My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Saturday, January 21, 2012

Sifat belas terhadap haiwan bermakna menghormati hak Allah.

Assalamualaikum

hai

selamat hari sabtu.. tengok sume tengah busy balik kampung n bercuti. maklum lah dapat cuti panjang. Kerie pon nak balik kampung besok.. sape nak ikot? tak boleh. pegi balik kampung sendiri. kerie kedekut kampung. hee...

Ok ok.. tak tak tak. entry ni bukan nak cite pasal kerie nak balik kampung ke kedekut kampung ke ape ke. tak. entry ni nak cite pasal kucing. hehe.. kucing ye.. binatang yang tercomel di alam semesta sampai menyebabkan kerie obses lalu sanggup buat apa saja untuk kucing.

Baru-baru ni kerie terjumpe baby meow yang orang buang kat hostel kerie. Hmm.. tak kesah la kalo orang tu buang dengan mak kucing tu skali. tapi dia buang tanpa mak. bengong tak bengong? da la baby tu baru 2 weeks umurnya. berjalan pon tak reti. nak minum or makan sendiri pon tak reti. nak beri-beri or kencing sendiri pon tak reti. Memang dasar orang tak berperikemanusiaan. huh. Disebabkan kerie da terjumpe. takkan lah kerie nak buat bodoh je tunggu sampai baby meow tu mati keras akibat lapar. Kerie pon dengan gigihnya telah membeli susu dan botol susu untuk menyuapkan baby-baby meow tu susu. Kerie tak niat nak bela tapi at least dia hidup n tak mati. Kesian diorang lapar. So skang ni, sementara nak tunggu diorang besar n boleh minum susu sendiri, kerie yang suapkan susu untuk diorang. Tapi.. besok kerie akan balik kampung. So kerie pesan kat jiran kerie tolong susukan diorang. Nasib baik jiran kerie tu boleh tahan jugak suka kan kucing.

Ni lah anak kucing yang ditinggalkan tu. kecik lagi kan? huhu.. tapi comel!
Botol susu yang kerie belikan. tak jumpe botol untuk anak kucing. beli lah yang manusia punye. hee.. asalkan dia boleh isap n dapat susu.
Hal ni sebenarnye bukan pasal kite suke ke tak suke kucing. Tapi kite sebagai manusia, makhluk yang paling mulia diciptakan Allah dengan kemampuan berfikir dan berperasaan sepatutnya kena ade sensitivity terhadap makhluk lain jugak. Kucing tu binatang, mungkin bagi orang yang tak peduli akan rase nyawa diorang tak berharga tapi setiap nyawa yang Allah ciptakan tu bukanya takde purpose dan saje-saje je. so.. kite kene bertindak sebaiknya. Bukan dengan bertindak kasar dan fikirkan kesenangan diri sendiri sampai tak pedulikan nyawa makhluk lain.

Ape guna beribadat siang malam, keluar rumah jaga aurat sume lepas tu nampak binatang takde rasa belas langsung. Ada yang halau dengan sepak terajang, ade yang lantak la kucing ni nak lapar ke haus ke... bukanye boleh bagi apa-apa kepentingan kat aku pon. Ketahui lah sesungguhnya Allah amat suka orang yang membuat kebaikan dengan iman dan kepercayaan di hatinya kukuh terhadap Allah. Sebab tu lah seorang pelacur yang memberi air kepada anjing jalanan yang kehausan itu dikurniakan syurga. Sifat belas dan menjaga nyawa ciptaan Allah itu bermakna kita menghormati hak dan milikan Allah. Sebelom kite jaga syariat sendiri untuk kepentingan sendiri, jaga lah hati tu dulu spy tindakan kite tidak seperti orang yang zalim yang hanya tau menghukum dan penting kan perut dan hati sendiri. Selain syariat,  ada aspects lain jugak yang sepatutnya kita fahami supaya kita betol-betol sampai kepadaNya. Wallahualam.

Sampai sini je. bai.


6 comments:

JIJI YU said...

ko dah tgk ke pappu aku..chumil cam aku tak

AmirahSM said...

haish..cikgu pencinta kucing! =))

Gua said...

comelnya kucing-kucing tu. :)

Anis Adila Aris said...

waaa...bagusnya kerie... :D
siap beli botol sus lg..

EZAN IDMA said...

penyayang nyee :)

~SaL IjOu~ said...

mulia hati kamu.barakallahufik'~ =)