My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Tuesday, April 24, 2012

Kalo masak pun rasa macam budak tadika punye masakan, baik takyah bukak bisnes la..

assalamualaikum

hai...

kali ni nak cite pasal orang meniaga. tau tak meniaga tu ape? meniaga tu maknenye bisnes. ok..? da paham? hmm.. bukan ape.. cume nak meluahkan kekesalan dan rase terkilan terhadap segelintir peniaga terutamanya yang Islam. Kadang-kadang diorang tu amik kesempatan. Jual mahal-mahal tapi barang tak berkualiti. ape lah diorang ni? duk fikir untung je.. nak kaya sampai sanggup gune cara kotor.

Yang paling kerie tak suke ialah peniaga makanan yang kerie pun taktau kenapa dia meniaga makanan dan macam mana dia boleh terasa yang diri dia layak untuk meniaga makanan. sesungguh nya sebilangan dari mereka ni memang serius... makanan yang diorang jual tak sedap langsung ok. Ntah ape rasa ntah, kadang tu tawar hebe je.. kadang tu rase da nak basi pon ade. Ape lah yang ade dlm fikiran diorang ni ek? ke diorang ni syok sendiri perasan masakan sendiri sedap.

Kerie tak kisah kalo nak jual mahal tapi makanan sedap. orang makan pun berbaloi je rase. Ni tak...dah lah tak sedap, kedekut plak tu, letak sikit je. Ade pernah tu kerie teringin nak makan megi yang mcm kite masak sendiri kat rumah yelah yang ade ayam, daging, telur dan bahan-bahan lain kan... maklumlah.. kat asrama mane la ade.kalo nak kene beli kat cafe. disebabkan terlalu teringin, kerie pun order lah kat satu cafe ni. teka ape, serius megi dia takde ape. kerie bayar RM 3.70 hanya dapat megi kosong dengan sebijik telur. memang lah kerie rase macam nak bunuh owner cafe tu kan. huh. sib baik lah kesabaran masih ade. so kerie diamkan aje. kerie tak makan pun. kerie pegi beli makanan lain. sejak dari tu memang kerie tak pegi da cafe yang memang terkenal sebagai kedekut tu.

Macam ni lah, bagi kerie lah... kalo ko takut rugi baik ko takyah berbisnes. kalo ko nak berbisnes cara kotor, baik ko tak yah jadi orang Islam.. sebab dalam Islam memang takde bisnes kotor-kotor ni. kalo nak sangat senang kat dunia sampai tak peduli dosa pahala, takpe... Allah bagi apa yang ko nak... tapi ingatlah nanti, masa ko akan sampai jugak. huhu...

K lah.. tu je nak cite. bai.

Sunday, April 22, 2012

Kucing binatang tercomel di dunia.

Assalamualaikum...

Hehe.. nak update dari kelmarin lagi sebenarnya, tapi internet uia ni macam mengada-ngada, siput pun lagi laju. huhu. alah, kali ni pun nak update something yang macam tak berapa nak penting. tapi yang pasti apa yang kerie nak update ni adalah cute ok. tak percaya tengok lah nanti... sebelom tu kerie nak soal, apakah binatang yang tercomel dalam dunia...? ha... apa? Gajah...? salah.. tak. lagi lagi... ha.. siput. oi.. of kos la siput tak comel. tang mana comelnya ntah.. lagi taknak teka da? haha.. takyah teka lah. jawapan memang sudah pasti, jelas lagi nyata iaitu meow meow meow... hehe.. of course lah kucing binatang tercomel dalam dunia. ha... sapa yang tak suke tu, sila jangan nak cakap banyak. menyayangi kucing tu adalah sunah rasullah.. bukanya tabiat tak baik hoke!!! ok jom tengok comel baby meow yang sering menggundahkan hati kerie. hehe.. :)

Hobi caye ialah tido selepas naik syeikh bermain-main smpi tunggang langgang bilik tuan sy. :P

Jangan geram sgt tau.. ye sy tau sy comel.. :P

Comelnya!!!!! 

Ok dah.. tu je gambar yang kerie nak share dengan sume. kerie nak p tepon mak kerie pulak. Thanks for reading.. kumawo.. bai.


Friday, April 13, 2012

KEWAJA,membantu mereka yang terlupa dan tersasar.

Assalamualaikum

Jumaat suda ini hari... hmm dan.. kerja kerie masih berlambak-lambak serta berlunggun lunggun terabai dan terbengkalai. why? why... huhu. saya mahu jadi rajin lah. siap kan kerja lam masa satu hari tanpa ada sebarang rehat untuk menonton sebarang cerita, main game dan juga bermain dengan kucing. Tapi malang, nafsu itu amat sukar dikekang. ibarat semut suka kan gula. bukan gula pasir sahaja malahan gula-gula getah juga.

Ok demikian.

Kerie tulis blog ni sebenarnya bukan untuk meraban macam gaban, malahan tidak sekali macam action kameng. Kerie cuma suka kan benda-benda yang berfaedah je  contohnya macam main game menelaah journal-journal scientific. so apa barang nak meraban dalam blog benda-benda tak ilmiah ni. buang masa u know...? jadi elok lah kita bercakap pasal KEWAJA bukan kejiwa atau sakit jiwa. bukan.

Korang sume ni tau ke kewaja tu apa? kamon lah... KEWAJA ni fames doh... lebih fames dari AA tau. korang ni kalau tak tau nama nya katak bawah tempurung. memalukan anak bangsa.

Disebabkan ada yang macam masih samar-samar ayam kahwin dengan kambing masak kuzi, baik lah kerie bgaitau apa benda KEWAJA ni. KEWAJA ni satu badan NGO yang di tubuh kan untuk menolong dan menyelamatkan remaja-remaja yang bermasalah, yang terlibat dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah, mat rempit, bohsia bohjan sampai lah ke masalah yang serius seperti mengandung luar nikah. Tapi kini kewaja lebih di kenali sebagai pusat perlindungan untuk perempuan-perempuan yang mengandung luar nikah tak kira sama ada akibat dari perhubungan seks secara sukarela ke ataupun kene rogol ke sume boleh. Tapi apa pun, ia tetap tertakluk kepada tema dan syarat. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lah ke fb kem modal insan kewaja dan hubungi mereka dengan sendiri.

Sebenarnya kewujudan rumah perlindungan atau lebih tepat kem untuk remaja-remaja yang bermasalah ni memang sangat-sangat bagus. walaupun wujudnya segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan fungsi kewaja ni, tapi sebenarnya, hasil dari temuramah kerie dengan pihak KEWAJA sendiri dan penghuninya mendapati ramai remaja dan golongan muda yang telah tersasar kembali ke pangkal lengan jalan. cuma sebilangan kecil je akibat faktor yang lain, selepas keluar dari kewaja, perangai "pig n lion" dia menjadi-jadi kembali.

Sebenarnya kerie bercakap pasal KEWAJA ni sebab kebetulan research yang kerie buat for thesis kerie ni terlibat dengan gejala-gejala yang melibatkan golongan-golongan yang menghuni KEWAJA ni. Kerie dah pegi sana beberapa kali untuk interview penghuni KEWAJA itu sendiri dan juga owner kewaja tu sendiri. jadi... kerie mendapati sebenarnya kewaja atau pusat perlindungan macam ni sedikit sebanyak membantu golongan-golongan yang pernah terlanjur melakukan dosa kembali ke jalan yang benar.

Sebenarnya untuk masalah sosial yang semakin membusuk kat negara kita ni, setiap pada kita perlu memainkan peranan masing-masing sekurang-kurangnya menyumbang apa yang termampu untuk menyelesaikanya. Bagi kerie, cuma satu je, kembali kepada Islam... umat Islam ramai di dunia ni.. cuma mereka tidak melakukan apa yang mereka sepatut lakukan, mereka tidak mejadi Islam yang sebenar-benar Islam. maka Allah mewujudkan kepincangan seperti ini untuk kita sedar dan kembali kepadaNya. Tiada jalan penyelesaian yang terbaik melain lihat pada Allah dan kembali kepadaNya. Wallahualam

Demikian sahaja... bai.

Wednesday, April 4, 2012

A blessing to family, congrats Rafidah & Halif

Assalamualaikum

hai..

Puh..puh..puh.. achhhommm. adoi. banyak benar da habuk lam blog ni. Huhu. maklumlah, da lame tak service. huhu. kali ni pon update tak panjang sgt sebab sakit tangan dah buat transcribing. so.. taip blog kene dikurangkan. kang kudung tangan kerie. jatuh rege hantaran. sian.

This time just wanna wish my beloved sister.. congrats!!!! da kawen rupenye dia. Pas ni dia balik kampung da takleh tido dengan dia. takleh membebel sampai pukul 3 4 pagi sesama. uwaaa... sedih gak. tapi xpelah. dia da dapat kebahagian baru. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dua-dua majlis semuanya meriah dan gilang gemilang. hehe. ala.. laupon takde la cam majlis kawen retis. tapi takpe, tak kesah. yang penting perkahwinan tu diberkati. betul tak? Semoga kakak kerie n husband dia hidup bahagia bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat. insyaAllah

Semoga selamat semuanya sampai ke akhirnya. amin.

Ni kerie make up kan... he.. kerie tak pandai sgt. buat sekadar yg mampu. :)

Ni reception yang kat Muar.. :) macam biasa... kerie lah pengapitnya.

Lagi satu berita gembira, kucing kesayangan kerie... lola pajila atau lebih dikenali sebagai boyan, yoyan, anak buaya, kuih koci, minah limpit.. dan lain-lain nama telah selamat melahirkan baby yang comel sangat2. sebelum ni kerie telah kehilangan kucing kesayangan jugak, simba my pretty boy dah takde. tapi digantikan dengan anak-anak beliau.alhamdulillah. semoga baby2 tu semua panjang umur. InsyaAllah.

K lah.. tu je update kerie untuk kali ni. bai.

P/s gambar banyak-banyak ade kat fb kerie. :)