Assalamualaikum
Hai.
Hari ni kerie nak buat reflective essay kt blog sendiri bleh? hahaha.. tak lah. hari ni kerie nak cite perkara yang telah kerie amati dan pelajari. Tentang miskin dan kaya. Hmm.. kaya? semua orang nak kaya.. mane ade orang taknak kaya. Kalo kaya ni sume benda boleh buat sebab.... dunia skang ni sangat mata duitan. Mane-mane pegi lam dunia ni, mesti perlukan duit. Takde duit, takde la pegi memane. duduk lah ceruk hutan sambil kunyah kayu kayan. Huhu..
Duit sangat sinonim dengan dunia tapi agak antonim dengan akhirat. Duit memang diperlukan untuk kite hidup kat dunia. Tapi ia bukanlah tiket untuk kite sampai ke akhirat. Ramai orang bersangka, orang yang banyak duit ni atau orang yang kaya ni adalah orang yang berjaya. Well.. the definition of success can be very subjective. it depends on your vision and mission of life. Bagi kerie lah... duit ni rezeki. Rezeki ni pengaturan Allah.
Setengah orang buat kerja, seolah-olah usaha tu dia yang punye tanpa sedikit pon dia sedar yang dia takde kudrat nak berusaha kalo Allah tak izinkan. Ade orang kutuk orang miskin kate taknak usaha lah, bodoh lah.. sape suh tak belajar pandai-pandai lah. pemalas lah. Kuat agama tapi taknak berkerja lah. Ya Allah.. sedar la kite. semua yang berlaku adalah kejadian Allah. Ada rahsia yang kita tak tahu, ada keadaan yang kita tak faham.. tapi kenapa kite asyik nak tunding jari dan buat assumption ikut suke nafsu serakah kite.
Ada isteri sanggup menderhakai suami soleh kerana lelaki tu tidak memberi kebahagiaan dari segi material kepada dia. terasa hidup dia sangat sukar bila di timpa macam-macam dugaan. Mula merungut, bersumpah seranah.. tapi hakikatnya.. dugaan itu lah yang membawa dia ke syurga. Kerie bukanye nak kate kerie da habis kuat kalo kerie diduga macam si isteri tadi. Tapi kenapa? kenapa mesti merungut sedangkan syurga terbentang luas di hadapanya.
Bila kita nampak Allah dalam diri kite, sume benda yang berlaku kite percaya ada hikmahnya.
Wallahualam..
1 comment:
Allah first ..... awakkkkk,rindunya kat awak,lama onie tak mai sini :'(
Post a Comment