Jumaat suda ini hari... hmm dan.. kerja kerie masih berlambak-lambak serta berlunggun lunggun terabai dan terbengkalai. why? why... huhu. saya mahu jadi rajin lah. siap kan kerja lam masa satu hari tanpa ada sebarang rehat untuk menonton sebarang cerita, main game dan juga bermain dengan kucing. Tapi malang, nafsu itu amat sukar dikekang. ibarat semut suka kan gula. bukan gula pasir sahaja malahan gula-gula getah juga.
Ok demikian.
Kerie tulis blog ni sebenarnya bukan untuk meraban macam gaban, malahan tidak sekali macam action kameng. Kerie cuma suka kan benda-benda yang berfaedah je contohnya macam
Korang sume ni tau ke kewaja tu apa? kamon lah... KEWAJA ni fames doh... lebih fames dari AA tau. korang ni kalau tak tau nama nya katak bawah tempurung. memalukan anak bangsa.
Disebabkan ada yang macam masih samar-samar ayam kahwin dengan kambing masak kuzi, baik lah kerie bgaitau apa benda KEWAJA ni. KEWAJA ni satu badan NGO yang di tubuh kan untuk menolong dan menyelamatkan remaja-remaja yang bermasalah, yang terlibat dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah, mat rempit, bohsia bohjan sampai lah ke masalah yang serius seperti mengandung luar nikah. Tapi kini kewaja lebih di kenali sebagai pusat perlindungan untuk perempuan-perempuan yang mengandung luar nikah tak kira sama ada akibat dari perhubungan seks secara sukarela ke ataupun kene rogol ke sume boleh. Tapi apa pun, ia tetap tertakluk kepada tema dan syarat. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lah ke fb kem modal insan kewaja dan hubungi mereka dengan sendiri.
Sebenarnya kewujudan rumah perlindungan atau lebih tepat kem untuk remaja-remaja yang bermasalah ni memang sangat-sangat bagus. walaupun wujudnya segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan fungsi kewaja ni, tapi sebenarnya, hasil dari temuramah kerie dengan pihak KEWAJA sendiri dan penghuninya mendapati ramai remaja dan golongan muda yang telah tersasar kembali ke pangkal
Sebenarnya kerie bercakap pasal KEWAJA ni sebab kebetulan research yang kerie buat for thesis kerie ni terlibat dengan gejala-gejala yang melibatkan golongan-golongan yang menghuni KEWAJA ni. Kerie dah pegi sana beberapa kali untuk interview penghuni KEWAJA itu sendiri dan juga owner kewaja tu sendiri. jadi... kerie mendapati sebenarnya kewaja atau pusat perlindungan macam ni sedikit sebanyak membantu golongan-golongan yang pernah terlanjur melakukan dosa kembali ke jalan yang benar.
Sebenarnya untuk masalah sosial yang semakin membusuk kat negara kita ni, setiap pada kita perlu memainkan peranan masing-masing sekurang-kurangnya menyumbang apa yang termampu untuk menyelesaikanya. Bagi kerie, cuma satu je, kembali kepada Islam... umat Islam ramai di dunia ni.. cuma mereka tidak melakukan apa yang mereka sepatut lakukan, mereka tidak mejadi Islam yang sebenar-benar Islam. maka Allah mewujudkan kepincangan seperti ini untuk kita sedar dan kembali kepadaNya. Tiada jalan penyelesaian yang terbaik melain lihat pada Allah dan kembali kepadaNya. Wallahualam
Demikian sahaja... bai.
No comments:
Post a Comment