My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Saturday, August 13, 2011

A&W, Muffin comel, Petsmore.com dan bla bla bla...

Assalamualaikum

hai..

Cite kerie kali ni pasal kerie kua ngan kakak kerie yang gadis hijab tu pegi wangsa walk. wangsa walk ni adalah salah satu tempat pelancongan lepak-lepak budak uia selain dari JJ yang menjadi idaman kalbu. pape pon bagi budak uia jj adalah tempat termudah dan terpantas untuk menikmati juadah johny, mc d, kfc dan juga nandos, selain itu jj jugak adalah tempat tersenang bagi pasangan couple untuk berdating. tabiat berdating di JJ pernah menjadi amalan kerie suatu ketika dulu, skang ni amalan berdating di JJ muncul seketika saje. err...ape fungsi ntah kerie cite pasal jj? adoh..

Berbalik kepada wangsa walk. wangsa walk juge telah menjadi tempat kegemaran student uia semenjak ia dibukak. lokasi nya yang amat strategik berdekatan dengan lrt sri rampai memudahkan lagi student uia untuk meronggeng di situ, termasuk kerie. Perkhidmatan seperti panggung wayang, pusat karaoke dan jugek..errr.. kedai baju cantik2 telah menyebabkan budak uia berpusu-pusu pegi ke wangsa walk untuk menghabiskan duit ptptn yang tak seberapa sen itu. ok.. demikian la pengenalan untuk wangsa walk.

Disebabkn wangsa walk ni ade mcm2 perkhidmatan termasuk petshop jadi kerie dengan tekad dan sebulat suara telah menyerbu gedung wangsa walk tanpa rasa ragu-ragu walaupon sedikit pada semalam hari. kerie pegi wangsa walk petang sebab sampai2 situ kerie memang aim nk berjuadah buka puasa terus. Kitorang pegi melahap kat A&W sebab kerie mengidam root bear dia. sedap gile ah. merveles. sekali sedut, sampai ke dalam dada sejuk nya. itu lah hikmat itu lah nikmat.

saje je letak gambo ni nak bagi korang terliur. hahaha.. mau ade yg pegi cari A&W bukak puase ni. sedap nye root bear. wahh.. kerie terliur lagi. 
Ini lah juadah bukak pose kerie ngan akak kerie semalam. air smpi 3 bukan sebab kerie tamak k. air  root bear kosong without ice cream tu percuma. kerie tak habes pon air tu. 
Sedap jugek muffin comel ni. sile la ke wangsa walk untuk mendapatkanye. tapi kerie tak ingat da name kedai dia. korang pegi je wangsa walk tu mesti jumpe punye sebab wangsa walk tu sekakang kucing je besarnye. kecik tuik..
Lepas bukak puase, kerie merayau pegi cari surau untuk bersolat maghrib. da habis solat, kerie pegi menjalankan misi kerie iaitu pegi ke petshop untuk mencari carrier untk baby meow yang kerie kutip kat asrama kerie kerana kerie berniat untuk membawa balik mereka sekali ke kampung halaman kerie iaitu rumah mak ayah kerie sempena kedatangan raya yang mulia nanti. jadi, kerie pon dengan gayanye telah membeli carrier terbabit dengan rege RM 79.90.. yer.. tak mahal pon, Ok la tu..(-.-'). nnt korang tengok ek kerie upload gambar dia kat bawah ni.

ni la carrier kitty yang kerie beli semalam. errr.. sbnrnye beg ini sesuai jugek untk letak anjing, arnab dan pet2 yang lain. sebab dia sangat selamat. sesuai digendong bersame ketika bersarapan di mc d, melancong di dalam kapal terbang, bebuka puasa kt a&w dan jugak menonton wayang di panggung wayang berhampiran anda. kalo sape berkenan sile pegi kat petsmore wangsa walk.. tapi.aaa.. da habes. yang kerie amik ni da last piece. sorry ek. sile pegi petsmore cawangan lain. 
Budak kecik ni da tak sabar2 nak suh kerie bawak dia jalan-jalan gune beg serbagune ni. 
Lepas da beli carrier tu.. kerie pon balik. so.. da habes da cite. boring tak? yeay... kerie da tau da mesti boring. sorry sebab boringkan korang sume. kerie takde idea bernas sgt la nk menulis. pape lah. k dah bye.

3 comments:

lifedreamhope12 said...

beg tu mcm best je..leh bawak miaw g jejalan..best la molly leh jalan2 pasni..huhu..

Bidadari Syurga said...

beg miauuuu... serius...? antara kfc mcd or a&w... saya lbh suka a&w... of coz rutbir dia +aiskrim tu... kentang dia best gila... beza rasa

Paradise Gal said...

a&w best kan. kerie pon suke.. yup, fries dia mmg best. a'ah ade beg meow.. lagi senang nak bawak kitty bile nk travel. :)