Assalamualaikum..
Hai kamu kamu dan kamu.. Ape bikin? Untuk entry kali ni kerie nak share sikit tips yang kerie sendiri lakukan untuk mendapat tidur yang nyenyak dan rehat yang berkualiti. Ternyata tips yang kerie buat ni berkesan kt diri kerie.. kat diri korang kerie tak pasti.. tapi ape pon cuba lah sendiri.. wokey? hehe..
Bagi mereka yang sering menghadapi kesukaran untuk tidur malam, amat la di alu-alukan untuk cuba tips ini.
Bagi mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti, kite haruslah:
1) Mandi atau pastikan badan kita bersih, wangi serta selesa tanpa sebarang bau yang kurang menyenangkan terlebih dahulu.
2) Pakai losyen berbau harum dan menenangkan contohnya macam losyen baby ke losyen nivea ke.. tak kisah lah.. kalau pakai losyen johnson bedtime tu lagi berkesan.
3) Pastikan tempat tidur nyaman, aman damai, selesa berbau harum..Cadar dan blanket haruslah bersih tanpa sebarang pencemaran..
4) Untuk tambahan pasangkan lilin wangi semasa tidur tapi letakkan dalam bekas lilin yang selamat dari berlaku sebarang kejatuhan atau merebaknya api lilin tu. Kang tak pasal-pasal tidur nyenyak selama-lamanya, langsung tak bangun-bangun.. hihi..
5) Pastikan perut tidak terlalu kenyang atau lapar..
6) Tidur pada waktu yang sesuai, seeloknya sebelum jam 12 supaya tak miss bangun solat subuh..
Demikian lah tips yang kerie nak kongsikan. Tips ni memang menjadi amalan kerie terutama bila kerie rasa penat sangat, stress dan ingin manjakan diri dengan tidur yang selesa. Serius sangat nikmat. Tak caye try lah. K dah sampai sini je.. bai.. assalamualaikum.
2 comments:
dah jam 130. tp tak tido lg. macam mana niiii. hahha
yg guna losyen tu mmg bes kak. aqis kdg2 buat. rase mcm baby je skjp, tu nyenyak tuhhh. kih3
Post a Comment