My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Sunday, February 5, 2012

Kisah kerie dan anak kucing

Assalamualaikum 

hai

Sempena maulidur rasul ni, kerie ucapkan salam maulidurasul to all Muslims. mari kite semua merai kan dengan berselawat, mendengar nasyid yang memuji dan mendoakan kesejahteraan junjungan mulia nabi Muhammad SAW.

Ade story yang kerie nak cite sikit ni. Hehe. Semalam, pepagi buta kerie da dengar bunyi nyaring berbunyi seperti pekikan anak kucing.. meow meow meow.. alah. cianye, mcm lapar benar bunyi nye. Kerie terus tak sedap hati. Dibenak pikiran da tepk "haih.. ade org buang baby meow lagi ke? huh.. harapnye dibuang dengan mama nye skali"

Kerie pon try untuk mendetect bunyi tersebut dtg dari mane, berlegar-legar mate kerie mencari. Dan akhirnya terjumpa.. ya Allah, baby meow ditinggalkan tanpa ibu lagi. Kali ni dlm baldi. hoi.. memang siot betol la manusia ni. Kot kalo ko nak buang, cari la mak dia dulu, pastu buang skali dengan mak dia. kerie tak kesah, at least kerie boleh bagi makan mak dia je.

Ingat senang ke nak jage baby meow yang masih tak boleh makan sendiri or minum sendiri. Hari tu kan kerie cite kerie bagi susu kat baby meow yang terbengkalai tu.. hoh. diorang tak dapat bertahan tau tak? huhu.. diorang kene ade mummy diorang jugak, untuk panaskan diorang, bersihkan najis diorang. mane boleh manusia yang amik alih. takkan same.. kenape lah manusia ni yang ade akal tak boleh pk. sungguh bebal kah otak mereka?? haih..

alolo.. cedapnye dia minum susu..
Selepas da terjumpe ank kucing tu, dan selepas da berpanas hati dengan sikap pembuang kucing.. kerie pon  tanya makcik cleaner kat blok kerie, dia kate sebenarnya baby kucing tu dijumpai kat tempat lain. ntah macam mane sape ntah buangkan blok kerie. Kerie pon kate lah kat makcik tu, boleh tak makcik letak kat tempat asal ank kucing tu.. kot-kot nnt mak dia cari. Makcik tu pon, nyot nyot sambil bermuke ketat pegi menghantar. Mase tu hati kerie da lega sikit.

Walaupon da lega, kerie tetap meluahkan rase tak puas hati terhadap si pembuang anak kucing tu kat fb. Tak sangka plak ade yang prihatin, dan sanggup mengambil baby kucing tu sebagai anak angkat kepada kucing beliau yang kebetulan masih menyusukan baby. Lagi lah bertambah lega hati kerie. ye lah.. in case memang anak kucing tu takde mummy, boleh la kerie suh budak tu datang amik je.  lagi pon budak tu duk kat gombak jugak. ex student uia gak.. hehe..

Disebabkan hati da lega, dengan segeranya la kerie pegi menapak untuk melahap makanan di cafe yang berdekatan. Da lepas berkenyang perut.. kerie nyot nyot berjalan balik ke asrama kerie atau bahasa uia nya, mahalah kerie.. tetibe, terdengar lagi bunyi nyaringan suara baby meow. Hoi.. makcik cleaner ni memang takde hati betol lah. Dia buang anak kucing tu kat blok lain, bukan kat tempat asal ank kucing tu. Kerie dengan segera mencari ank2 kucing tu n akhirnya ditemui. Ya Allah sianya. diorang dlm baldi, basah sebab diorang da kencing.. n ade serangga2 kecil yang macam nak gigit diorang. Kerie terus cari kotak, cari kertas..letak diorang lam kotak tu n bawak balik ke blok kerie. pastu kerie cari kain buruk n tuala kecil.. kerie lap diorang untuk keringkan. lapik kotak tu dengan kain buruk.. then letak ank kucing tu semula lam kotak..terus diorang senyap. Mungkin sebab rase selesa dan panas. diorang tertido.

Kerie contact kawan fb kerie yang prihatin tu, tanya dia nak tak amik kucing tu. setelah bersetuju, pukul 4 petang dia datang amik.. n anak2 kucing tu pon dapat ibu baru. alhamdulillah. lega hati kerie. :) itu lah berkat mulianya maulidur rasul. Dalam hati kerie, ya Allah.. hebatnya pengaturan Mu. Ya Allah, Engkau maha sempurna... Mungkin orang akan pandang cerita kerie macam takde pape. tapi bile kite nampak Allah dalam cite ni, kite takkan berhenti memuji Allah.. subhanallah, mashaAllah.. sesungguh Allah itu amat hebat, Maha Kaya.

Ini lah anak kucing tu.. dengan ibu baru mereka yang nama fify. hehe. yang warna putih tu anak fify. yang dua lagi tu anak kucing yang kerie jumpe tu. Ya Allah, sedangkan ibu kucing pon boleh menyusukan anak yang bukan dilahirkanya. tapi manusia? didera nya bayi-bayi yang tak bersalah, dibuang dan diabaikan. dibiarkan kelaparan. Bukan kah kita ini semulia-mulia ciptaan Allah, kenapa kite boleh jadi sehina-hinanya? HuHu.. Nauzubillah.

Wallahualam. sini je dulu. bai.

2 comments:

Mai said...

perhh comei nya dia jeless. meh post kat rumah maii kalau tanak hehe xD

Mai said...

tu laa. lepas ni orang tak boleh kata manusia berhati binatang. sbb binatang pun reti sayangkan anak dia kan ;D