My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Friday, November 29, 2013

I jelly you..

Assalamualaikum

Hai.. 

Kerie nak mengarang hari ni, bukan mengarang ape, cuma luahan hati. Bleh kan? Dalam hidup ni, selalu kita rasa x mencukupi, keinginan untuk memiliki tak pernah menurun. Semakin hari semakin banyak yang kita idamkan tanpa mengambi kira yang sebenarnya kita da punya begitu banyak nikmat yang mungkin kita sendiri x menggunakanya dengan baik. Pembaziran. Astaghfirullahalazim. 

Pembaziran, bukanya tak terjadi dalam hidup kerie. Kerie pun jenis orang yang begitu tinggi keinginan dalam membeli belah.. especially baju, kasut, handbeg n make up. Tapi xde lah sampai jadi "biar papa asal bergaya" alhamdulillah, buat masa ni semua cukup lagi. Allah Pemberi rezeki dan nikmat, syukur sangat2. 

Kerie rase kerie da lari topik.. wakaka... sebenarnya nak cite lain, boleh? hahah. oke2, sebenarnya kerie nak citer pasal cemburu dan iri hati. Cemburu n iri hati ni tergolong dalam penyakit kronik hati. Betol x? sape setuju angkat tangkat, kalau x setuju xyah angkat. kerie x paksa. Ok? bleh paham? 

Kerie pon ade jugak sekali sekale dua kali dua kale, merase cemburu dan iri hati. Maklumlah kerie ni pon manusia biasa, yang hatinya senang di gugat oleh bisikan syaitooonnnn durjana. Tapi, apa yang kerie buat bila berperasaan kurang enak begini ialah dengan mengingati semula kurniaan nikmat yang Allah bagi pada kerie. Yess.. x semua orang dapat apa yang kerie dapat. Allah tu maha adil. Kurang nya kerie di sini, lebihnya kerie di sana. Betul tak? u ollsss pun sama tau. Kalau u ollss tengok org lain lebih dari u ollsss.. itu yg u olss ternampak lebihnya je, yang kurangnya u olss x nmpk. Apa pon, xyah lah nak teropong buruk dan lemah orang lain. Kita tengok yang baik2, kita puji Allah SWT. Semuanya dari Allah SWT. Ok lah tu je nak luah kan.. bukan la luahan sangat pon, cuma perkonsian dari hati sanubari yang tetibe rajin nak di manifestasikan. see you again. bai. assalamualaikum.

Wednesday, November 20, 2013

Wedding pictures from official photographer.

Assalamualaikum

Hai

Jom tengok gambar kahwin kerie jom. Hari yang menjadi sejarah dan memberi kesan selama-lamanya dalam hidup kerie. :)

Officially husband and wife.

Dalam rumah pon pakai spek ke hubby? aiyooo...

Couldn't say more, i love this man.

after nikah, wajib la begambar dengan keluarga kan. Ni family husband kerie. :)

Banyak je lagi gambar, tp kerie share yang ni je dulu k. k dah.. bai. :P

Thursday, October 3, 2013

Kenyataan Hidup

Kadang-kadang ada yang kita rindu, tapi semuanya dah tinggal kenangan, kadang-kadang ada yang kita kesali, tapi semuanya dah berlalu, kadang-kadang hati kita disakiti, tapi kita cuma mampu berdiam diri. Itu lah kehidupan.. life is hard. that's the fact. :)

Wednesday, July 24, 2013

Pendapat di bulan ramadhan

Assalamualaikum.. 

Hai everyone! 

Ape khabar? sejak da berkerjaya ni kerie jadi kurang terurus, sebagai buktinya, semakin jarang kerie mengupdate blog lantas blog ni menjadi kepam berhabuk ibarat tunggu masa nak padam untuk selama-lamanya.. tapi tapi tapi dan tapi lagi, hati kecil ini tidak sanggup membiarkan ia terpadam kerana terdapat pelbagai memori indah kerie bersama blog ini.. errr.. ape plak berjiwang dengan blog plak ni? heishhhhh... ok k k.. dah dah usah melakukan pembebelan yang sia-sia, wajib la kita di bulan ramadhonnnn ni melakukan perbahasan yang serius dan membawa manfaat. ya.. manfaat itu kan pahala. Di sebabkan tawaran hebat menggunung tinggi yang Allah offer di kala bulan ramadhan ni, kerie pun xnak lepaskan peluang meraih pahala, dengan ini kerie pun berkeputusan itu bercerita tentang pendapat kerie yang agak tak seberapa, dikongsi untuk manfaat bersama.. dan dengan niat lillahitaaala. InshaaAllah.

Kerie nak cite lah, berdasarkan pengalaman kerie yang setahun jagung, sebulan pisang ni... diteliti dan di dalami, ada sesetengah orang ni cepat sangat tak suka kat orang semata-mata sebab dia rasa orang tu tak baik atau berdosa. Bagi kerie kita takde hak nak tak suke orang sebab orang tu buat dosa atau salah sebab kita sendiri pun tak dijamin suci atau terkecuali dari membuat dosa. sedangkan Rasullah SAW yang maksum dari dosa pun tidak bertindak sedemikian, apatah lagi kita ni. Maybe kita dah sempurna tutup aurat, tapi... ade dosa lain yang kita buat, cthnya berprasangka tidak baik pada orang yang kita lihat seperti kurang warak pemakaiannya atau perbuatanya. Sungguhpun pakaian sudah sempurna, takde hak untuk kita rasa orang lain tak betul. Hati dan iktiqad seseorang kita tak penah tau. Sedekat mana hubungan dia dengan Allah, kita takkan mampu menilai. Bukan lah kerie nak kata orang tak tutup aurat ni x salah.. salah tetap salah, tapi ingat, yang memegang hati kita ialah Allah, bila-bila masa Allah boleh cabut atau bagi hidayah pada hambaNya yang dikehendaki. Melakukan dosa bukan semestinya pengakhiran hidup yang bleh menyebabkan kita atau orang lain berputus asa di atas rahmatNya. Selagi kita sentiasa beristighfar, menyesali perbuatan dan bertekad serta usaha untuk tinggalkan perbuatan tu, inshaaAllah pasti ada jalan untuk kita menjadi hamba Allah yang lebih baik.InshaaAllah.

proses penyarungan cincin di hari pertunangan. :P
Kerie suka cara orang berdakwah dengan kasih sayang dan berhikmah, kerie suka cara teguran yang tidak mengaibkan, kerie lebih suka kalau orang tu tegur kerana sayangnya dia kepada kerie lillahitaala. Bukan kerana amarah dia sendiri bagi memenuhi gelojak nafsu dan kepuasan hati sendiri. Jadi, sebab tu lah kita kena hati-hati bila nak berdakwah dan menegur, kalau boleh jangan sampai ada hati yang tersinggung, kalau tersinggung pun, buat lah hati dia menjadi lapang dengan teguran kita. Before kite nak sound orang tu pastikan niat dan apa perasaan sebenar dalam hati kita, sekiranya ada perasaan marah, seeloknya jangan ditegur, tapi sekiranya ada perasaan sayang.. baru kita proceed untuk menegur. Kalau marah kerana sayang? hmm boleh juga.. :)  tapi jangan marah sebab lain plak tau! :P 

Ni pelan ke rumah penantin perempuan, rumah sape lagi kalau bukan kerie. Hihi.
Ok lah sampai di sini sahaja pembebelan kerie yang x seberapa ni. Bukan dua posen bukan tiga posen.. ianya ikhlas lillahitaala. semoga ada yang dapat manfaat dari penulisan kerie. Hehe.. mood serius betol. Ekekeke.. ok2, sebelom kerie berundur diri, sukacita kerie jemput korang korang dan korang untuk dtg ke majlis perkahwinan kerie pada 17 august 2013, majlis akan berlangsung di rumah kerie sendiri.. takde bajet nak sewa dewan ke hotel bagai, sewa khemah saje mampu. hihi.. Jemput lah datang kalau berani. Rumah kerie kat terengganu, jauhh tuuhhh.hehe.. k dah.. bai. Assalamualaikum.

P/S: Benci dosa atau perbuatan salah yang dilakukan takpe, bukan benci kepada si pelaku. Sila digest sendiri k ayat ni. :P

Monday, July 8, 2013

Perubahan dalam kehidupan.

Assalamualaikum

Hai...

whoahhh....!! gile lama tak update blog. selama berbulan-bulan tak update blog ni, ade beberapa event penting berlaku dalam hidup kerie. ade yang baik, dan ada yang kurang baik, apa pon kerie anggap ia sebagai asam garam kehidupan, nikmat dan musibah datang dari Allah, semoga Dia mempermudahkan dan merahmati. InshaaAllah. Di kala ini, kerie kat office kerie, my own room.. new office, new workplace.. new world for me. Skang masih di stage adjustment.. huhu.  semoga kerie bertabah dengan kerenah dunia baru. Sabar kerie, sabar.. hehe.

Ok.. mesti korang tercengang-cengang kan, tetibe cite pasal new office, keje baru, new world bagai.. takde muqadimah main sembat je terjun macam nak bunuh diri.. heishh.. kerie kerie. ok k k.. meh kerie cite dari mula sampai abis .. biar terang benderang akal fikiran korang sume. hehe.. untuk pengetahuan korang semua, kebelakangan ni, telah berlaku perubahan dalam hidup kerie. Pertama sekali, kerie kini telah bergelar tunangan orang, dan yang kedua kerie skang ni da bertukar tempat kerja. Dulu kerie bekerja di asylla collections boutique, tapi kini, kerie telah bekerja di UIA, sebagai psychology officer. alhamdulillah atas rezeki Mu ya Allah. Kalau di lihat dari mata kasar, perubahan ini kelihatan baik dan sangat menggembirakan.. mana tak nya, sape tak happy bila da bertunang, selepas tu, dapat kerja baru kat tempat yang di idamkan kan? orang gila saje yang tak happy.. yess kerie happy bagaikan nak melompat2 sampai atas langit.. tapi tapi tapi.. disebalik kehappyan tu, sebenarnya indah khabar dari rupa.. itu je lah kesimpulan yang kerie bleh simpulkan secara rapi dan ketat supaya tak mudah tertanggal.

New place, new experience, new challenge.. Ya Allah, please be with me. Amin.

Indah khabar dari rupa di sini bukan la maksud kerie tak best bile da bertunang.. best memang best, best sgt2... cuma, kadang-kala ade jugak ujian dan dugaan yang kerie kena lalui. ujian yang mungkin menyebabkan kerie stress dan mengganggu pikiran kerie di kala malam dan siang hari. apa pon, alhamdulillah, setiap dugaan yang kerie hadapi, kerie dapat tempuhi dengan baik, dengan keizinan Allah. Alhamdulillah ya Rabb..

Alhamdulillah sy da selamat menjadi tunangan orang. Make up by me myself n i. hehe. Baju by sizuka online shop.

Mengenai tempat kerja plak, biase-biase je. skang ni belom start busy sebab short sem students tak masuk lagi. N session pon x de lagi, maklum la baru masuk la katekan. tak sabar jugak nak buat session, new experience, sebab sebelom ni practical kat hospital, maybe different sikit kot dengan university setting. apa pon alhamdulillah sebab kerie da terima cabaran dan dugaan awal-awal lagi. Semoga kerie bertabah hati dan kuat umtuk menjalankan
 amanah, lillahitaala. InshaaAllah. :)

K lah kerie rase sampai sini dulu pembebelan kerie. nanti kerie update lagi k. tata.. assalamualaikum.

Saturday, April 27, 2013

Successful event of the year: Asylla Blow-Out Sale.

Hellloooo...

Assalamualaikum everyone,

Hari ni kerie nak update sikit pasal event yang telah berlangsung pada hari ahad dan isnin tempoh hari. Alhamdulillah asylla blow-out sale bleh dkatekan sebagai successful event bagi pihak penganjur. Kerie dan kawan-kawan yang telah bertungkus lumus termasuk big boss rasa berpuas hati dengan kejayaan event ni. alhamdulillah... Thanks to all customers and bloggers yang datang join event kitorang. Sangat meriah dengan kehadiran korang semua. Untuk pengetahuan semua, blogger-blogger yang hadir termasuk lah cik mek molek fatin suhana and yuyu zulaikha. Dapat jugak kerie bersua muka bersenyum simpul dengan mereka. Malangnya tidak dapat berborak kosong panjang lebar sebab kerie busy pada hari kejadian.

Sepanjang event berlangsung, kerie dapat menimba berbaldi-baldi pengalaman dan ilmu baru tentang kehidupan. Macam-macam ragam orang kerie jumpe tapi, ape pun semuanya disimpan rapi dalam hati. yang baik dijadikan ikutan yang buruk shoh shoh buang jauh-jauh.

Ok lah kerie taknak berleter panjang lagi dah.. moh kite tengok gambar di hari kejadian. tak banyak sangat pun yang kerie snap.. sebab kerie sangat busy di hari kejadian. :)

Gambar ni ditangkap oleh ayah najwa hanani, si gadis manis.. Dapat jugak amik gambar dengan yuyu zulaikha. tapi fatin suhana tak sampai lg time ni.. :) 
Ini lah orang kuat yang bertungkus lumus. Yang gambar kerie paling kiri tu kerie dengan big boss a.k.a kawan rapat kerie. Comel kan? hihi. pakaian staffs asylla pada hari kejadian ditaja oleh asylla collections and design. satu cara nak promote kan baju sekali, boss n staffs jadi model. ekekeke.... 

Semalam boss belanja kitorang dinner kat the manhattan fish market. sangat yumm makanan dia n air sweet alabama dia. Thanks boss!! Selepas ni kitorang bakal mengadakan event besar lagi yang akan berlangsung pada 1 june 2013. yeayy!! selamat bekerja keras ye asylla team! hehe.. Ok lah sampai sini dulu penulisan kerie. sambung lagi di kemudian hari. babai, assalamualaikum.

Thursday, April 11, 2013

BLOW-OUT SALE ASYLLA COLLECTIONS SUPERCOOL

Assalamualaikum..

hai...

Wahh wahh wahhh.. makin menjadi-jadi tabiat kerie mengupdate blog. takleh jadi ni. kang ketagih blog, mende lain tak buat. tak lah.. sebenarnya kerie update ni sebab ada benda awesome kerie nak share. Hari tu kat kerie ade cite pasal blow-out sale anjuran asylla collections pada 21 and 22 april 2013 kan? ha... sememangnya blow-out sale yg dianjurkn tu memang awesome dan supercool sebab asylla collections bukan saje akn bagi discount terhebat pada hari kejadian malahan akan bagi hadiah kepada customers yang bertuah. Nak menang hadiah tak kawan-kawan? ha.. kalau nak, senang saje cara nya.. hihi.. semua orang bleh menang, bukan  saje saya, malahan awak, awak dan awak pun bleh menang. ha.. cool kan? so.. jom kite tengok langkah-langkah yang harus diambik sekirenya nak menang hadiah dari asylla collections. Kalau butik da awesome pasti lah hadiah yang ditawarkan awesome juge... so ape lagi, jang lepas kan peluang..

So.. here we go, 

1) First sekali kalian kalian dan kalian haruslah mengLIKE fb page asylla collections, ok.. ni kerie kasi link.. bleh tekan pastu terus sampai ke fan page terbabit ---> KLIK SINI

2) Selesai like, sila share poster seperti gambar dibawah dekat wall fb korang, di samping itu, korang harus jadi secreative yang boleh untuk menjemput kwn-kwn fb korang supaya hadir ke blow-out sale ni. Invite ramai-ramai kawan tuk join this event k... 


3) Yang ketige... hmm.. errr.. ok dah!! takde yang ketiga. 2 steps only then u can win. Easy rite? ha... ape lagi, jom lah join. nak hadiah tak. 

Untuk pengetahuan adik-adik, kakak-kakak semua, hadiah yang diberi oleh asylla collections ni hanya boleh ditebus mase blow-out sale je. Nak taknak, kalau korang menang.. korang kene gak pegi blow-out sale ni untuk dapat kan hadiah. If tak, burn je lah hadiah korang tu. ha.. lagi pun tak rugi pun pegi sebab ade jualan habis-habisan bukan saje dari asylla collections tapi online shops yang lain. Korang pon berpeluang berjumpe dengan blogger2 fames, tv hosts n models yang cun melecun pada hari kejadian. Hanya 30 orang customers yang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah dr asylla collections. So again, don't miss the chance, jom serbu reramai!!! happening, havoc baru lah cooolllll! awesome u. k.. bai.. assalamualaikum.

P/s: Dapatkan baju rekaan terbaru asylla collections, rossadelia pada harga pengenalan mase blow-out sale nanti. Contoh baju macam yang dalam poster yang model tu pakai. warna merah n purple tu. Cantik... wuu~

Wednesday, April 10, 2013

Keperasanan Budak-Budak Hingusan

Assalamualaikum

Hai.. 

Terajin plak kerie nak update blog hari ni. Saje je kerie nak menyibuk bagi pendapat mengenai budak samseng yang pukul ketua kelas tu. Biase la bebudak tak matang rasa diri hebat sangat. Kerie rase kan yang orang-orang dewasa tu kot ye kesian dengan ketua kelas tu pun, takyah lah beremosi berlebihan dalam memberi komen. ade yang maki hamun bagai. ce kalau budak tu orang terdekat kite, mesti kite bago 1001 macam alasan nak backing dia kan. Biase lah bebudak tak matang.. ni dia da kantoi, mana tau ni jalan Allah bagi kat dia untuk mengajar dia menjadi insan yang lebih baik. dan jika dia amik peluang ni dengan baik, inshaaAllah dia bleh jadi orang yang ntah-ntah lebih baik dari orang mengeji dan mengutuk dia. So berpada-pada dalam memberi komen dan penilaian ya kawan-kawan sekalian.

Apa pun, budak-budak muda skang ni, suka nau perasan bagus. Ada yang berlagak diva pun.. Umur 23 ke 24 pun masih perangai keanak-anakan.. bangga n rase diri hebat n glamour, lantas tidak tahu cara yang betul untuk bercakap dan berkomunikasi dengan baik. Terasa diri hebat, lalu berpikiran yang diri tak perlu reply atau response kepada orang lain dengan segera, macam dia lah yang paling busy kalah pm yang tengah sibuk berkempen pilihanraya. hmm.. kesian dengan budak-budak camni. rasa diri hebat tapi hakikatnya.. hanya Allah je yang tau. Hikhikhik.. takpe-takpe biar dia dengan dunia dia. :) k lah.. apa pon, kalau budak-budak hingusan ni kite patut bagi peluang. biase lah manusia ni tak sempurna. melalui ketidaksempurnaan itu lah manusia menjadi lebih baik dan baik. InshaaAllah. K lah sampai sini saje untuk hari ni. bai.. assalamualaikum.

Tuesday, April 9, 2013

Shawl Besar

Assalamualaikum..

Hai..

Gigih nampak nya kerie nak mengupdate blog walaupun takde ramai followers. hmm.. sukati lah kan. Blog ni tak semestinya nak kena update oleh mereke-mereke yang banyak followers je. Yang tak banyak followers cam kerie ni apesalah nye update. tak bedose pon. ok lah kan. takde la nak update apa sangat. Just nak share something yang telah berlaku dlm hidup kerie. Sejak umur semakin menua akibat tahun tahun yang berganjak dengan begitu pantas dan ligat, kerie telah menyedari yang badan kerie semakin gemuk.. eh bukan bukan itu yang kerie nak katakan.. ulang balik. kerie telah menyedari yang kerie semakin menggemari shawl besar-besar gedabak berbanding shawl kecik tuek. tak.. dulu pun kerie suke shawl yang width dia besar sebab bleh buat or lilit banyak style. tapi kini kerie suke yang bsr sebab ia blh melepasi dada. Bila kerie pakai tudung yang melepasi dada kerie rase begitu yakin dan selesa serta gembira. Skang ni kerie kalau beli shawl, memang nak yang besar-besar. Dulu susah gak nak jumpe yang besar. skang ni dah ade merata riti, ada di mana-mana. Bleh beli dengan hati girang. Hehe.

Lagi satu, sejak berkerjaya ni, kerie memang lebih menggemari pakai pakaian yang takyah iron. Bukak lemari, sambar, pakai.. dan jajan...!! terus bergaya.. ha, kerie suka camtu sebab bagi kerie iron baju ni kadang-kadang membuang masa. Kalau masa iron baju tu digunakan untuk tidur lama skit lagi baik. Hehe. Kalau nak iron belah malam, lagi lah jangan harap.. malam-malam da jadi cam baby, tidur awal memanjang, sampai kadang-kadang termiss wish good night kat insan tersayang. Tapi takpe dia faham. Hehe. Teruk betul lah kerie ni kan.. tak tahan penat, ntah besok bile da kawen camne lah. setiap hari kot nak kene iron baju suami. takpelah, selagi belom kawen ni, kite guna je lah sebaiknya masa untuk tido. ekekekee.... Ok lah, ni kerie nak tunjuk, kerie pakai shawl pendek yang semestinya tak perlu iron sebab kerie malas nak pakai shawl lain yang kene iron. tapi kerie rase tak selesa plak bila shawl ni pendek sangat, maka nya kerie pun buat lah extension di bahagian bahu dan dada supaya jadi labuh. haha.. yang penting kerie rasa selesa. lagi pun shawl yang kerie pakai untuk extension ni pun memang takyah iron. :) senang. 

Jajannnn!! ni ade dua shawl yang kerie pakai ni. tapi tak susah n panas pon.

Sungguh pun begitu, kerie tak bermaksud yang kerie ni dah sempurna dalam menutup aurat. Tapi sedang berusaha untuk menjadi lebih baik dan baik. Kerie akui kadang kala ade tersasar. Kerie bukan artis di mana once diorang buat perubahan ramai lah orang nak taja baju or tudung untuk diorang pakai. kerie insan biase. Nak beli tudung or shawl baru kene guna duit sendiri. Pendekatan yang terbaik pakai shawl lama yang pendek, pastu sambung extension camni. ha... mudah senang dan jimat. Ok lah sampai sini je penulisan kerie. bai.. assalamualaikum.

Friday, April 5, 2013

BLOW-OUT SALE BY ASYLLA COLLECTIONS AND DESIGN

Assalamualaikum

Hai. 
 

Hari ni kerie rasa cam nak update blog. Nak bercerita tentang ape ye? hmm.. tetibe terase nak pegi tengok wayang tapi.. hujung minggu ni kerie ada tuntutan tugas bagi mencari sesuap rezeki. Maka tak dapat lah nak layan movie. Untuk entry kali ni kerie nak citer pasal blow-out sale yang akan dianjurkan oleh butik asylla collections and design pada 21 hingga 22 hb april ni.  Takde la ape sangat nak di cite kan.. tapi kerie nak war-warkan yang bahawasanye blow-out sale ni sangat menarik sebab ada banyak lagi online shops yang akan join event ni. Online shops yang akan terlibat ialah simply shayana by liyana hisham and shabana, choice by ida mansor, bff by fatin suhana, lovehijablife by fifie suhaimi dan banyak lagi. Online shops ni ade yang jual shawls or tudung, ade yang jual baju, abaya, kurta dan macam-macam lagi. :) Asylla collections plak pada hari terbabit akan memperlihatkan dan menjual design terbaru dengan harga introductory price, so the price will be cheaper on that day. Ada jugak sale serendah 70% untuk baju-baju keluaran asylla collections. So.. best kan? hehe.. ape lagi.. sape yang suka shopping tu jomlah dtg. Blow-out sale ni akan bertempat di butik asylla collections sendiri iaitu wangsa maju. Ni alamat dia. No 8, jalan wangsa delima 2a, seksyen 5, wangsa maju, 53300 kuala lumpur. Jom jom jom.. datang berbondong-bondong n shopping sakan. Hehe.. K lah tu je pengumuman yang kerie nak war-war kan. Kerie suka butik asylla collections ni sebab semua baju dia cantik-cantik. wuuuu.. rugi tak beli. :P

Friday, March 29, 2013

Takyah Nak Diva sangat lerrrr...

Assalamualaikum

Hai..

Wahh.. berdasar kan dari tajuk entry kerie ni nampak macam mafia nak sound orang sampai berdesing dan bernanah telinga kiri dan kanan. Walllaweeyyy.. seram gile sehhhh.. Takde-takde bukanye nak sound teruk teruk pon. Nak sound skit saje. Kerie ni walaupun takde la fames cam cam cam.. cam blogger lain yang kononye dae bak sgt.. smpi riban-riban followers sampai semua majalah tb radio panggil, sampai pegi bercuti pon dapat tajaan. Tak.. kerie memang tak fames. N kerie taknak pun jadi fames. Sekadar jadi perhatian orang ramai lantas menyekat segala privacy kerie, ohhh itu bukan pilihan kerie. Dalam-dalam tak fames kerie ni, kerie dikelilingi oleh orang-orang yang agak fames dan berkawan dengan mereka yang kononye fames ala-ala blogger hebad abad ini lah kan.. lantaran itu, telinga kerie ni da naik cair dengan mukus-mukus di dalam mendengar gosip mengenai mereka-mereka yang terlibat dalam industri glamer ni. haihhh... baik yang bertudung mau tak bertudung. asal glamer sikit, lupa diri.. laupun diri tak setinggi mana secara fizikal, pelajaran mahupun agama.. tapi still ade perangai diva.. Huishh.. suda suda lah kerie woii.. jangan ko plak nak kotor kan blog ko dengan gosip2 sensasi. Takyah takyah. Sebenarnye apa yang kerie nak sampai kan ialah, tak kira la sape diri anda, belajar kat mana, bape banyak followers anda pun.. Allah tak nilai anda dari pujaan dan pujian manusia sekeliling. eeee..comelnya muka awk, eee kecik molek nya awk ni.. semua pujian tu tak melayak kan diri anda untuk ke syurga pun. sooo.. takyah nak rase diri bagus sangat dengan mempertahankan ego sendiri yang boleh merosakkan hati dengan kesombongan dan kebongkakan anda. Siapa pun anda, blogger hebad ke, Model hebad ke, pelakon hebad ke, Penyanyi hebad ke.. itu semua dunia!!! Kerie tak kagum pun. hehe.. sooo... TAKYAH NAK DIVA SANGAT LAH! Bedasarkan  pemerhatian kerie, insan yang lemah dan tak punya apa-apa ni, dunia glamour ni sebenarnya mengundang bnyk penyakit hati dan kebanyakkan orang dalam bidang ni hipokrit. K dah, Bai.. Assaalamualaikum...

Monday, March 25, 2013

Akhirnya dapat berjimba dengan rakan-rakan cantik. Liyana Hisham, Finaz Yunus and Shabana. wuuu..

Assalamualaikum

Hai..

Uihhh... kali ni nak update entry singkat je sebab nak tepek gambar je lebih.. Maklum lah sabtu ritu kerie telah pergi jimba dengan riangnya bersama rakan cantik molek malahan beautiful, eh tetibe ade bahase inggeris. Sukati den lah.. den nak copat. Ok lah... tanpa berlengah lagi.. mari tatap gambar. Ohh.. pada yg rase cam nk menggatal nak berkenalan. sorry yer.. mereka semua da jadi isteri kepada lelaki-lelaki ganteng yg bertuah..



Bff.. liyana hisham n finaz yunus. dapat baby pun sama jantina.. nmpk sgt sehati sejiwa.

Gambar dia smooth semacam kan? haha.. ni gambar ehsan dari camera samsung note II finaz ditambah lagi ditangkap dengan menggunakan application camera 360.. magic trus jadi. Muka flawless gitu masing-masing. Haha...

Me and my beautiful sister. shabana.. Cantik sgt sampai waitress tu nmpk terus kate cantik nya awk.. serius.. ni mcm miss india da ni. masuk miss world kalah negara lain. hehe.

Happy faces, setelah sekian lame tak gather gather.. hehe.

Four of us.. sahabat selamanya..
Ok dah tayang gambar. demikian sahaje la pengakhiran entry ni. Ape pun kerie sonok dpt berkenalan dan berkawan dengan diorang ni semua.. sebab diorang ni semua memang awesome!!! K dah bye.. Assalamualaikum.

Tuesday, March 5, 2013

Siapa Beruntung?

Assalamualaikum

Hai darls darls sume.. ape khabar u ollsss? I ollss baik-baik aje.. (wooowww very the artis cara sapaan). well malam ni tetibe kerie terasa cam rajin bercampur baur dengan semangat plak nak menaip entry. tengok title post kerie, sangat berbisnes tau!!! ade untung untung bagai. sejak bile plak kerie terlibat dengan bisnes? macam tak masuk akal je, Ohhh rupanya dalam mimpi saje. ekeke. 

Bercakap pasal untung rugi ni, kerie nak tanya kalian satu soalan, korang semua ni nak rugi ke nak untung? soalan macam mintak penampo tak? eheh.. mane ade orang nak rugi kan? semua olang pun mau wonnnggg punya lah pun... kerie pon kalau bleh nak 24 jam untung tanpa batasan. Tapi apa kan daya, keuntungan takkan datang bergolek ibarat ayam golek bergolek-golek di atas api pemagang di kala bulan ramadhan. Chup.. Di sini bukan ayam golek fokus kita ya! kerie tak bermaksud orang yang dapat makan ayam golek masa bukak puasa di bulan ramdhon adalah orang yang beruntung.. ayam golek di sini cuma unsur metafora bertujuan untuk bagi keyboard korang basah akibat air liur meleleh. Apabila keyboard basah maka akan rosak maka korang da takleh jadi key board worrior maka padan muka korang maka... err.. ok da lari tajuk. Baiklah, berbalik kepada fokus kita iaitu pemahaman dan penilaian seseorang terhadap maksud untung rugi. Di zaman orang duk pakai talipon bijak pintar dan cerdik ni kita boleh lihat, balik-balik lam instagram kalau kite letak gambar makanan sedap ke orang akan komen "untung lah.." Di sini kita boleh lihat bahawasanya seseorang yang  dapat makan makanan sedap adalah seseorang yang beruntung. ya dan keuntungan akan berganda kalau si pemakan tu cun. pasti ramai yang kata, "orang cun makan makanan sedap, untung lah.." hek.. adeke orang penah komen camtu kat gambar korang? kalau takde maknenye korang memang tak cun ataupun korang tak beruntung.  haha. Tak lah.. kerie main-main je.  ok k k... jangan la majuk. kite gurau senda di kala hati berduka saje...heeee.. kerie pon tak penah jumpe komen camtu setakat ni. Orang Malaysia ni kaya budi bahasa, takkan la nak menyinggung hati dan perasaan dengan bermanis mulut begitu skali. :P

Ok lah, sebenarnya apa yang kerie nak sampai kan  lam blog ni adalah bedasarkan pemerhatian dan pandangan kerie, insan yang kerdil ini tapi saiz badan ala gergasi lemak bertimbun spare tyre belambak, setiap orang mempunyai pemahaman dan penilaian yang berbeza terhadap maksud untung dan rugi. Ade yang rasa ada duit banyak macam.. err datin seri R tu manyak wunnnttooong woo. Ade yang rasa tak, sekadar macam dato' siti pon da ok. Ada yang rasa bermuka kacak atau cantik sangat menguntungkan sampai bleh jadi model pelakon blogger hebad abad ini kan? ade yang rasa bleh kawin dengan nora danish sangat menguntungkan. tapi... semua tu untung itu dapat di mana kawan-kawan? di dunia saja. di akhirat abadi? tak tentu lagi kan?? huk huk hukk.. tak semua orang pk nak untung akhirat dari untung dunia. Boleh kah kite dapat dua2? untung dunia akhirat? hmmm... ce pk dalam2. mampukah kita? Dalam Islam dan dalam al-Quran tak pernah cakap orang kaya raya di dunia adalah orang yang beruntung, tak pernah cakap orang yang bermuka cantik/kacak adalah orang yang beruntung dan.. tak pernah cakap orang yang kahwin dengan orang yang cantik/kacak adalah orang yang beruntung.Tak pernah. Tapi dalam Islam, orang yang beruntung ialah orang yang dalam hidupnya, siapa pun dia, apa pon yang dia buat, macam mana pun rupa dia, dia tetap menyembah dan mengabdikan diri pada Allah. Orang yang beruntung adalah orang yang kenal TuhanNya, apa pun berkaitan dengan dirinya, dia mampu relate kan dengan TuhanNya. Orang yang beruntung ialah orang yang bersyukur dengan nikmat Allah, Itu lah orang beruntung...

Maka.. tak perlu riak, tak perlu berlagak, tak perlu menunjuk, tak perlu rasa cukup dan gah bila keberuntungan yang korang dapat tu bersifat sementara dan keduniaan. Sekiranya korang dapat semua nikmat2 tu tapi tak mampu mengenal, beriman dan bersyukur kepada Allah. Tak mampu untuk bersolat lima waktu, tak mampu berusaha untuk melakukan apa yang diperintahNya dan meninggalkan apa yang dilarang, maka sesungguhnya korang adalah di kalangan orang yang berada di dalam kerugian yang nyata.. Nauzubillah. Dunia ni kalau kita kejar bersungguh ternyata tiada apa yang kita dapat. Tapi akhirat.. selama-lamanya bahagia di sisi Allah. Bila sampai masanya, takkan kita taknak jumpa dan bahagia di sisi Pencinta kita yang setia yang sentiasa memberi nikmat dan kasih sayang yang tak pernah putus? Teliti n pk dalam-dalam, jangan guna rasional akal tapi guna hati yang bersih. ;)

Amboi ko.. bertazkirah nampak kerie. Korang jangan plak cop kerie sebagai ustazah jadian ke, ustazah express ke. jangan. Kerie pun budak baru belajar. sekadar perkongsian demi kasih sayang kerie kepada saudara seislam. Kalau salah tolong tunjukkan. Terima kasih. K sampai sini, kerie mengundur diri. Bai.. Assalamualaikum.

Sunday, March 3, 2013

Tips untuk tidur yang nyenyak dan rehat yang berkualiti

Assalamualaikum.. 

Hai kamu kamu dan kamu.. Ape bikin? Untuk entry kali ni kerie nak share sikit tips yang kerie sendiri lakukan untuk mendapat tidur yang nyenyak dan rehat yang berkualiti. Ternyata tips yang kerie buat ni berkesan kt diri kerie.. kat diri korang kerie tak pasti.. tapi ape pon cuba lah sendiri.. wokey? hehe..

Bagi mereka yang sering menghadapi kesukaran untuk tidur malam, amat la di alu-alukan untuk cuba tips ini. 

Bagi mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti, kite haruslah:

1) Mandi atau pastikan badan kita bersih, wangi serta selesa tanpa sebarang bau yang kurang menyenangkan terlebih dahulu.

2) Pakai losyen berbau harum dan menenangkan contohnya macam losyen baby ke losyen nivea ke.. tak kisah lah.. kalau pakai losyen johnson bedtime tu lagi berkesan. 

3) Pastikan tempat tidur nyaman, aman damai, selesa berbau harum..Cadar dan blanket haruslah bersih tanpa sebarang pencemaran..

4) Untuk tambahan pasangkan lilin wangi semasa tidur tapi letakkan dalam bekas lilin yang selamat dari berlaku sebarang kejatuhan atau merebaknya api lilin tu. Kang tak pasal-pasal tidur nyenyak selama-lamanya, langsung tak bangun-bangun.. hihi..

5) Pastikan perut tidak terlalu kenyang atau lapar..

6) Tidur pada waktu yang sesuai, seeloknya sebelum jam 12 supaya tak miss bangun solat subuh..

Demikian lah tips yang kerie nak kongsikan. Tips ni memang menjadi amalan kerie terutama bila kerie rasa penat sangat, stress dan ingin manjakan diri dengan tidur yang selesa. Serius sangat nikmat. Tak caye try lah. K dah sampai sini je.. bai.. assalamualaikum. 

Sunday, February 17, 2013

Tiada gambar cuma tulisan yang bertajuk keseronokan berganda

Assalamualaikum..

Hai..

Apesal la kerie susah sangat nak update blog skang ni? mungkin sebab faktor umur yang semakin menua sekali gus merondong kepada kemalasan lah barangkali. Nak update, nak jadi rajin.. tapi akibat kekangan masa, tanggungjawab lain yang menggunung.. lalu menumpas segala niat terpendam kerie untuk mengupdate blog. Sungguh tidak memberangsangkan...

Baiklah.. Kali ni, kerie terajin plak tetibe rasa nak update blog. Hmm... kerie nak cite yang kerie baru je lepas balik dari kampung halaman. Di kampung halaman kerie terdapat seorang bayi comel yang bernama Muhammad Aidid.. Muhammad Aidid merupakan bayi keluaran kakak kerie yang kerie penah cite kan tempoh hari di dalam entry sebelumnya. Keseronokan berganda-ganda bila kita balik kampung yang terdapat nya seorang bayi comel berkeletah cerdik bijak dan menggeramkan sanubari kalbu malahan jiwa raga. Kerie sangat seronot balik kampung baru-baru ni. Malangnya.. kerie mampu menghabiskan masa selama dua hari satu malam saje di sana.. sungguh menggoncangkan perasaan. Malahan air mata meleleh semasa otw pulang ke KL.. oke yang ni tipu je. Takde air mata.. cuma perasaan sebak. 

Ape benda la motip kerie bercerita pasal keterujaan balik kampung.. no point. meraban tahape hape.Baik lah. Kerie tak nak meneruskanya lagi. Tidak patut diteruskan pun. meraban takde point.. buang masa dan tenaga. K dah bai. Assalamualaikum..

P/s Point sebenarnye, kerie nak eksen yang kerie balik kg n da ade ank sedara. :P (tak logik -.-') 

Friday, February 1, 2013

My new happiness.

Assalamualaikum

hai...

Dah lamenye kerie tak update blog. entry yang lepas kerie ade janji nak share gambar anak buah kerie kan? hmm.. ok.. kali ni kerie nak share gambar si comel tu buat tatapan semua followers. Ecehhh mcm banyak plak followers kan. Takde la riban-riban kan. tapi at least ade gak followers. Kire ok lah tu. Hehe. Ok lah tanpa berlengah kan mase jom tatap gambar bayi comel milik kakak kerie dan suaminya, juga milik kerie sebagai ibu saudaranya. jom jom...

Setiap hari mintak kat ibu dia gambar.

Botak boy comel! yomyomyom..

Aidid!!!!! mami geyam lah. oohh untuk pengetahuan korang semua, anak sedara kerie kene panggil kerie mami yap. yap tu gelaran yang adik badik kerie panggil kat umah. Mami tu sebab kerie ni sebenarnye ada keturunan anak mami. hehe. belah ayah kerie. peace!
Ha.. comel tak anak sedare kerie? comel kan? hehe.. ok la tu je kerie nak cite. dah lama nak post entry ni tapi tak terpost-post sebab busy nak adjust new life as a career women as well as a student. :P doakan kerie nye thesis siap cepat tau. lagi sikit je. Kerie nak convo tahun ni. hehe. K lah.. smpi sini sahaja. Bai.. Assalamualaikum.

Thursday, January 10, 2013

Kegembiraan dipenghujung 2012

Assalamualaikum

Hai...

Salam sejahtera... wahhhh da lame nye la kerie tak update blog kesayangan kerie ni. huk huk huk aloohhhh.. bukan ape, kerie sejak dua menjak ni memang macam busy, please try later.. ye lah mane taknye, dua minggu lepas kerie balik kg. Kerie bile da kat kg.. mcm biase lah, sume perkara yang tak berkaitan dengan kehidupan di kampung kerie akan lupakan sejenak. maklum lah keseronokan berada di rumah yang mengandungi mak ayah dan adik beradik sendiri tidak boleh diganggu. hek hek hek.. 

Sebenarnye untuk update kali ni takde la kerie nak cite kerie jumpe aaron aziz ke, ady putra ke malahan jauh sekali kerie nak cite yang kerie jumpe dengan lee min ho.. tidak. Kerie cuma nak cite pasal kegembiraan kerie yang tak terhingga sebab kerie baru saje menjadi aunty, atau boleh dikatekan dalam bahasa melayunya makcik. Kakak kerie telah selamat melahirkan baby first beliau pada 29hb 12 2012... tarikh yang begitu membahagiakan sebab first time setelah sekian lama nya takde baby dalam family ktorang. Baby first kakak kerie adalah merupakan seorang baby boy yang cukup tampan, kacak serta menggeramkan hati dan sanubari. Bayi tersebut dinamakan oleh ulama' terbilang habib khadzhim jaafar as-sagoff.. sungguh bertuah. Nama yang dipilih ialah Muhammad Aidid yang bermaksud yang tetap pendirian atau yang bersungguh. MasyaAllah, sedapkan nama nephew kerie?hmm.. tanpa berlengah lagi, kerie nak tayang sepam dua gambar ank buah kerie pastu kerie nak tamatkan penulisan dan pegi tidor. Yawnnn~ ngantuk plak menaip entry ni. chup, jap... gambar blom transfer dari hp lagi.. hmmm jap kerie transfer jap. tappppii kalau tengok senyap tu... maknenye kerie da tertido lah.. ngantuk gile da ni. huhu.. zzzzzzzzzzzzzzz bai. tak jadi nak letak gambar. besok lusa kerie letak lah k. nak tido dulu. nantuk.