie ni da kawen kan? haha... takpe lah, yang penting i olsss ikhlas u olsss... ok lah, jom menjamu mata dengan beberapa pictures di hari kejadian. 


Me with twin.. :P tak caya tengok pipi. sama tuhhh....

Door gifts for guests, cute mugs n discount coupons shopping at asylla boutique.

Pengantin yang cantik dengan busana pengantin yang indah. Asylla tengah tunggu sang suami bayar tol, smart tag or touch n go tak applicable, cash only. sebab tu lambat skit. ekeke..

Kek limo tingkat ha.. 

Pengantin n dayang-dayang sedang post untuk videograpger.

Me with adik cayang yang comel. Model comel Syaza Amiera..
Ok lah, sampai di sini saje penulisan kerie. Bai. Assalamualaikum. 

1 comment:

Rara Nasiha said...

cantiknya pengantin. manis je :)