My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Monday, November 12, 2012

Opening ceremony Asylla Design and Mycotton creation boutique

Assalamualaikum

Hai..

Kali ni kerie nak bercite tentang activity kerie pada sabtu tempoh hari. Poyo je kan... sibuk nak cite pasal activity sendiri, takde sape nak tau pon.. hehe. Takpe-takpe, yang taknak tau, takyah amik tau. Yang nak tau.. err sememangnya takde yang nak tau. Biar lah kerie syiokkk sorang-sorang. takpe. kerie tak pakse korang untuk amik tau. tengok, kerie takde pegang pisau ke pistol ke acu kat korang suh follow blog kerie kan? takde kan. tapi pada yang da follow tu, tenkiu so muchoooo lah. gracias te quero lah.. hahaha.. main sebat je aku cakap bahasa sepanyol. ekeke...

Ok k k kerie taknak berlengah lengah membebel yang bukan-bukan. kerie cume nak cite hari sabtu ritu kerie telah pergi official opening ceremony butik asylla design n mycotton creation. Kerie menghadirkan diri bukan untuk menyibuk tau, kerie telah diberikan tugas untuk menjadi emcee. First time jadi emcee untuk event. sebelum ni emcee untuk program-program yang berkaitan dengan study je. Tapi nasib baik kerie tak nervous gile smpai pengsan dan terkucil dalam seluar... ekekeke... alhamdulillah setakat ni blom penah jadi lagi. heee.... Yang paling nervous kerie rase ialah masa bagi talk kat hospital selayang mase practicum dulu... audience da lah besar. sib baik berjaya jugak. asalkan orang faham ape yang kite nak sampai kan.. dah ok. hehe....

Taknak cite bebanyak sebenarnye, tapi macam dah terbanyak plk. Ok lah yang penting skang, kerie nak wish congrats to asylla n partner, i mean business partner iaitu fariza farid atas kejayaan mereka membuka butik. Yang pastinya kerie memang suke butik asylla sebab baju kurung dia memang cantik n practical. takde la over sangat. simple but nice n sweet. Bukan setengah tu, nak gune material yang meletopsss n design yang meletopss.. harga pon jadi la meletoppsss... tapi sygnya boleh dipakai sekali dua je. Sape yang nak pakai baju yang sama untuk pegi event yang lain-lain kan. kalau kerie, kerie pun tanak... so sebagai pengguna yang bijak, beli baju dengan harga berpatutan, dan baju tu boleh dipakai bebile mase tak kira di mana jua. baru lah jimat..  betoi dak? 

Demikian la leteran kerie untuk hari ni, mari lah kita menatap gambar sebelum kita sampai ke garisan penamat. mari....

Muke cober nebes..

Sesi latihan. :P


Membebel sebagai emcee

Model yang memperagakan rekaan asylla design pada hari tersebut. Model ni cun n peramah..nak berkenalan? saya takde fb beliau. harap maap. bleh lah try cari nombor tepon beliau kat buku yellow pages, barangkali ada..

The owner n partner, special guest, emcee n the models...
ini baju kurung terbaru yang ade di butik asylla design and mycotton creation. Nama baju ni, baju kurung shameena berharga RM 135. Kalau berkenan, jom pegi butik, terletak di no 8, jalan wangsa delima 2 a. wangsa maju. 
Ok lah demikian ler gambar yang sempat diambil pada hari berkenaan. dah.. kerie rase katil da melambai-lambai kerie nak ajak short nap.. kerie undur diri dulu ye. k bai.. assalamualaikum.

No comments: