My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Thursday, December 22, 2011

Syurga neraka untuk perempuan yang bergelar isteri

Assalamualaikum

Hai..


Bercakap soal kawen berkahwen, suami beristeri ni.. memang mudah. tapi hanya yang melalui nya saje yang tau. Kerie memang serius tak tau ape nasib kerie dalam kehidupan berumah tangga sebab kerie masih belom berkahwin. macam-macam cerita yang kerie dengar mengenai alam perkahwinan ni. ade baik, ade buruk. ape pon perkahwinan adalah perkara yang disukai dalam Islam. so.. walaupon ade buruknye, kite still kene kawen. sebab kawen ni pon ade hukumnya, wajib, harus, sunat n haram.

Perkahwinan adalah perkara yang terindah dalam hidup setiap manusia. (=.= ') gatalnye kerie!!
Ok. kali ni kerie bukan nak buat tazkirah panjang lebar sampai tak muat buku tulis lapan posen. bukan bukan. Kerie cume nak kasi satu peringatan berbentuk tips berguna kepada gadis-gadis comel di luar sane iaitu berkenaan dengan cara-cara memilih bakal suami. Eh.. bukan cara-cara... hei. penulisan sungguh teruk. Ni.. maksud kerie, ciri-ciri lelaki yang boleh dikategorikan sebagai suami yang mencipta syurga untuk si isteri. Ha.. sume orang nak masuk syurga kan?? nak masuk syurga ni korang ingat senang kepeh ke? macam masuk taman alam ria cuti sekolah.. tak tak.

Orang selalu cakap senang je untuk isteri nak masuk syurga asalkan taat kepada suami, solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan dan jaga kehormatanya. Yelah... orang yang menjaga solat dan puasa itu dia akan mendapat suami yang menjaga solat dan puasa jugak, orang yang menjaga kehormatan itu dia mendapat suami yang menjaga kehormatanya.. dan biasenye lelaki yang menjaga solat dan kehormatanya adalah lelaki yang bertimbang rasa pada isteri, bertanggungjawab dan mampu mengawal nafsu amarahnya. Jadi... beliau adalah suami yang mulia lagi terpuji. Jadi kamu perlu taat kepada lelaki sebegini sekiranya mereka adalah suami kamu atau pemimpin kamu. Tapi macam mane plak kalo lelaki yang jenis tahap solat pon rongak2 atau pon tak solat langsung, pukul memukul isteri, mendera perasaan sampai boleh jadi schizo si isteri, kaki perempuan lagi.. macam mane la si isteri nak taat? Betol tak? benda camni la yang dikatekan suami mencipta neraka untuk si isteri. huhu. Tapi kalo mane-mane isteri yang berjaya melalui fasa kesusahan dengan taat nya, memang terer la perempuan tu n kerie pon salute.

Nak macam ni boleh? risik, tunang n kawen. :P

Tak semua perempuan dikurnia kan lelaki yang mulia sebagai suami. Sekiranya kamu seorang yang seksi meksi sebelom kahwen, da kahwen dapat plak lelaki yang tak peduli kamu nak pakai ape. separuh bogel lagi dia suke. bia orang tengok bini dia hot. Yang ni memang lelaki yang tak boleh pakai. sok.. sampai ke tua la korang bergelumang dosa, sedar-sedar da meninggal dunia. Bila disoal siasat di akhirat, macam-macam jawapan yang akan timbul termasuk suami gagal mendidik isteri atau lebih senang cakap suami dayus. Kalo da meninggal, satu sen pon tak gune. nak patah balik? jangan harap lah.Huhu.

Kepada perempuan, sekiranya kamu ingin mendapat lelaki yang mencipta syurga akhirat untuk kamu, kamu kene persiapkan diri kamu untuk ke jalan itu. Jaga diri, jaga agama.. insyaAllah, janji Allah.. kite akan mendapat suami yang sekufu dengan kite. sekufu di sini bukan bermaksud sekufu dari segi taraf pendidikan, taraf kewarganeraan atau pon taraf perkahwinan. Tapi taraf keimanan. Sekiranya kamu mahu lelaki yang mampu mendidik kamu dalam agama.. kamu kene bersedia, buka kan hati.. bawa diri ke jalan kebaikan. Baru Allah permudahkan jalan. Wallahualam.

K sampai sini dulu. Bai.

2 comments:

Liyana Zahim said...

btol tu.. pmpn yg baik utk lelaki yg baik cmtu gak sbaliknya..

kura said...

yess. perkara yg terindah.

sama jugak gatal ni. hahah