Assalamualaikum
Hai..
Update kali ni kerie nak cite yang kerie da jatuh cinta dengan konsep rumah yang bercirikan courtyard garden. Kerie terjatuh cinta kali pertama ni bile kerie pegi umah uncle kerie yang baru siap dan ia berkonsep courtyard garden. Baru sampai depan umah dia kerie da ternganga.. macam istana. Ohh, rupanya memang istana bila masuk kat dalam. Sangat cantik sampai mulut yang ternganga begitu susah nak tutup. Disebabkan begitu kagum, kerie begitu teruja untuk mencari info tentang konsep rumah yang telah diguna pakai oleh uncle kerie ni.
Malangnya, kerie tak dapat amik gambar puas-puas kat umah dia sebab batery fon kerie da flat n tamat riwayat untuk sementara waktu. Tp ok lah jugak, dapat amik beberapa keping gambar. Lepas ni kalo pegi kene bawak DSLR. baru lah best.
Konsep rumah uncle ni menggunakan elemen-elemen alam semulajadi yang mendamaikan, dipenuhi dengan pokok-pokok dan tumbuhan yang menenangkan dan menyegarkan udara. Best. Kerie suke. Kirenye walaupon kite duduk dalam bandar, tapi kalo kite buat konsep ni, rase mcm duk lam istana di dalam hutan ibarat kisah dongeng raja-raja zaman dahulu kala.. :P ape pon kalo nak buat rumah bermacam-macam ciri ni, duit atau fulus kene banyak lah. kene kaya sampai tahap boleh pakai Porsche boaster yang terbaru. hak hak hak..
Yang menariknya, uncle kerie telah menggabungkan perabot antique dan moden dalam menghiasi rumah beliau. Dan pelbagai warna berlainan digunakan untuk setiap ruang bagi menaikan lagi keceriaan dan keunikkan rumah ni. Bagi kerie walaupon ade banyak warna digunakan tapi takde lah nampak macam amma appa yilekk.. haha..kalo nak design cantik-cantik macam ni, kite kene rajin, creative dan inovatif. :P
Ini lah rumah uncle kerie tu.. tapi belom siap secara menyeluruh lagi. :) pakcik dalam gambar tu baba kerie. |
Untuk pengetahuan korang, kayu-kayan yang digunakan untuk mencantik umah ni adalah kayu balau. |
Ini sebahagian ruang di dalam rumah. Ruginya tak dapat amik gambar herbs garden diorang. |
K dah habis cite. bai.
5 comments:
ni ghumah ke istana ni
Besarnye umah die.. Mcm ala2 dlm cite hindustan itu.. Ekekeke.. Tp Liyana ske english style.. Bersih je walopon mmg takkan buat english style sbb putih cpt kotor.. Jd.. Prefel tropika sajelah.. Hijau dan damai.. :)
aduh..mcm kene kawen ngn anak raja je baru dpt rumah gini..~ ;)
xpe... nnt sy carikan ye... heee
Ingatkn mula mula kellie castle tadi
Post a Comment