My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Sunday, January 1, 2012

Misi 2012: Mendidik hati

Assalamualaikum,

Hai

Hari ni da bertarikh 01012012. wahhhh.. selamat hari jadi pada sesape yang sambut besday pada hari ni. merasmi kan hari ketuaan umur lah nampaknye mereka ni.. hehe. sempena da tahun baru ni, wajib lah kerie wish selamat tahun baru kan. hmm.walaupon tahun baru kite sebagai umat Islam da berlalu, tapi tak salah kite nak wish tahun baru untuk kali ni pulak. tapi tak perlu la kot excited terlebih-lebih sampai nak celebrate lah, main bunga api segala bagai.Tapi, macam yang berlaku kat shah alam semalam mase sambutan dengan ustaz azhar idrus tu kelllassss.. yang macam tu baru cool.

Kerie perasan la, orang sekarang ni da ramai menjurus kepada Islam. Alhamdulillah.. ini adalah kuasa Allah. Dia berhak memilih sesiapa sahaja untuk diberikan nikmat agamaNya. Tapi sayangnya masih ade mereka yang tak sedar walaupon kebaikan itu suda berada di depan mata. Hmm.. takpe lah.. ade lah pengaturan yang lebih baik buatnya. Manusia itu diberi kebebasan untuk memilih haluan masing2. Jadi apa pon kite perlu bertanggungjawab atas pemilihan kite. Yes.. kite perlu redha atas pengaturan Allah pada kita, sebab kite adalah hamba. But at the same time kita dikurniakan akal yang tidak dikurniakan kepada makhluk lain.  akal digunakan untuk merasionalkan sesuatu dan berkerja dengan hati untuk melahirkan perbuatan dan buah fikiran. Sebab itu dikata kan dalam badan ini ada seketul daging yang mana sekiranya ia bersih, maka baik lah semuanya, dan sekiranya ia kotor, kotor lah semuanya. Akal dan hati perlu bekerja seiringan. terlalu rasional dan bijak tanpa hati dan perasaan boleh menjadikan kita kejam, zalim dan pentingkan diri sendiri. Betol tak?

Disebabkan itu, misi tahun 2012 kerie ni mendidik hati. Walaupon kerie da mulakan misi ini terlebih dahulu, tapi kerie nak up kan sikit levelnya untuk 2012. Mendidik hati ni sebenarnya adalah misi sepanjang hidup. bukan senang nak mendidik hati kite. Tapi bile ia suda terdidik, maka segala yang baik akan terjadi bila mana yang buruk di mata kasar pon boleh menjadi baik dan membahagiakan. Penilaian terhadap kebahagian itu bukan lah terlihat secara zahirnya sebab orang yang berpegang teguh pada Allah, walaupon zahirnya susah tapi hati nya begitu bahagia. Kerena dia begitu menikmati kesusahan yang dikurniakan. Kerie pon, bile sentiasa rasa mudah, kerie akan boring. Dan kerie akan rasa lega bila kesusahan itu datang. Kerana kerie pon memerlukan nikmat kesusahan. :) wallahua'lam.

01012012.. kerie diuji dengan kematian kucing kesayangan kerie. Molly. ohhh.. sangat sedih. kerie tak boleh berhenti menangis. air mata sentiasa mengalir bila teringat kan dia. teringat lagi kali pertama kerie pandang dia. tengah stress terus jadi tenang. ya Allah. rindunya molly. :'( sungguh pon terlalu sedih tapi bukanlah bermakna kerie tak redha. kerie redha. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih berhak ke atas makhluk Mu.

"Semua yang berlaku adalah kehendak Allah, Redha lah wahai hati, nescaya yang buruk akan menjadi baik"

Bai..:)

4 comments:

kindergartenlibrary said...

like !

The Ohhsem said...

misi tahun 2012 mendidik hati, suka:)

cimöt said...

akak mahallah asiah? hihihi..boleh laa jumpe2..jom2...akak belanja saye..hihihi

emmmm..chicken chop dah takde plak skarang..apasal ntah..cafe asih ni serabut je..kejap ade kejap takde..

mykhalis said...

dan tanpa sedar dah 9 hari berlalu..pantas gile masa bergerak