My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Saturday, January 21, 2012

Sifat belas terhadap haiwan bermakna menghormati hak Allah.

Assalamualaikum

hai

selamat hari sabtu.. tengok sume tengah busy balik kampung n bercuti. maklum lah dapat cuti panjang. Kerie pon nak balik kampung besok.. sape nak ikot? tak boleh. pegi balik kampung sendiri. kerie kedekut kampung. hee...

Ok ok.. tak tak tak. entry ni bukan nak cite pasal kerie nak balik kampung ke kedekut kampung ke ape ke. tak. entry ni nak cite pasal kucing. hehe.. kucing ye.. binatang yang tercomel di alam semesta sampai menyebabkan kerie obses lalu sanggup buat apa saja untuk kucing.

Baru-baru ni kerie terjumpe baby meow yang orang buang kat hostel kerie. Hmm.. tak kesah la kalo orang tu buang dengan mak kucing tu skali. tapi dia buang tanpa mak. bengong tak bengong? da la baby tu baru 2 weeks umurnya. berjalan pon tak reti. nak minum or makan sendiri pon tak reti. nak beri-beri or kencing sendiri pon tak reti. Memang dasar orang tak berperikemanusiaan. huh. Disebabkan kerie da terjumpe. takkan lah kerie nak buat bodoh je tunggu sampai baby meow tu mati keras akibat lapar. Kerie pon dengan gigihnya telah membeli susu dan botol susu untuk menyuapkan baby-baby meow tu susu. Kerie tak niat nak bela tapi at least dia hidup n tak mati. Kesian diorang lapar. So skang ni, sementara nak tunggu diorang besar n boleh minum susu sendiri, kerie yang suapkan susu untuk diorang. Tapi.. besok kerie akan balik kampung. So kerie pesan kat jiran kerie tolong susukan diorang. Nasib baik jiran kerie tu boleh tahan jugak suka kan kucing.

Ni lah anak kucing yang ditinggalkan tu. kecik lagi kan? huhu.. tapi comel!
Botol susu yang kerie belikan. tak jumpe botol untuk anak kucing. beli lah yang manusia punye. hee.. asalkan dia boleh isap n dapat susu.
Hal ni sebenarnye bukan pasal kite suke ke tak suke kucing. Tapi kite sebagai manusia, makhluk yang paling mulia diciptakan Allah dengan kemampuan berfikir dan berperasaan sepatutnya kena ade sensitivity terhadap makhluk lain jugak. Kucing tu binatang, mungkin bagi orang yang tak peduli akan rase nyawa diorang tak berharga tapi setiap nyawa yang Allah ciptakan tu bukanya takde purpose dan saje-saje je. so.. kite kene bertindak sebaiknya. Bukan dengan bertindak kasar dan fikirkan kesenangan diri sendiri sampai tak pedulikan nyawa makhluk lain.

Ape guna beribadat siang malam, keluar rumah jaga aurat sume lepas tu nampak binatang takde rasa belas langsung. Ada yang halau dengan sepak terajang, ade yang lantak la kucing ni nak lapar ke haus ke... bukanye boleh bagi apa-apa kepentingan kat aku pon. Ketahui lah sesungguhnya Allah amat suka orang yang membuat kebaikan dengan iman dan kepercayaan di hatinya kukuh terhadap Allah. Sebab tu lah seorang pelacur yang memberi air kepada anjing jalanan yang kehausan itu dikurniakan syurga. Sifat belas dan menjaga nyawa ciptaan Allah itu bermakna kita menghormati hak dan milikan Allah. Sebelom kite jaga syariat sendiri untuk kepentingan sendiri, jaga lah hati tu dulu spy tindakan kite tidak seperti orang yang zalim yang hanya tau menghukum dan penting kan perut dan hati sendiri. Selain syariat,  ada aspects lain jugak yang sepatutnya kita fahami supaya kita betol-betol sampai kepadaNya. Wallahualam.

Sampai sini je. bai.


Friday, January 20, 2012

Tamat suda group therapy for social skills training 2011

Assalamualaikum

hai

Semalam bersamaan 19.1.2012 telah officially tamatnya group therapy yang telah melibatkan kerie dan dua lagi kawan kerie kat pusat perubatan UKM. Alhamdulillah. Semalam juga telah berlangsungnya majlis penutup beserta jamuan untuk meraikan participants dan juga therapists yang terlibat.

Basically modul program ni merangkumi topik-topik seperti awareness of feelings, problem solving skills, anger management, communication skills, assertive training dan lain-lain.

Therapists yang terlibat adalah psychologist trainees from UIAM iaitu kerie sendiri, liyana hisham dan juga Aisyah Ghazalan. Alhamdulillah sepanjang program ini berjalan, kitorang dapat bekerjasama dengan baik dan telah berjaya membantu peserta-peserta dengan memberi kesan yang baik sedikit sebanyak kepada mereka. Wahhh.. diorang cukup suke dengan therapists sampai request untuk buat lagi lepas ni. Tapi... sorry lah adik-adik ek.. kitorang da bis practicum. taktau lah kalo ade rezeki dapat keje kat hukm boleh la kitorang buat lagi n panggil korang lagi. :)

Kami di hari kejadian
Ni begambo dengan encik zakuan, supervisor kitorang
Di kesempatan kerie menulis entry ni, kerie nak ucapkan terima kasih kepada encik zakuan iaitu supervisor kitorang yang telah memberi peluang kepada kitorang untuk berpracticum dengan dia. dengan ini, kerie dpt pengalaman terlibat dengan group therapy yang banyak memberi inspirasi dan pengajaran kepada kerie. Terima kasih kepada Aisyah n Liyana sebab dapat menjadi team mate yang cool, masyuk dan best. kerie sayang same korang dua lah... heeee.... tapi yang paling utama ialah Allah almighty, everything happened to me because of HIM and I'm so grateful for that. My life is Yours, Allah almighty. Alhamdulillah ya RABB...


Alhamdulillah kerie berjaya menamatkan practicum kerie. Thanks to my parents and family for always  supporting me in whatever i do.love you!!!!!!!!


K lah thats all. da bis da. bai.

Monday, January 16, 2012

Maki hamun bukan untuk gadis

Assalamualaikum

Hai

Apa pendapat korang kalo korang ternampak perempuan maki hamun perempuan lain sebab perempuan lain tu cuba menggoda pakwe dia. Kononye pakwe dia tu macam hot gile lah. sampai ade pompuan call ulang-ulang sampai nampolohpat kali sehari. Kalo kerie pon kerie memang bengang tapi takde la sampai maki hamun segala bagai. Paling cool kerie penah buat, kerie jawab call pompuan tu Tapi takde lah nak maki-maki. cakap baik-baik punye. Camni lah, kerie nak pesan kat gadis-gadis sume. tak yah lah susah hati nak fight-fight sebab lelaki yang belom tentu jadi suami korang. baru je jadi pakwe. kalo da jadi tunang pon boleh putus, ini kan plak pakwe. Kalo lelaki tu tak pernah layan pompuan tu.. takkan pompuan tu asik nak call n nak message. pompuan pon kalo lelame sgt org tak layan, dia cari lain je. ingat takde air muke ke nak terhegeh2 lelame kan. Korang sendiri pompuan takkan lah tak faham kaum sendiri. Hmm..


Bagi kerie lah kan, takyah risau.. kalo da memang laki tu ditakdir jadi suami korang, dia kene kacau ke ngorat ke.. putus limajutapatratus kali ke, tetap lah korang akan kawen jugak dgn dia. Serahkan pada Allah. Yang menggerakkan hati dan perbuatan kite ni Allah. Kita takde kudrat. Cuma yakin pada Dia je. kalo kite tak yakin, tu yang jadi huru hara hidup ini. Risau rezeki takde lah, risau jodoh takde lah. Kan Allah tu maha kaya, maha pengasih dan penyayang. Dia takkan menzalimi hamba yang yakin pada Dia.

Buat bising memekak kat wall fb maki hamun orang dengan panggilan kesat menjatuhkan lagi maruah korang ade lah. sepatutnya lelaki tu yang fight untuk korang. kalo dia taknak pompuan tu, dia takkan layan. Yang korang risau-risau sangat tu apesal. Bagi kerie lah.  Cari lah lelaki yang ada standard sendiri, tak senang-senang layan pompuan, tak flirt sane flirt sini. lelaki macam tu yang patut dijadikan pilihan sebagai teman kite. Tapi kene tengok jugak akhlak dia dengan Tuhan. Kalo yang basic pon tak jalan. baik takyah. sooo.. perempuan, anda berhak memilih siapa yang bakal jadi imam anda. Dan sila buat pilihan sebijak-bijaknya. Yang penting bahagia dunia akhirat. :) Lagi satu, jaga diri korang, jaga niat korang, sentiasa rasa bersalah bila buat dosa dan pohon keampunaNya. Bila kite jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan makhluk lain. Kite mungkin disakiti tapi untuk diselamati.

ok bai.

Saturday, January 14, 2012

Baucer buku satu Malaysia buat kerie teruja

Assalamualaikum 

hai..

10 january hari tu kerie pegi collect baucer buku RM 200 tu.. hehe. sungguh excited kerie pegi bersame kawan-kawan sealiran kerie. Belom jam 9 pagi lagi kitorang da terpacak kat main audi nak amik baucer tu. demikian itu, kerie telah menjadi orang pertama yang amik baucer tersebut. hehehe. semangat betol kan? :P

Kerie memang suka kedai buku, terutama kinokuniya n mph. bnyk gile buku best. sampai skang kerie masih lagi bingung nak beli buku ape. takut tersalah beli, nnt menyesal. so kene pilih berhati-hati. bukan senang nak dapat RM 200 untuk dibelanjekan kat kedai buku. hehe. salu dapat duit pon, 10% je kerie habis kan kat kedai buku. selebihnye, baju kasut mekap makan minum tengok movie. haih... buku, kalo ade betol2 yang kerie suke, kerie beli. contohnye buku yang berkaitan dengan pendidikan rohani ni. kerie memang suke. so.. skang tgh survey buku mane yang berbaloi untuk kerie beli. :)

Ade satu buku kerie da beli, tajuk dia 30 tips cara untuk menenangkan hati. nampak simple. tapi isi dia... pergh. menitis air mata gadis kerie membacenye. Alhamdulillah sebab dapat beli buku ni. kerie suke. hmm...

Membace ni sebenarnye best. Bile kite banyak membaca, kite akan sedar yang diri kite ni sebenarnye dahagakan ilmu dia juga boleh merangsang otak kite untuk berfikir. So, memang betol lah, kalo nak jadi pandai dan bijak, salah satunye dengan cara membaca. dulu kerie anggap remeh benda ni. tapi skang tidak lagi. Oleh itu, korang galakkan lah adik-adik korang ke, diri korang sndiri ke, isteri korang ke, suami korang ke.. sesape saje untuk amalkan budaya membaca supaya masyarakat kite ni menjadi masyarakat berilmu.

hmm.. kerie tu je kot update kerie untuk kali ni. bai...

Tuesday, January 10, 2012

Tuduhan itu mampu membunuh rasa

Assalamualaikum

hai..

Macam da lame kerie tak update blog. bukan ape, sejak akhir-akhir ni rase mcm tak de mood. taktau lah kenape. mungkin sebab sesuatu yang sedih berlaku dalam hidup kerie. tu lah, bile kate misi 2012 nak mendidik hati, macam macam dugaan muncul dengan alasan untuk mendidik hati kerie. ye.. kerie tau tu. jadi kerie perlu bertabah, perlu bersabar.. dan perlu kuat. Kerie cuma bergantung pada Allah. tu je.

Hmm.. kerie cuma harap dugaan tidak melemahkan kerie dan tidak sesekali menjatuhkan kerie. Takpe. kite ada Allah. semuanya pasti ok..:)

kerie nk tanya korang, ape perasaan korang bile orang yang korang sayang, korang rapat n korang percaya menuduh korang bukan-bukan?

Bagi kerie, perasaan tu memang sedih. rase percaya da semakin berkurang dan terase tergamak nya dia buat macam tu sedangkan dia tau apa status dia di hati kite. hmm.. taktau lah. da name pon manusia. memang macam tu.

Kerie taknak cakap banyak dah. lastly nak mintak maaf kalo ade tersakitkan hati orang ke.. kerie pon manusia, jadi kerie pon ade buat silap. kerie tak mampu nak memuaskan hati semua orang. kerie jugak redha bukan pasrah seandainya ade orang yang tak mampu menerima cara kerie. Kerie boleh buat perubahan bila kerie ditegur dengan cara yang bijak dan berhikmah. tu je.

Tu je yang mampu kerie cakap.

"Redha la wahai hati nescaya yang buruk itu akan menjadi baik.. insyaAllah. :)"

ok bai.

Sunday, January 1, 2012

Misi 2012: Mendidik hati

Assalamualaikum,

Hai

Hari ni da bertarikh 01012012. wahhhh.. selamat hari jadi pada sesape yang sambut besday pada hari ni. merasmi kan hari ketuaan umur lah nampaknye mereka ni.. hehe. sempena da tahun baru ni, wajib lah kerie wish selamat tahun baru kan. hmm.walaupon tahun baru kite sebagai umat Islam da berlalu, tapi tak salah kite nak wish tahun baru untuk kali ni pulak. tapi tak perlu la kot excited terlebih-lebih sampai nak celebrate lah, main bunga api segala bagai.Tapi, macam yang berlaku kat shah alam semalam mase sambutan dengan ustaz azhar idrus tu kelllassss.. yang macam tu baru cool.

Kerie perasan la, orang sekarang ni da ramai menjurus kepada Islam. Alhamdulillah.. ini adalah kuasa Allah. Dia berhak memilih sesiapa sahaja untuk diberikan nikmat agamaNya. Tapi sayangnya masih ade mereka yang tak sedar walaupon kebaikan itu suda berada di depan mata. Hmm.. takpe lah.. ade lah pengaturan yang lebih baik buatnya. Manusia itu diberi kebebasan untuk memilih haluan masing2. Jadi apa pon kite perlu bertanggungjawab atas pemilihan kite. Yes.. kite perlu redha atas pengaturan Allah pada kita, sebab kite adalah hamba. But at the same time kita dikurniakan akal yang tidak dikurniakan kepada makhluk lain.  akal digunakan untuk merasionalkan sesuatu dan berkerja dengan hati untuk melahirkan perbuatan dan buah fikiran. Sebab itu dikata kan dalam badan ini ada seketul daging yang mana sekiranya ia bersih, maka baik lah semuanya, dan sekiranya ia kotor, kotor lah semuanya. Akal dan hati perlu bekerja seiringan. terlalu rasional dan bijak tanpa hati dan perasaan boleh menjadikan kita kejam, zalim dan pentingkan diri sendiri. Betol tak?

Disebabkan itu, misi tahun 2012 kerie ni mendidik hati. Walaupon kerie da mulakan misi ini terlebih dahulu, tapi kerie nak up kan sikit levelnya untuk 2012. Mendidik hati ni sebenarnya adalah misi sepanjang hidup. bukan senang nak mendidik hati kite. Tapi bile ia suda terdidik, maka segala yang baik akan terjadi bila mana yang buruk di mata kasar pon boleh menjadi baik dan membahagiakan. Penilaian terhadap kebahagian itu bukan lah terlihat secara zahirnya sebab orang yang berpegang teguh pada Allah, walaupon zahirnya susah tapi hati nya begitu bahagia. Kerena dia begitu menikmati kesusahan yang dikurniakan. Kerie pon, bile sentiasa rasa mudah, kerie akan boring. Dan kerie akan rasa lega bila kesusahan itu datang. Kerana kerie pon memerlukan nikmat kesusahan. :) wallahua'lam.

01012012.. kerie diuji dengan kematian kucing kesayangan kerie. Molly. ohhh.. sangat sedih. kerie tak boleh berhenti menangis. air mata sentiasa mengalir bila teringat kan dia. teringat lagi kali pertama kerie pandang dia. tengah stress terus jadi tenang. ya Allah. rindunya molly. :'( sungguh pon terlalu sedih tapi bukanlah bermakna kerie tak redha. kerie redha. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih berhak ke atas makhluk Mu.

"Semua yang berlaku adalah kehendak Allah, Redha lah wahai hati, nescaya yang buruk akan menjadi baik"

Bai..:)