My precious kitties

PitaPata Cat tickers

Sunday, October 30, 2011

Diary dan kerie, tak perlu dipisahkan.

Assalamulaikum

hai..

Setelah dua tiga kali entry berbentuk perkembangan ilmiah, kali ni kerie nak buat entry yang tak ilmiah sangat lah. bosan la asik ilmiah je.. nnt takde life. ekekeke.. ok ok.

Kerie ni pompuan yang bajet dramatik, emotional lebih, jiwang-jiwang memang terer semulajadi, takyah bace buku text atau menuntut ilmu secara pertapaan. tak payah. kerie ni gadis yang sukeeeee sangat akan diary terutama yang comel-comel, dan fancy mency ni. Kerie tak suke lah diary terlalu Corporate, tak syok ok. tak comel. tapi kalo dapat free kerie belasah aje. Kerie dari kecik suke diary. drama queen la kate kan. kononye bile ade diary macam orang dewasa, macam lebih organize, macam lebih cool. tak tak sebenarnye bahaya ade diary ni. rahsia memang akan senang lenang terbongkar kepada kedua ibu bapa kite, adik beradik kite.. tak kurang jugak kepada sahabat handai jiran tetangga dan jugak kucing-kucing peliharaan kite. yang tu yang tak masyuk. Jadi, kerie telah berkeputusan untuk tidak menulis semua terlalu detail dalam diary kerie. kalo kerie tulis pon, ade secret language or perumpamaan yang hanya kerie memahami. eceehhhh... :D

Di kala usia melanjut layut dan gayut ini, kerie masih mempunyai diary sebab kerie masih tidak mampu untuk mengengkang hobi dan minat kerie terhadap diary dan notebook yang comel serta menyayat hati. tidak. tidak mampu. jadi.. kerie pon terpaksa menggunakan diary setelah kerie dengan sengaje nye terbeli begitu banyak diary dan jugak notebook yang boleh dibuat diary. Demikian itu kerie juga terpaksa serta kan segmen tayang menayang diary di dalam entry ini. mari lihat.

pling!!!!

chann!!! tu ha diary kerie. sikat n tam drive tu sebok jugak nak posing. kunci bilik kerie tu nangis2 nak masuk lam gambar je. Pen.. memang kerie yang request untk posing skali. nak nampak lagi dramatik. duit syiling sebab nak tunjuk sangat kepelajaran kerie sebab korek duit tabung di kala ketandusan duit. eheh
Dalam diary ni kerie tak buat luahan perasaan atau keluh kesah sendirian. kerie banyak amik quotation yang berguna yang kerie jumpa dan dicatatkan dalam diary ni. ade jugak sedikit sebanyak luahan perasaan, tapi sikit lah. yang banyak macam peringatan je lebih. maklum makin ganyut nye usia, makin suke kepada madah-madah berilmu dan tak kurang jugak madah berjiwang emas 21 karat..  sebagai contoh quotation yang kerie amik kat bawah ni, rase cam sweet je.. hehehe..

kan.. sweet kan? heee.. tak tahu la bagi korang kan. bagi kerie sweet la tu. huhu. ok dalam diary kerie memang mukesurat dia comel-comel oke. ade macam2 gambar. kerie tengok kerie pon geram. diary kulit hitam coklat biru tu ape ade.?calendar je lebih. tak bagus. ni sume ade. organizer pon ade. package. comel. mutu dan keunggulan.
jadi dengan itu baik kerie perabiskan entry ni. rase macam da panjang plak kerie tulis. ok bai.

Saturday, October 29, 2011

Talk on Somalia's crisis: challenges to peace, 25/11/2011

Assalamualaikum

hai...

Ade cite baru lagi lah. hehehe. Hari selasa yang lalu bersamaan dengan tarikh seperti di dalam tajuk entry ni, kerie pegi satu talk anjuran IMMU tentang somalia crisis. Semenjak kerie suda semakin menginjak kepada usia tua ni, kerie semakin suka kepada majlis ilmu. Kerie suke attend talk, suke membace dan suke melihat sesuatu yang boleh membuat kerie berfikir secara kreatif, kritis dan innovative. bagus bukan? jadi kalo nak menerapkan nilai2 macam ni, sile sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan tinggi dan tinggi. Bukan ape, bile korang da sambung belajar, nak tanak korang kene rajin gak.. supaya tak fail exam, supaya dapat jawab soalan si bijak pandai. so kite kene explore sendiri semua ilmu-ilmu yang ade. InsyaAllah.



Walaupon talk ni berkaitan dengan somalia yang tdk tergolong dalam komuniti Malaysia, tapi mereka ni sume adalah Muslims. Dan sebagai orang Islam, kite perlu mengambil tahu tentang saudara seislam.. kite bertanggungjawab atas sume tu.

Talk tersebut telah disampai kan oleh lecturers uia sendiri iatu Dr. Abdi Omer dan Dr Haryati Sharima Abdul Majid iaitu lecturer kerie sendiri. Alhamdulillah, i learn many new things from the talk. Now i know how the condition of Muslims in Somalia, who are they, what they have and i know that they have high spirit to gain knowledge, they still go to school even though they know that they might not be able to see their family again. They risk their life for knowledge. Tak macam kite, siap ponteng sekolah segala bagai.. huhu..

Dr. Abdi omer sedang berkate-kate
Ni lah dr.haryati. :)
Memang sayu, sedih tengok condition diorang. Dr. Haryati salah seorang sukarelawan Mercy Malaysia yang pergi melawat n menolong orang-orang kat Somalia baru-baru ni. Dia baru balik dari sane dalam 2 minggu lepas, so dia menceritakan experiences dia kat kitorang mase talk tu. Dr.haryati adalah salah seorang psychologist yang membantu diorang dalam menyediakan rawatan mental. cool kan? Selain Dr. haryati, sorang lagi clinical psychologist dari HUKM, Miss loh sit fong pon pegi jugak. :)

Ini adalah kerie ketika hari kejadian.
Ape yang kerie ingat dari talk tu, Dr.haryati cakap, seperti yang kite sume sedia tahu, Allah tidak akan membeban kan hambaNya dengan bebanan yang mereka tidak mampu tanggung. Yes.. bebanan di Somalia bukan bebanan mereka sahaja, ia adalah bebanan semua umat Islam di seluruh dunia. Umat Islam mampu tanggung bebanan itu sekiranya kite semua bersatu. InsyaAllah. So, Mercy Malaysia ade buat campaign untuk menderma text books kepada rakyat somalia. kalo kite tak mampu nak bagi duit, kite boleh dermakan text books kite yang kite da tak gune kepada mereka, sebab mereka ni sangat2 nak belajar dan sangat2 cintakan ilmu. kalo sesape nak derma boleh pm fb kerie k...

Sekian, sampai sini je. k bai.

Thursday, October 27, 2011

statement yang tidak asing lagi.

Assalamualaikum..

hai..

kerie just nak bitau ni.. ni bukan rahsia. ni bukan sesuatu yang tersembunyi. ini bukan sesuatu yang asing lagi. hee... sebagai pelajar psychology, yang amik clinical and counseling. kerie nak bitau ade orang berwibawa.. iaitu neurosurgeon telah berkate yang... soon or one day, psychologists will lead the world. sungguh kembang hidung kerie mendengar kenyataan ini. -..-

ok sekian. bai

Muke tak make up mmg tak lawa di mata kasar. tapi dia adalah sebaik-baik ciptaan dari Sang Pencipta, Allah. Alhamdulillah. 

Monday, October 24, 2011

Pink Daisy

Assalamualaikum

hai..

Hari ni kerie puase lagi. yeyeay..tinggal dua hari saje lagi untuk ganti. Semalam balik lepas berbuka terus penat dan melepek.Pagi tadi kerie bangun.. memang serius takde mood. rase macam nak mintak mc je. malas nak pegi keje. tapi.. mengenangkan hari ni ade patient. terpakse la merajinkan diri untuk pegi jugak ke HUKM.

Wowowo.. today kerie pegi keje tanpa sebarang make up dimuke kecuali bedak je. sebab kerie memang serius malas. malas nak calit eye liner kat mate, malas nak tepek blusher kat pipi. sbb da mls sgt kerie just pki bedak n lip balm. huhu..tak kisah lah. yang penting smpi hospital. .

Semase muke berbasa basi berjalan sambil bermalas-malasan mengheret kaki yang liat untuk menuju ke hospital.. semase menyusuri lrt masjid jamek.. pling!!!!! tetibe kerie dihulurkan bunga. sangat comel bunga tu. bunga daisy name nye, eheh.. terima kasih! kerie pon berpaling memandang kiri kanan. ohhh.. rupenye maybank tengah promote insurance for breast cancer to all ladies in Malaysia. sbb tu dia hadiah kan sekuntum bunga daisy berwarna pink untuk semua wanita2 yang lalu kat stesen lrt masjid jamek. Bagus kan. malang nye encik maybank, i takde pendapatan tetap lagi nak beli u punye insuran.. hee..

Ini la bunga daisy yang comel tu.. :)
Skang kerie nak pegi solat n jap g kul 3 ade patient, nak prepare mental n physical spy nmpk segar. ok bai.

Ucapan terima kasih. Xie xie ni men.

Assalamualaikum


Tamau cakap banyak...


Just nak cakap very much thank you to dik yuyu sebab follow akak yang tak seberapa ni. kerie suke bace blog yuyu sebab penulisan dia boleh buat kerie ketawa berdekah-dekah.. ayat2 dia salu tak menahan kekelakaran dia. so memang boleh release la sedikit sebanyak tension yang ade. :D




Second.. kepada pak ostad jiji yu pon.. thanks sbb follow blog kerie yer. :P jiji yu pon salu gak bagi cerita yang bernas2. tak perlukan pembetulan lagi tu. Thanks ya bro...




Ok bai.. :D 

Sunday, October 23, 2011

Blog yang memikat hati kerie

Assalamualaikum

Hai..

Hari ni kerie puasa, so takleh pegi makan. Bagi menghabiskan mase lunch n rehat, kerie pon update lah blog. Kerie memang suke berblog, dan suke jugak bace blog org lain, tak kurang jugek suke menfollow blog org lain. kini aktiviti harian kerie semakin padat apabile dicampur gaulkan dengan aktiviti blog memblog. huhuhu. tapi ape pon, banyak kebaikan bile kite jadi blogger yang suke menjengah dan bace entry org lain. salah satu nye kite boleh update keadaan semasa masyarakat lam negara  dan luar negara. Huhu.. so opkos blog yang berinfomatif menjadi pilihan utama kerie. :D ekeke..

Untuk memudahkan pembace dan pemblogger mengikut citarasa kerie dalam berblog, meh sini kerie bagi cth blog mcm mane yang jadi pilihan kerie (sape ntah yang nak ikut citerase kerie.. duhh!!)

1) Kerie amat suke blog yang berinformatif. contohnye memaparkan cerita berkaitan dengan isu semase, tak kire lah dari segi lucu nye, kontroversinye, Keseriusanye dan sebagainye. Contoh blog yang berinfo dan sarat dengan tulang belulang kelucuan menjadi kegemaran kerie ialah blog encik khalis. Macam-macam ada wa ckp lu. ekekeke...

2) Kerie teruja dengan blog apabile tengok or mendapati didalamnye ade cite pasal kucing, meow or spesis kitten yang comel tahap kawabangga. huhu.. contoh blog yang kerie teramat teruja nak bace entry2 nye adalah... blog kucing.my.. mmg best la sume2 entry dia. :D

3) Kerie suke jugak bace blog personal. Tapi tak semua. kerie suke blog yang same level dengan pemikiran kerie. maklum la kerie ni da besar panjang. da matang dan da masak pemikiranye. kerie tak layan blog yang budak sekolah yang duk cakap pasal cintan cintun sambil makan megi cintan tu. no no. kerie cume layan blog yang cukup matang untk diperbaca dan diperkatakan sambil menikmati megi kimci ramen cup keluaran super. ha... Contoh blog personal yang menjadi tarikan kpd kerie ialah, Yuyu zulaikhaUmie artorqiemiejiji yu (pak ostad), Blog kakak kerie (Gadis Hijab)

Ha..tu la antara contoh blog yang kerie layan. tapi chup!!!! don't simply make ur own conclusion ok. sebenarnye sume blog yang kerie follow, kerie bace.. tak kisah lah blog sape pon, blog jual baju ke, jual kasut ke, jual muke ke, tak kesah.. kerie bace n layan aje sbb setakat ni kerie takde lagi follow blog budak sekolah or org dewase yang terlalu masyuk cakap pasal hubungan cinta dia dengan pakwe/makwe dia. Muak kerie nak bace cite cinta. kalo best macam cite penulisan Johanna lindsay takpe gak.. ini entry sume syok sendiri punye entry. hampagas alagapas betol la. -..-'

k da bai. habis.

Seminar keluarga komuter anjuran kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat

Assalamualaikum

hai..

Hari kames yg lepas bersamaan dgn 20/10/11, kerie telah terlibat sebagai peserta seminar keluarga komuter. Keluarga komuter? ape tu? eh.. bukan keluarga yang tinggal dalam komuter atau menetap sebelah stesen komuter atau anak yg dilahirkan dalam komuter. bukan bukan. keluarga komuter ni dimaksudkan sebagai pasangan suami isteri dalam keluarga itu tinggal berjauhan melebihi 3 hari dalam jarak kilometer yang jauh. melebihi 2 marhalah gitu. Ha.. Zaman skang ni mcm2 name keluarga ade.. memang sungguh canggih.


Seminar ni telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Shahrizat. Kerie pegi seminar ni sebenarnye untuk menimba ilmu kautan untung beribu-ribu lemon. ha... bagus tau attend seminar2 macam ni. at least kite tau perkembangan semase dan bercambah ilmu lam otak kite. Alhamdulillah dalam seminar ni takde unsur-unsur politik. yang tu yang penting. dia lebih kepada academic seminar yang membantu kite menambah ilmu pengetahuan kite terhadap situasi dan keadaan masyarakat kite skang ni. sangat sesuai dengan bidang i oke.. hehehe...
Tu dia kak jat... hee.. ni mase lepas perasmian seminar. walaupon secara peribadi kerie bukan orang kak jat, tapi bagi kerie la dia memang friendly, PR skill dia memang bgs lah. 
 Pacific ballroom
Seminar ni bertambah best sebab ia telah diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Yang best nye tempatnye selesa termasuk surau, washroom n tempat makan.. eekekeke.. highlight sikit.. tempat makan. hahaha.. makanan memang masyukkkk... bak kate orang penang, termonyeh-monyeh kerie makan cheese cake dia. walaweyyyy.. sedap nye sampai rase macam tanak meninggalkan tempat makan dia selame-lamenye. Desert dia semua marveles. Disamping kitorang makan memakan.. kitorang telah pon mengumpat dan berkate-kate tentang kehebatan pelayan2 dan chef hotel terbabit. heaven.

Wakil pelajar dari UIAM.. :)
Seminar ni telah bermula pada jam 9.30 pagi setelah dijamu serapan yang lazat lagi enak. Tamat seminar adalah pukul 5 petang. Sebelom tamat kitorang dihidangkan dengan popia dan roti jala disamping teh dan kopi panas. tapi kerie tak makan pon, sbb mase lunch kerie da makan desert terlalu bnyk smpi kenyang selame 12 jam. huk huk huk....

Pengacara tv9 untuk rancangan safiyyah ni memang wajib ade.. kebiasaanye kalo berkaitan dengan kegiatan ilmiah, kitorang sering bersame.:D
so sempena kerie da menghadiri seminar tu memang wajib la kerie tayang gambar. macam mustahil je kalo kerie habis kan entry tanpa sebarang proses tayang menayang gambar kan. ekekeke..

:) da nak balik. jom.. 
K lah.. demikian sahaje. err.. memekak betol la bunyi kereta kat parking lot block kerie ni. adoi... bako kang kete tu baru tau. huh.


k bai

Wednesday, October 19, 2011

Gambar: Budak practicum.. :)

Assalamualaikumm, hai

Aisyah... Ini psychologist yg berkaliber
Liyana.. celebrity psychologist
Yang ni kerie!!!! heeee... :P
Ok bai

Monday, October 17, 2011

Perempuan mengandung yang tak mengandung: kejadian dalam lrt

Assalamualaikum 

hai..

Nak tulis tapi takde idea. nak cite tapi malas nak pikir camne nak karang ayat. adoi. Skang tgh berpracticum kat HUKM tapi patient takde.. ape pon tak bleh. ape yang boleh cume berperasaan boring boring boring sepanjang zaman. Tp, kerie kalo dapat jumpe patient terus naik sheikh.. memang high terus. excited plak nak meneliti keadaan patient sambil berniat membantu ape terdaya. Kerie nak bace file patient, tapi ade satu dr. ni tengah pegang file. so.. mls nak pegi kaco dia, mintak. hmm..Ok da. sebenarnye kerie bukanye nak cite keadaan kerie berpracticum hari ni.. tak tak.. kerie nak cite pasal kejadian dalam lrt yang berlaku semalam.

Nak tayang pass integrasi bus rapid n lrt kerie.. eheh.. seronok. lepas ni boleh pegi ke mane jua dengan pass ni. :D
Semalam, macam biase.. kerie menyerbu lrt untuk pulang. setibenye kerie kat lrt masjid jamek.. kerie berase hampa kerana kerie tak pat duk lam lrt terbabit. terpakse la bediri. dalam hati asyik mengharap org yang tgh duk depan kerie tu cepat2 bangun kua dari lrt. smpi je stesen jelatek, budak yg duk depan kerie tu turun.. berbunga-bunga riang sambil hidung kembang kuncup kerie duduk kat tempat peninggalan budak terbabit. tak sampai beberape minit kerie duduk. ade sorang pompuan cina plak msk.

kerie pon telek la perut pompuan cina tu. Badan nampak kurus, tapi perut macam mengandung 5 bulan. perasaan bersalah mule menyelebungi diri. haih.. harap je psychologist tp tengok org pregnant berdiri.. takde rase simpati langsung. kerie pon dengan yakinye bgn smbil bermuke manis mempelawa perempuan tu duduk..

Air muke pompuan tu mcm tekejut ibarat berkate di dalam hati, "apesal dia ni tetibe nak bagi aku duduk?". perempuan tu menolak pelawaan kerie. kerie hendak meyakinkan dia sambil berkate
"u pregnant kan? duduk lah.." sambil mate melirik ke perut perempuan tu. Muke perempuan tu terus pucat...ibarat dalam hati sedang berkate, "ko apesal kate aku pregnant, kuang ajaqqqqqq..." tapi dia tersenyum sinis sambil berkate... no no.. I'm not pregnant.. Dang!!! termalu terus kerie mase tu. oi.. sukati je ko kate org tu pregnant. Terus kerie rase bersalah. kononye berniat nak membantu org tapi lain plak jadinye. mesti org tu terus trauma. lepas ni mesti asyik buat sit-up sebab nak kempis kan perut. Tak patut betol la kerie ni. huh.. tapi kerie tak bersalah.. memang perut dia nmpk mcm ade baby -.-'

huhu.. da la. tanak da cite psl benda yang memalukan mcm ni. k bye.

Saturday, October 15, 2011

Teruja tengok baby baru lahir

Assalamualaikum.. 

hai everyone...

Ni kerie nak update skit. tengok la tajuk entry pasal ape.. pasal baby. ekeke.. kerie memang suke baby. mungkin sebab umur da lanjut. patutnye da kena beranak tapi kawen pon tak lagi. tu yang meroyan tengah malam duk buat entry pasal baby. Tak lah. Sebenarnye kerie tulis entry pasal ni sebab kerie tengok kat fb kerie, ramai kawan-kawan kerie yang baru melahirkan baby. yelah siap post gambar lam fb lagi tu. kerie ni memang terlebih teruja dan ghairah bile tengok baby. especially yang baru lahir. tak tahu nape. kerie berperasaan sebegini sedari kerie kecik lagi.. yelah sedari umur 9 tahun. suke nau tengok baby baru lahir. nampak sangat kecik-kecik lagi da gatal nak beranak. tsk tsk tsk...

Ape pon kerie nak wish congrats to all my friends yang da jadi mommy.. tak kire lah baru jadi or da lame. bersyukur lah atas anugerah Allah yang tak terhingga besarnya. anak itu satu amanah, satu anugerah. berikan yang terbaik bukan bermakne menyediakan kesenangan di dunia semata mata.. tapi kesenangan akhirat itu yang penting. InsyaAllah..

alolo.. tomeinye.. mmuah..
Say no to baby dumping and abortion.
ok da tu je cite kerie. bai.

Tuesday, October 11, 2011

Kesihatan mental dan emosi pon penting lah!!

Assalamualaikum..

hai..

Selamat bersuke ria..err. tak tak salah.. selamat hari rabu. kerie nak cite ni. skang ni kan kerie tengah melakukan practicum kat HUKM so kerie handle bebudak kanak-kanak n remaja. before this kerie handle budak beso je sume. kanak-kanak ni lain sikit nature dia. Kerie rase children ni lagi mencabar.. tapi sgt interesting. kerie suke la pendek katenye.


Tapi kan.. kerie mang sedih dengan parents yang kolot pemikiranye kerana memikirkan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak ni tak penting. Mungkin lah bagi diorang ni, alah.. bukanye boleh menyebabkan mati pon. woi woi makcik pakcik.. kalo mental n emosi kanak-kanak ni tak dirawat, bahaya dia lebih teruk dari kanser tau. Kesihatan mental dan emosi ni luas maksudnye, luas bidangnye, luas tau tak? jangan ingat asal terlibat dengan mental je, anak korang tu gile or cacat. tak tak tak. Kalo budak yang kene sexual abuse pon, penting untuk kite rawat mental n emosi dia. Kerie pelik bile ade parents buat endah tak endah. tak pedulik je... orang panggil datang appointment tak datang. mujur orang nak tolong. huhu.. pesanan kerie senang je, kalo pakcik makcik tak ready nak jadi parents, jangan kawen, bela anak halai balai.. sok bagi susah sume masyarakat. huhu...

Kerie rase kerie memang minat dengan bidang kerie ni. Niat kerie untuk tolong sesame sendiri sekadar yang kerie mampu. Kesihatan mental ni penting sangat sebenarnye. Tapi tak semua orang nampak kepentinganya walaupon zaman da maju.. kerie harap, parents generasi kerie, boleh la bukak minda dan hati untuk menitik berat kan kesihatan anak-anak tak kire physically or mentally.

Ni mase first day @HUKM
With my celebrity friend, liyana hisham. dia pon practicum same dengan kerie.
K lah.. tu je. tableh tulis panjang-panjang. kang korang ngantuk, sape nak tanggung kan. eheh. bai.

Monday, October 10, 2011

My sister's convocation day 8 Oct 2011

Assalamualaikum,

hai...

Hari sabtu lepas bersamaan dengan lapan october, kerie telah pegi menyemakkan diri kat majlis convocation kakak kerie kat UIAM. wahhh.. best nye dia da convo. da dapat da masters degree.. huhu.. nak jugek nak jugek nak jugek!!! uwaaa.. kerie lambat lagi sebab skang ni baru tergedek-gedek nak practicum. huk huk huk. semoga kerie menyusul convo tahun depan. doa kan kerie tau.

entry ni kerie nak tayang gambar sekitar majlis convo akak kerie. tapi gambar akak kerie takde kot.. sebabnye kerie nak bia tuan empunya badan yang upload gambar dia sendiri. dia pon ade blog sendiri gak. nnt kerie upload lebih-lebih, jadi mcm da basi plak, sakit perut kang orang tengok. uhu.

ni mase kerie nak pilih bunga untuk akak kerie. 
:)
dayang-dayang yang mengiringi dan menggembirakan convi girl..: P
masing-masing pegang bunga.. :)

convo girl da kua.. baba plak hilang. toomok tengah call baba. 
ini kazen kitorang yang convo pada hari yang same. dari kiri, mami hon, faisal, uncle jamil n baba.
k lah.. tu je gambar yang kerie nak tayang. k bye. :)

Wednesday, October 5, 2011

Pendapat kerie pasal hudud

Assalamualaikum

hai..

Ehehh..tengah berpracticum pon sempat update blog lagi. Hari ni takde patient lah. intake meeting pon cancel. jadi bersuke ria blogwalking lah. tadi kerie beblogwalking blog-blog yang kerie follow. ade yang paparkan pasal artis punye pendapat tentang isu hudud. Yelah.. bagi kerie tak kisah la sape pon bagi pendapat. ustaz ke artis ke, pekerja cleaner ke, psychologist ke doctor ke ape ke... same je jawapan yang akan diberikan bile orang tu YAKIN 100% DENGAN ALLAH.

Kerie kesal dengan orang Islam yang mempertikai kan hukum dan undang-undang Allah. Katenye kite kene tengok dulu kesesuaian boleh ke tak sebab bla bla bla..amboi bukan main pandai gune rational sendiri kan.. Sebenarnye hukum hudud meliputi banyak aspects dan dia lebih menyeluruh dari hukum buatan manusia. Dia bukan sekadar potong tangan, rejam sampai mati segala bagai. Siapa yang betul-betul mengenali Islam dan TuhanNya, dia akan tahu apa itu hukum hudud tu. tak payah jadi fuqaha atau ustaz pon da boleh faham, asalkan kite jadi penyembah Allah dan pengikut nabi Muhammad yang setia. bukan sekadar dari fizikal, tapi yang penting hati tu.. tak goyang.

Sebenarnye bagi kerie hukum hudud ni bukan tak sesuai dilaksana kan sebab penduduk Malaysia ada yang bukan Islam. tapi sebab..... Ramai orang Islam sendiri yang belom cukup yakin dengan pencipta nya sendiri.. mengaku diri orang Islam, mengucap dua kali syahadah, tapi pergantungan pada Allah cuma 50 peratus. sebab tu yang boleh jadi mempertikai kan hukum dan undang-undang tuhan sendiri. Nauzubillah.

ALLAH ITU MAHA SEMPURNA, TAPI KITA CUMA MANUSIA YANG PENUH KELEMAHAN. JADI APA LAH SANGAT UNDANG-UNDANG KITA KALAU NAK DIBANDING DENGAN UNDANG-UNDANG ALLAH. ADAKAH KAMU SEMUA LEBIH HEBAT DARI ALLAH? KALAU TIDAK, KENAPA MASIH MEMPERTIKAI KANYA??? TEPUK DADA TANYA IMAN. SILAKAN...

ok.. tuje mau cakap. bai

credited to jiji yu n blog sah dan tak sah sebab memberi ilham kepada kerie untuk tulis pasal ni. thanks.

Sunday, October 2, 2011

Pasal pembendahan plastic

Assalamualaikum

hai

Topik ni mang da lapuk di mamah anai-anai. tapi kerie tak dulik.. nak cite gak. Kerie ni kan suke tengok cite korea. suke dengar lagu korea tapi kerie admit kerie tak bape bekenan dengan tebiat diorang ni yang suke sangat main bedah-bedah sesuke hati. Sebab nak lawa punye pasal sanggup bedah. tak asli langsung.

Tapi... bagi diorang bedah-bedah untuk cantik ni cool. kate diorang, ape salah nya untuk kelihatan cantik. hai.. kesian betol la kalo orang yang terlalu obses pada kecantikan physical yang hanya sementara. Kalo cantik pon ape gune nye kalo akai tak dak. Cantik pon tak gune kalo tak mentauhid kan Allah, betol tak?

Sebab diorang tak mentauhidkan Allah lah diorang sesuke hati nak mengubah kejadian Allah. Tak rase bersyukur di atas kurniaan Allah. Bukan masalah salah ke tak salah nak cantik, tapi itu adalah ciptaan Allah, tiada ciptaan lain yang setanding ciptaan Allah. sesungguhnya Dia adalah pencipta yang terbaik.

Tak kisah lah kalo non-muslims yang buat pembedahan plastik. tapi ape kes plak bile artis melayu, Islam buat pembedahan plastik? buat botox? pakai rambut palsu? sambung rambut? errr... kerie tamau cakap bnyk. pandai-pandai ler korang pk sendiri ape cite nye. ketuk kepala dengan tukul, tanya lah otak, tepuk dada dengan bantal tanye lah iman. ha... :)

Ni bukan muke plastik tau.. 

k bai.